Oppo Reno14 Pro Harga Midrange Kualiti Flagship


Sekian lama juga saya berkira-kira nak gantikan Xiaomi 13T Pro yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda menyakitkan hati walaupun ‘baru’ digunakan lebih kurang setahun setengah (atau lebih sedikit daripada itu).
Pelbagai ulasan saya ikuti, pelbagai artikel saya buka dan baca. Setelah puas membelek, meramas info dan menelaah spesifikasi, saya rumuskan beberapa peranti perdana/mercu atau bahasa Inggerisnya kita panggil sebagai ‘flagship’ sesuai dijadikan sebagai peranti naik taraf.
Namun malangnya bajet yang saya ada hanya sekitar RM2500 hingga RM2600 sahaja. Maka pilihan yang tinggal menjadi tidak beberapa banyak kerana jika ‘diselak’ peranti bawah daripada julat harga ini, maka ia akan menjadi peranti ‘terlebih bajet’ a.k.a telefon ‘entry level’.
Selera kita kena tinggi juga sudagha.
Pada awalan akal fikiran menelusuri kepelbagaian peranti perdana yang penuh nikmat, saya meletakkan beberapa peranti dalam senarai pendek. Antaranya OPPO Find X8 Pro, vivo X200 Pro, OnePlus 13, Honor Magic7 Pro, dan Xiaomi 15 Pro. Tetapi setelah melihat harga-harga yang melebihi bajet sedia ada, maka saya menyenarai pendek beberapa peranti dengan spesifikasi ala-flagship tetapi masih dalam julat harga mampu milik.
Antara telefon yang menjadi sasaran ialah vivo X200 FE, OPPO Reno14 Pro, dan Xiaomi 14T Pro. Disebabkan saya telah menggunakan Xiaomi 13T Pro dan melihat sendiri bagaimana bobrok dan rontoknya jadual kemas kini firmware oleh Xiaomi, maka dengan itu secara tidak langsung 14T Pro digugurkan.
Saya pergi mencuba sendiri kedua vivo serta OPPO di kedai, dan apabila membuat pertimbangan, saya memilih untuk membeli OPPO Reno14 Pro kerana lensa ultra lebarnya yang lebih ‘superior’ berbanding vivo X200 FE. Dengan baucar diskaun di Lazada, dapat juga saya menyambar peranti idaman dengan harga yang berada dalam lingkungan (bajet).
Panjang lebar bukan intro? Jom tengok apa ada dalam kotak.
Dalam kotak:
OPPO Reno14 Pro
Penyesuai 80W
Kabel USB-C
Ejector Kad SIM
Pelbagai kertas yang orang tak baca
Dalam kotak hadiah dari OPPO:
Bekas (case) siri Reno
Power bank 5000mAh
Ring-amende-ntah (sesiapa yang tahu namanya boleh tolong komen).
Beberapa Minggu Setelah Menggunakannya
Saya akui, ColorOS ialah satu ‘custom skin’ yang sangat terarah ke depan (advanced) berbanding HyperOS. Percayakah anda, setelah sekian lama, HyperOS versi terkini pun masih belum ada ciri double tap to lock? Ini sangatlah mendukacitakan, dan sangat menjengkelkan diri.
Dengan ColorOS, ciri seperti ini telah pun terbina dalaman. Tidak perlu lagi tercari-cari, kerana ia ada dalam tetapan launcher.
Baru satu – kalau nak disebutkan tentang pelbagai lagi ciri ColorOS yang saya suka rasanya penuh ulasan ini dengan ciri-cirinya saja. Cukup sekadar saya katakan ia adalah satu custom skin atau firmware yang saya akan jadikan sebagai pilihan.
Prestasi/Performa (sedap bahasa Indo ni. Hehe)
Saya rasa setelah menggunakannya selama lebih kurang 2 minggu (kalau tak silaplah), tiada apa-apa kekurangan pun yang saya dapati pada Reno14 Pro ini.
Ia merupakan peranti pertama dalam dunia menggunakan chipset Dimensity 8450, yang mana jika dilihat pada skor AnTuTu meskipun tidaklah melepasi angka 2 juta, tetapi masih tetap melebihi prestasi Dimensity 9200+ yang digunakan pada Xioami 13T Pro saya – yang pada ketika ia dilancarkan, ia dilabel sebagai chipset perdana.
Oleh kerana itu, boleh dikatakan apa jua permainan yang anda mainkan padanya, tiada masalah dari segi grafik dan kepermainan. Tetapi bukan itu sahaja, prestasi rangkaian juga amat memuaskan kerana sepanjang menggunakannya, saya belum pernah lagi melihat lambang ‘4G’ di atas status bar kerana ia sentiasa berada dalam rangkaian 5G – sesuatu yang amat jarang saya dapat lihat pada 13T Pro.
Bateri
Peranti ini juga amat hemat penggunaan kuasa bateri. Tak pasti ‘magis’ apa yang telah dilakukan oleh OPPO, tetapi gabungan antara ColorOS dan Dimensity 8450 menjadikan penggunakan kuasanya sangat menjimatkan.
Tak payah sembang panjang sangatlah. Tengok pada tangkap layar. Ok, ok, mungkin akan ada yang komen, “Telefon saya boleh dapat lebih lagi.”

Ya, tetapi anda perlu tahu saya datang dari 13T Pro, peranti yang tidak hemat penggunaan kuasa bateri. Saya pun tak beberapa faham kenapa, meskipun ia mempunyai chip khas untuk menguruskan penggunakan kuasa, tetapi nampaknya tetap tidak dapat membantu. Entah. Apa pun, Reno14 Pro membuat saya terkadang lupa hendak membawa power bank. Tiada lagi ‘battery anxiety’ setakat ini.
Kamera
YA, saya beli OPPO Reno14 Pro kerana kameranya. Saya malas nak tulis spesifikasi. Anda boleh cari sendiri. Apa yang boleh saya katakan secara ringkas, ia menggunakan lensa 50MP untuk kamera utama, ultra lebar, zum, dan kamera swafoto.
Saya tak sempat ambil banyak foto ketika keluar rumah, dan saya juga tidak keluar malam (maka tiada sampel untuk gambar di waktu malam). Tapi buat sementara waktu ini, anda bolehlah lihat beberapa sampel yang sempat saya ambil ketika terasa hendak ‘shoot’.
Konklusi
Sejak dua menjak ni saya dah malas nak menulis panjang. Orang bukan baca pun. Jadi, untuk menutup artikel ni, suka untuk saya katakan, semua yang saya buat di sini adalah kerana saya suka dan cintakan dunia teknologi.
Beli peranti dengan duit sendiri, kemudian ulas pula. Tak untung apa pun, tapi saya telah buat juga kerana dalam hati dah minat. Oleh itu, suka untuk saya kongsikan bahawa OPPO Reno14 Pro ini benar-benar berbaloi jika anda sama seperti saya, minat dengan fotografi mobil, dan mahukan peranti yang tahan lama (baterinya).
Kalau nak diikutkan banyak lagi saya hendak kongsi. Tapi rasanya elok anda beli saja dan alami sendiri apa yang saya sudah pun rasai.
Anda boleh sambar secara berjemaah di:
Shopee: https://s.shopee.com.my/9ADtL0P1PQ
Lazada: https://s.lazada.com.my/s.rFqyF?cc
The post OPPO Reno14 Pro: Harga Midrange, Kualiti Flagship! appeared first on OMGHACKERS.COM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/oppo-reno14-pro-harga-midrange-kualiti-flagship/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Harap Zaman 33 Bulan Kwsp Jadi Cagaran Harga Barang Dan Teloq Ayam Tak Ada Tu Pun Ko Nak Cakap Kiok

Nak Harap Zaman 33 Bulan Kwsp Jadi Cagaran Harga Barang Dan Teloq Ayam Tak Ada Tu Pun Ko Nak Cakap Kiok

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 146 hits
Jika kamu bersyukur Aku akan tambah nikmat Tetapi jika kamu kufur azab Ku amat pedih Surah Ibrahim 7 Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak bersyukur kepada manusia Riwayat Abu Daud al Tirmizi Hadis Hasan Sahih
Harga Minyak Turun Ke Video Teaser Pengumuman Pm Anwar Buat Ramai Berteka Teki

Harga Minyak Turun Ke Video Teaser Pengumuman Pm Anwar Buat Ramai Berteka Teki

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 153 hits
Muat naik semula ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dilontarkan sebelum ini kembali dikongsikan sebagai teaser kepada pengumuman penting yang bakal dibuat olehnya pada pagi esok Hint untuk pengumuman PM Anwar esok M...
Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak Qadejah Paw Jam Tangan Mewah Aliff Syukri Enggan Dedah Harga

Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak Qadejah Paw Jam Tangan Mewah Aliff Syukri Enggan Dedah Harga

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 149 hits
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya akur apabila anak perempuannya Qadejah El Zahra berjaya memujuk untuk memiliki seutas jam tangan mewah berjenama Cartier Bapa kepada enam orang cahaya mata ini percaya bahawa membahagiakan ...
Harga Ron95 Turun Kepada Rm1 99 Seliter Pm Anwar Ibrahim

Harga Ron95 Turun Kepada Rm1 99 Seliter Pm Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 135 hits
PUTRAJAYA Rakyat Malaysia bakal menikmati harga petrol RON95 yang lebih rendah iaitu RM1 99 seliter berbanding RM2 05 seliter sebelum ini Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Penghargaan Un...
Pm Anwar Tepati Janji Harga Petrol Malaysia Ketiga Termurah Di Dunia Kor Ming

Pm Anwar Tepati Janji Harga Petrol Malaysia Ketiga Termurah Di Dunia Kor Ming

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 164 hits
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memuji langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1 99 seliter sekali gus menjadikan harga bahan api itu antara yang paling rendah di d...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 261 hits
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan Glamping gabungan perkataan glamorous dan camping adalah salah satu trend percutian yang agak popular di Malaysia Terutamanya bagi mereka yang ingin merasai suasana ala ala perkhemahan teta...
Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 197 hits
Ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin Perikatan Nasional didakwa berjaya melaksanakan beberapa inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat tanpa perlu berjanji dalam manifesto atau kempen pilihan raya Katanya tak berjanji da...
Cuba Pertahankan Mengapa Harga Rm40 Tiramisu Dijual Kieda Terima Kritikan Ramai Nampak Liat Keras Kejung Je

Cuba Pertahankan Mengapa Harga Rm40 Tiramisu Dijual Kieda Terima Kritikan Ramai Nampak Liat Keras Kejung Je

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 138 hits
Video dikongsikan usahawan Kieda di Instagram mencuri perhatian apabila dia menunjukkan salah satu produk 8216 panas 8217 dijual di kedainya Menerusi Instagram Kieda telah berkongsi bagaimana rupa dan tekstur pencuci mulut tular Tiramisu ya...
Mocity Cosmic Park Melaka Tarikan Waktu Operasi Dan Harga Tiket

Mocity Cosmic Park Melaka Tarikan Waktu Operasi Dan Harga Tiket

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 180 hits
MoCity Cosmic Park Melaka merupakan satu tarikan taman tema keluarga terbaharu yang terletak di Pantai Klebang Menawarkan keseronokan menerusi pelbagai aktiviti hiburan dan permainan arked indoor lokasi ini bakal menjanjikan kenangan indah ...
Rafizi Dedah Punca Anaknya Diserang

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

Pegawai Polis Cedera Dirempuh Peserta Perhimpunan Di Jalan Parlimen

Dua Spy China Intip Mindef Ditahan

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Psm Pans Police Probe Into Deputy Chief Over Parliament Scuffle

Rafizi Ramli Maklum Ini 3 Kemungkinan Disuntik Pada Anaknya

Lirik Lagu Klp48 Oh My Pumpkin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Ringkasan Berita

5 Pegawai Atm Ditahan Adalah Perisik Tentera Pat

Pas Main Wayang Berkaitan Waytha Moorthy

Polis Perketat Kawalan Ke Atas Rafizi Dan Keluarga

Rindu Ke Teka Gambar Litar Terkini Pemandu F1 Tersilap Sebut Litar Sepang