Operasi Sanitasi Guna Lapan Jenis Bahan Kimia


PUTRAJAYA, 4 MEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan lapan jenis bahan kimia dalam operasi sanitasi awam dan disinfeksi di tempat-tempat yang dikesan mempunyai penularan tinggi wabak Covid-19.
Lapan jenis bahan kimia berkenaan yang termasuk etanol, natrium hipoklorit dan benzalkonium klorida digunakan dalam proses sanitasi awam di kawasan luar manakala disinfeksi dalam kawasan tertutup.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata sebelum menggunakan lapan bahan kimia itu, pihaknya mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan membuat rujukan terkini jurnal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai jenis bahan kimia yang sesuai digunakan.
“Sebagai contoh, kami gunakan etanol dengan kandungan alkohol 60 peratus ke atas dan natrium hipoklorit 0.5 peratus penggunaannya untuk operasi berkenaan.
“Apabila kami membuat penyelidikan bahan kimia berkenaan, kami mendapati bahawa lapan jenis bahan kimia itu terdapat di Malaysia dan boleh digunakan untuk tempat-tempat tertentu,” katanya kepada Bernama di sini.
Mohammad Hamdan berkata sebelum membuat proses campuran bahan kimia itu, pihaknya terlebih dahulu mendapat nasihat Jabatan Kimia untuk tatacara operasi piawai (SOP) bagi memastikan sanitasi awam dan disinfeksi pada tempat awam mengikut protokol ditetapkan.
“Ini bermakna untuk melakukan penugasan nyah cemar ini bukannya boleh dibuat secara suka-suka dan ia perlu dibuat mengikut protokol kerana ia melibatkan bahan kimia.
“Setakat ini, JBPM telah membuat operasi nyah cemar di 130 zon yang dikenal pasti oleh KKM termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.
Ditanya sama ada kawasan zon hijau juga terlibat operasi nyah cemar, beliau berkata memang terdapat permintaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri untuk membuat disinfeksi di kawasan zon hijau mereka.
“Ya, memang terdapat permintaan daripada mereka (PBT dan Kerajaan Negeri) untuk mendisinfeksi kerana kawasan zon hijau mereka berkemungkinan pernah dimasuki oleh penduduk yang menetap di kawasan zon merah atau zon kuning.
“Oleh sebab itu, ada juga bangunan tertentu kami buat operasi nyah cemar berulang kali sebagai contoh kawasan Pasar Selayang, di sini, kerana ia merupakan zon merah Covid-19,” katanya.
Selain itu, Mohammad Hamdan berkata setakat 30 April lepas pihaknya telah membuat sebanyak 117 operasi sanitasi awam meliputi 41 zon iaitu 10 zon merah dan 31 zon kuning melibatkan pelbagai negeri tertentu.
“Antaranya ia melibatkan premis perniagaan, stesen pengangkutan awam, tempat ibadat, pasar awam, kawasan perumahan,” katanya dan menambah kata selain itu pihaknya telah melakukan 544 operasi sanitasi awam dan disinfeksi di fasiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis.
Selain fasiliti PDRM, sebanyak 316 balai bomba seluruh negara serta fasiliti Jabatan Penjara dan depoh tahanan Jabatan Imigresen di seluruh negara juga dinyah kuman sebagai langkah pencegahan wabak itu.
“Boleh dikatakan setiap operasi sanitasi awam dan disinfeksi yang dibuat JBPM memang banyak sangat kerja kerana ia memerlukan tahap ketelitian dan fokus tinggi,” katanya.
“Pemakaian pakaian perlindungan diri (PPE) ketika operasi disinfeksi juga berbeza dengan pakaian PPE sanitasi awam. Disinfeksi, tahap pakaian PPE perlu tinggi, kandungan bahan kimia digunakan juga lebih tinggi malah peralatan PPE juga lebih lengkap dan berbeza dengan pakaian PPE sanitasi awam yang nipis serta penggunaan bahan kimia dengan kekuatan sederhana,” katanya.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/05/operasi-sanitasi-guna-lapan-jenis-bahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kuih Semperit Dahlia Mudah Hanya Guna 4 Bahan Sahaja

Resipi Kuih Semperit Dahlia Mudah Hanya Guna 4 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1510 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSetiap tahun dan tiap kali hari raya pastinya aku akan memonopoli Kuih Semperit yang ada dirumah Dalam banyak banyak kuih raya kuih Semperit merupakan kuih yang paling aku suka Bayangkan ada setiap tahun p...
Wow German Cookies Cair Dalam Mulut Ranggup Hanya Guna 5 Bahan

Wow German Cookies Cair Dalam Mulut Ranggup Hanya Guna 5 Bahan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 460 hits
Wow German Cookies Walaupun namanya agak moden tetapi bagi mama yang nak cuba buat sebenarnya tak susah pun Biskut ni lebih kurang rasanya macam samperit susu juga menggunakan bahan yang mudah dan langkah membuatnya pun senang Yang penting ...
Apam Milo 4 Bahan Guna Sukatan Cawan Senangnya Nak Buat Ni

Apam Milo 4 Bahan Guna Sukatan Cawan Senangnya Nak Buat Ni

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 620 hits
Ketiadaan bazaar Ramadan tahun ini membuatkan ibu mula cuba menyediakan sendiri kuih muih untuk berbuka di petang hari Namun kuih yang sukar ditambah dengan kuantiti barang yang banyak menyukarkan ibu lebih lebih lagi yang terpaksa bekerja ...
Agar Agar Permata Guna 5 Bahan Modal Tak Sampai Rm10 Dapat Satu Loyang

Agar Agar Permata Guna 5 Bahan Modal Tak Sampai Rm10 Dapat Satu Loyang

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 948 hits
Pencuci mulut yang ringkas tapi sedap biasanya akan jadi piihan ibu Bukan saja jimat masa nak sediakan tetapi apabila siap semua teruja nak makan Paling penting bahan asasnya juga mudah dan tak mahal Bagi ibu yang teringin nak buat pencuci ...
Tak Perlu Kulit Popia Guna Roti Je Roti Goreng Carbonara Hanya 5 Bahan Mudah

Tak Perlu Kulit Popia Guna Roti Je Roti Goreng Carbonara Hanya 5 Bahan Mudah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 804 hits
Selalunya kita akan buat resipi popia carbonara Namun kali ini sedikit berbeza tetapi penyediaanya amat mudah Tak perlu lagi bersusah untuk medapatkan kulit popia Hanya gunakan kepingan roti sahaja yang penting resipi ini rangup diluar cair...
Resipi Roti Sardin Pattaya Cuma Guna 3 Bahan Buat Senang Makan Berebut

Resipi Roti Sardin Pattaya Cuma Guna 3 Bahan Buat Senang Makan Berebut

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 741 hits
Bila berbuka puasa tak cukup dengan hanya makan nasi dan lauk pauk sahaja Mesti kena ada hidangan lain yang lebih simple untuk membuka selera Biasanya kita akan makan murtabak atau roti John Hidangan ringkas dengan gabungan pelbagai rasa ti...
Bau Makanan Melekat Pada Tangan Guna Beberapa Bahan Ini Untuk Menghilangkannya

Bau Makanan Melekat Pada Tangan Guna Beberapa Bahan Ini Untuk Menghilangkannya

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 449 hits
Ramai antara kita lebih gemar untuk menggunakan makanan berbanding sudu ketika makan di rumah Kadangkala apa yang kita makan baunya akan melekat pada tangan walaupun sudah dicuci banyak kali Oleh yang demikian Ohmedia nak kongsi dekat koran...
Resepi Kuih Tako Simple Guna Bahan Apa Yang Ada Je Dekat Dapur Tu

Resepi Kuih Tako Simple Guna Bahan Apa Yang Ada Je Dekat Dapur Tu

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 1767 hits
RESEPI KUIH TAKO SIMPLE GUNA BAHAN APA YANG ADA JE DEKAT DAPUR TU Ekceli cikla buat ni petang semalam Al kisahnya hari tu nampak kak Abie Zalyza kawan FB cikla post dekat fb yang dia buat kuih tako Teringin pulak nak try sendiri lagipun ana...
Georgetown Operasi Bas Rapid Penang Beroperasi Penuh

Georgetown Operasi Bas Rapid Penang Beroperasi Penuh

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 395 hits
Perkhidmatan Bas Rapid Penang yang kekerapannya dikurangkan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu beroperasi sepenuhnya mulai hari ini kata Ketua Operasi Rapid Bus Sdn Bhd Ahmad Shabuddin Abdullah Menurutnya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching