Oneplus Hadir Dengan Peranti Terbaru Oneplus 10t 5g Dan Oxygenos 13


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini aku berpeluang untuk menghadiri majlis pelancaran peranti terbaru keluaran jenama terkenal OnePlus. Di majlis tersebut aku dapat melihat dan memegang sendiri peranti tersebut serta mencuba beberapa aplikasi yang tersedia di dalam peranti tersebut. Untuk bacaan lebih lanjut, boleh teruskan di bawah ya

ONEPLUS HADIR DENGAN PERANTI TERBARU ONEPLUS 10T 5G & OXYGEN0S 13OnePlus 10T  5G mempunyai Snapdragon® 8+ Gen 1 Mobile Platform terbaru, 16GB LPDDR5 RAM, dan 150W SUPERVOOC Endurance Edition, menunjukkan prestasi pengalaman pengguna yang pantas dan lancar.OxygenOS 13 merupakan versi terkini sistem operasi utama OnePlus yang memberikan prestasi pantas dan lancar (fast and smooth) dengan reka bentuk mengagumkan serta ciri keselamatan yang dipertingkatkan.OnePlus 10T  5G akan memasuki pasaran Malaysia bermula 1 September, selepas pengumuman harga pada 18 Ogos
Jenama teknologi global, OnePlus secara rasminya melancarkan telefon pintar utama yang baharu iaitu OnePlus 10T 5G, bersama generasi terkini sistem operasi utamanya, OxygenOS 13 di New York. OnePlus 10T 5G ialah telefon pintar perdana kedua yang dilancarkan oleh OnePlus pada tahun ini, membawa pengguna Berevolusi Melangkaui Kelajuan (Evolve Beyond Speed)


“Kami sangat teruja dengan pelancaran OnePlus 10T 5G dan OxygenOS 13 bersama peminat serta rakan kongsi di seluruh dunia,” kata Pete Lau, Pengasas OnePlus. “OnePlus 10T 5G mengangkat prestasi kami yang pantas dan lancar (fast and smooth) ke tahap yang lebih tinggi pada harga yang sangat kompetitif, manakala OxygenOS 13 pula menjadikan sistem operasi kami lebih hebat di samping reka bentuk yang kemas serta ciri yang ditambah berdasarkan permintaan pengguna, seperti pilihan paparan sentiasa tersedia yang dipertingkatkan.”
OnePlus 10T 5G
OnePlus 10T 5G menawarkan prestasi terbaik hasil gabungan cip pemprosesan yang berkuasa tinggi, sistem penyejukan terbesar dan paling hebat dalam rangkaian telefon pintar OnePlus, pengecasan super pantas dan pelbagai lagi. 
Prestasi Pantas dan Lancar (Fast and Smooth)
OnePlus 10T 5G membawakan prestasi pantas dan lancar ke tahap yang lebih tinggi dengan Platform Mudah Alih Snapdragon® 8+ Gen 1 (Snapdragon® 8+ Gen 1 Mobile Platform) yang menawarkan kelajuan unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan unit pemprosesan grafik (GPU) yang lebih pantas dengan kecekapan yang dipertingkatkan, hingga 16 GB RAM LPDDR5 serta sistem penyejukan yang terbesar, tercanggih dan paling berkuasa dalam peranti OnePlus. 
Apabila digabungkan, teknologi ini membolehkan pengguna melakukan aktiviti harian dan intensif seperti bermain permainan mudah alih atau menatal kandungan di media sosial dengan lebih pantas dan lama. Pada masa yang sama, lebih 35 aplikasi kekal aktif di latar belakang agar pengguna boleh bertukar ke aplikasi berbeza dengan cepat, dan meneruskan aktiviti mereka yang terhenti

Pengecasan Super Pantas 
Dengan sokongan 150W SUPERVOOC Endurance Edition, OnePlus 10T menjimatkan masa pengecasan yang membolehkan pengguna mempunyai lebih banyak masa menggunakan peranti semahunya. 150W SUPERVOOC Endurance Edition memberikan kuasa hingga satu hari selepas hanya 10 minit pengecasan, dengan pengecasan penuh daripada satu hingga 100 peratus yang hanya mengambil masa 19 minit

Pada masa yang sama, sistem pengecasan OnePlus 10T 5G direka dengan selamat dan efisyen menggunakan beberapa siri teknologi seperti Enjin Kesihatan Bateri (Battery Health Engine) yang memanjangkan jangka hayat dan mengekalkan kapasiti bateri berkuasa besar 4,800 mAh OnePlus 10T 5G. Sistem pengecasan OnePlus 10T 5G menawarkan dua pam pengecasan, bukannya satu seperti kebanyakan telefon pintar lain, untuk memastikan kelajuan pengecasan yang lebih pantas di samping keselamatan yang lebih baik, kecekapan yang dipertingkatkan dan pengurangan haba

Sambungan yang Lebih Kuat
Sebanyak 15 antena membentuk sistem antena 360 darjah OnePlus 10T 5G yang menyediakan isyarat Wi-Fi dan selular lebih kuat, tanpa mengira orientasi yang digunakan oleh peranti. Satu ciri yang dipanggil Smart Link berfungsi seiring dengan sistem antena OnePlus 10T 5G untuk meningkatkan isyarat serta kelajuan muat naik, terutamanya di kawasan yang mempunyai tahap kesesakan rangkaian yang tinggi

Rekaan yang KemasOnePlus 10T 5G meningkatkan ideologi reka bentuk tanpa beban OnePlus dengan rekaan struktur yang menawarkan rasa pegangan yang sangat selesa serta diserikan dengan warna Jade Green yang mempersonakan
 Paparan 6.7 inci meliputi bahagian hadapan OnePlus 10T 5G dan memberikan tontonan serta pengalaman pengguna yang luar biasa dengan kadar penyegaran 120 Hz yang turut membantu memelihara hayat bateri dengan lebih baik supaya peranti boleh digunakan dengan lebih lama semasa dicas. Paparan OnePlus 10T 5G diperakui HDR10+ dan mempunyai sokongan asal untuk warna 10-bit bagi pengalaman tontonan yang lebih menakjubkan dan realistik.  
Sistem Tiga Kamera
OnePlus 10T 5G dilengkapi dengan sistem tiga kamera di bahagian belakang dengan sensor utamanya, Sony IMX766 50 MP yang mempunyai penstabilan imej optikal (OIS, Optical Image Stabilisation), Nightscape 2.0 dan prestasi HDR dipertingkatkan, membolehkan pengguna mengambil gambar yang cantik dalam keadaan terang dan cahaya malap

Turut menyokong kamera utama OnePlus 10T 5G adalah kamera ultra lebar dan kamera makro, masing-masing membolehkan pengguna merakamkan lebih banyak dalam tangkapan mereka ataupun merakamkan dengan jelas subjek yang lebih dekat

OxygenOS 12.1OnePlus 10T 5G didatangkan prapasang dengan OxygenOS 12.1 berdasarkan Android™ 12 dan akan menerima tiga kemas kini utama Android dan empat tahun kemas kini keselamatan

Ketersediaan
OnePlus 10T 5G boleh didapati di Malaysia mulai 1 September, manakala pengumuman harganya akan diadakan pada 18 Ogos

OxygenOS 13
OxygenOS 13 memberikan pengalaman perisian OnePlus yang pantas dan lancar dengan reka bentuk Aquamorphic yang unggul, di samping ciri keselamatan yang dipertingkatkan dan turut membawakan beberapa ciri kegemaran komuniti OnePlus dengan lebih jauh. Versi terkini OxygenOS menawarkan pengalaman yang lebih baik secara menyeluruh, termasuklah ciri memperibadikan, permainan dan sambungan yang telah dipertingkatkan

OxygenOS 13 akan dilancarkan terlebih dahulu pada OnePlus 10 Pro, diikuti oleh OnePlus 10T pada akhir tahun ini. Peranti OnePlus lain yang akan menggunakan OxygenOS 13 adalah OnePlus 8, OnePlus 8 Pro, OnePlus 8T, OnePlus 9, OnePlus 9 Pro, OnePlus 9R, OnePlus 9RT, OnePlus 10R, OnePlus Nord 2, OnePlus Nord 2T, OnePlus Nord CE, OnePlus Nord CE 2, dan OnePlus Nord CE 2 Lite

Mengenai OnePlus onePlus ialah jenama teknologi mudah alih global yang mencabar konsep teknologi konvensional. Dicipta berdasarkan mantera "Never Settle", OnePlus mencipta peranti yang direka dengan indah dengan kualiti binaan premium dan perkakasan berprestasi tinggi. onePlus berkembang maju dalam memupuk ikatan yang kukuh dan berkembang bersama komuniti pengguna dan peminatnya

Untuk maklumat lanjut, sila lawati OnePlus.com atau ikuti mereka di: 
Instagram - https://instagram.com/oneplus   Facebook - https://facebook.com/oneplus   Twitter - https://twitter.com/oneplus   LinkedIn - https://www.linkedin.com/company/oneplus   
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/08/oneplus-hadir-dengan-peranti-terbaru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Oneplus 10t 5g Rasmi Dilancar Hadir Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 1

Oneplus 10t 5g Rasmi Dilancar Hadir Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 1

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 197 hits
OnePlus secara rasmi sebentar tadi telah melancarkan OnePlus 10T 5G untuk pasaran global Menjengah spesifikasi OnePlus 10T 5G dilengkapi panel Fluid AMOLED bersaiz 6 7 inci dengan resolusi 2412 x 1080 piksel menyokong kadar segar semula 120...
Oneplus Ketiadaan Amp 039 Alert Slider Amp 039 Pada Oneplus 10t 5g Ada Hikmahnya

Oneplus Ketiadaan Amp 039 Alert Slider Amp 039 Pada Oneplus 10t 5g Ada Hikmahnya

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 154 hits
OnePlus 10T 5G membawakan rekaan crater sama dengan OnePlus 10T Pro yang memperlihatkan kaca belakangnya seperti bersatu dengan modul kamera Ia menggunakan teknologi pembengkokan melalui haba untuk memberikan kelengkungan yang lebih licin k...
Filem Tokoh Pahlawan Terbaru Syamsul Yusof Masih Dalam Perbincangan Janji Kejutan

Filem Tokoh Pahlawan Terbaru Syamsul Yusof Masih Dalam Perbincangan Janji Kejutan

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 252 hits
Selepas kejayaan filem Mat Kilau ramai penonton mengharapkan Syamsul Yusof tampil membikin filem bertemakan pahlawan seterusnya Namun buat masa ini Syamsul mendedahkn yang perkara itu masih lagi dalam perancangan Perkara ini dikongsikan ole...
Mark Hamill Sebagai Mervyn Pumpkinhead Dalam Klip Terbaru The Sandman

Mark Hamill Sebagai Mervyn Pumpkinhead Dalam Klip Terbaru The Sandman

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 96 hits
Netflix telah melancarkan klip terbaru The Sandman siri fantasi yang dinantikan yang berdasarkan komik DC popular karya Neil Gaiman dan dibintangi Tom Sturridge sebagai watak utama Klip tersebut yang anda boleh lihat di bawah memberikan pan...
Pernampilan Terbaru Elyana Timbulkan Persoalan Kembali Tidak Bertudung

Pernampilan Terbaru Elyana Timbulkan Persoalan Kembali Tidak Bertudung

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 186 hits
Ibarat sudah bebas kanser tudung pun terbang Itu yang berlaku kepada penyanyi Elyana kini menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas memuat naik sekeping foto tidak lagi memakai tudung Foto yang mengundang kejutan besar terhadap peng
Sosoknya Jadi Sorotan Di Film Pengabdi Setan 2 Ini Potret Terbaru Ratu Felisha

Sosoknya Jadi Sorotan Di Film Pengabdi Setan 2 Ini Potret Terbaru Ratu Felisha

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 104 hits
Nama Ratu Felisha mungkin sudah cukup familiar di telinga kita Namun namanya cukup lama tak terdengar Tapi belakangan ini namanya trending di Twitter karena perannya di film Pengabdi Setan 2 Sosoknya trending karena aktingnya di Pengabdi Se...
Disney Hotstar Kongsikan Trailer Poster Terbaru Siri Star Wars Andor Yang Akan Datang

Disney Hotstar Kongsikan Trailer Poster Terbaru Siri Star Wars Andor Yang Akan Datang

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 215 hits
Disney Hotstar telah mengeluarkan treler baharu dan poster utama yang menarik untuk Andor siri asal 12 episod terbitan Lucasfilm Siri ini yang ditetapkan sebelum peristiwa Rogue One A Star Wars Story akan diperkenalkan secara eksklusif The ...
Video Daredevil Melompat Ke Dalam Aksi Dalam Tv Spot Terbaru She Hulk Attorney At Law

Video Daredevil Melompat Ke Dalam Aksi Dalam Tv Spot Terbaru She Hulk Attorney At Law

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 101 hits
Disney telah kongsikan TV Spot dan gambar terbaru She Hulk Attorney at Law yang menyoroti aksi Daredevil serta kostum yang di pakai oleh The Man Withour Fear itu TV Spot tersebut boleh dikatakan versi lanjutan dari trailer The post appeared...
Canon Luncurkan Dua Tipe Printer Inkjet Terbaru Harganya

Canon Luncurkan Dua Tipe Printer Inkjet Terbaru Harganya

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 117 hits
Canon meluncurkan dua tipe printer inkjet terbaru yakni Pixma TR4670S dan Pixma Ink Efficient E4570 Dua printer ini diklaim multifungsi serta mampu menunjang produktivitas
Pet Expo Midvalley 2024

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Kenapa Bini Aku Tak Cantik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Al Ikhsan Sports Mengumumkan Pemenang Peraduan The Ultimate Sports Experience Spend And Win

Jinda888 Website 888 Casino Online Slot888 Top 41 By Tamie Slot888 Jinda888 Bet 2 2567

Stour House By Facit Homes In London United Kingdom

10 Cara Menyambut Hari Guru Selain Memberi Hadiah

Lucy M Enggai Tundi Dek Chord

Sivasangari On Cloud Nine As She Breaks Into World Top 10