Operasi Kereta Api Pantai Timur Tidak Terjejas


Banjir yang mula melanda di negeri Pantai Timur tidak menjejaskan operasi kereta api di wilayah terbabit setakat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Datuk Ir Kamarulzaman Zainal, berkata walaupun operasi pengangkutan awam itu berjalan seperti biasa, pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa air sungai sebagai langkah berjaga-jaga.
“Setakat ini (operasi kereta api) belum terjejas lagi dan berjalan seperti biasa tetapi kita sentiasa memantau keadaan air di sungai-sungai di kawasan Pantai Timur.
“Ini ekoran hujan lebat berterusan di Pantai Timur” katanya pada sidang media Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir Kilat Stesen KTM Komuter Sungai Gadut di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani.
BH hari ini melaporkan, keadaan banjir di Terengganu setakat jam 11 malam tadi semakin buruk apabila 1,621 orang daripada 441 keluarga dipindahkan ke 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah terjejas iaitu Besut, Setiu Dungun dan Hulu Terengganu.
Di Kota Bharu, Kelantan, lapan PPS dibuka untuk menempatkan 265 orang daripada 75 keluarga manakala penduduk di Jerantut, Pahang di sepanjang Sungai Tembeling dalam keadaan berjaga-jaga susulan paras air sungai itu melebihi tahap biasa akibat hujan lebat tidak berhenti.
Sementara itu, mengulas mengenai program hari ini, Aminuddin berkata pihak KTMB, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan kerajaan negeri menyampaikan sumbangan ihsan berjumlah RM60,900 kepada 115 pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat banjir kilat di Stesen KTM Komuter Sungai Gadut.
Katanya, 87 kereta dan 28 motosikal dimiliki penumpang serta kakitangan KTMB mengalami kerosakan selepas ditenggelami air pada 17 Oktober lalu.
“Keamatan hujan mencecah 159 milimeter (mm) pada hari kejadian, ditambah dengan kedudukan rendah tempat letak kereta stesen ini menyebabkan air naik begitu pantas.
“Ini menyebabkan kereta dan motosikal yang diletakkan di sini tidak sempat dialihkan, sekali gus ditenggelami air.
“Justeru kita mencadangkan supaya KTMB dan RAC meneliti semula kedudukan tempat letak kereta ini supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri juga sudah melakukan kerja pembersihan di Sungai Gadut dan Sungai Simin supaya aliran air di kedua-dua sungai berkenaan lancar serta tidak melimpah ke kawasan berkenaan.
The post Operasi kereta api Pantai Timur tidak terjejas appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/operasi-kereta-api-pantai-timur-tidak-terjejas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ktmb Umum Perubahan Operasi Perjalanan Tren Di Pantai Timur

Ktmb Umum Perubahan Operasi Perjalanan Tren Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 365 hits
Keretapi Tanah Melayu Berhad mengumumkan perubahan operasi melibatkan perkhidmatan tren yang bermula dari Stesen Tumpat Wakaf Bharu dan Pasir Mas ekoran keadaan semasa musim tengkujuh di kawasan pantai timur Ketua Komunikasi Korporat KTMB A...
Penduduk Pantai Timur Diberi Amaran Akan Ada Gelombang Banjir Kedua Pada 25 26 Ini

Penduduk Pantai Timur Diberi Amaran Akan Ada Gelombang Banjir Kedua Pada 25 26 Ini

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 466 hits
Semua sedia maklum yang kini ramai kawan kawan kita sedang menghadapi waktu yang sukar apabila hujan lebat dan banjir sedang berlaku di beberapa kawasan Sekarang Agensi Pengurusan Bencana Negara telah mengeluarkan amaran terbaru yang mengat...
Amaran Cuaca Peringkat Waspada Di Pantai Timur Bermula Esok

Amaran Cuaca Peringkat Waspada Di Pantai Timur Bermula Esok

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 362 hits
Kuala Lumpur Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning bagi hampir keseluruhan kawasan di Kelantan Terengganu dan beberapa daerah di Pahang berikutan luruan angin timur di rantau negara bermula es...
Lahan 45 Hektare Pemprov Jabar Dijual Secara Ilegal Untuk Proyek Kereta Api Cepat

Lahan 45 Hektare Pemprov Jabar Dijual Secara Ilegal Untuk Proyek Kereta Api Cepat

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 162 hits
Aset milik Pemerintah Provinsi Jawa Barat berupa lahan seluas 45 hektare di Gunung Sembung Kabupaten Purwakarta diklaim seorang pengusaha berinisial M Sebagian lahan tersebut dijual untuk proyek kereta api cepat dengan harga Rp 13 7 miliar ...
Polis Tembak Mati Tiga Lelaki Edar Dadah Buat Senjata Api

Polis Tembak Mati Tiga Lelaki Edar Dadah Buat Senjata Api

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 312 hits
Kota Kinabalu Tiga lelaki dipercayai warga asing yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dan pembuatan senjata api ditembak mati dalam operasi di Kampung Sinar Jaya Kinabatangan awal pagi semalam Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk ...
Sambal Kicap Cili Api Penambat Selera

Sambal Kicap Cili Api Penambat Selera

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 514 hits
Kalau makan mee atau pun mihun sup kalau tak ada sambal kicap memang tak padu kan Adik Ika balik minggu lepas teringin nak makan mee sup katanya Alhamdulillah mudah jer permintaan anak kali ni Ke kedai Acheh lah pagi tu beli bahan apa yang ...
Pimpin Apel Pengamanan Reuni 212 Wakapolda Ingatkan Aparat Tak Bawa Senjata Api

Pimpin Apel Pengamanan Reuni 212 Wakapolda Ingatkan Aparat Tak Bawa Senjata Api

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 243 hits
Aparat gabungan yang terdiri dari TNI dan Polri menggelar apel pengamanan gabungan menghadapi Reuni Aksi 212 di Monas yang akan berlangsung Senin
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat