One In A Million 2024 Minggu 1 Keputusan Highlights Persembahan


TERKINI: KAI DEVA DINOBATKAN SEBAGAI JUARA MINGGU 1 (ONE IN A MILLION). SERAMAI 14 PESERTA AKAN BERENTAP PADA MINGGU HADAPAN.
Mungkin tidak ramai generasi muda masa kini yang tahu bahasa satu ketika dahulu rancangan realiti hiburan One In A Million pernah ke udara satu ketika dahulu.
Setelah 15 tahun, program realiti OIAM membuat kemunculan kembali dengan konsep dan hadiah yang lebih menarik.
Antara artis yang lahir daripada program realiti OIAM ini adalah Suki Low, Ayu Damit, Yuna dan banyak lagi.
Pengenalan One In A Million (OIAM 2024) One in a Million ialah rancangan pertandingan realiti pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah RM 1 juta kepada pemenang.
Rancangan ini mula disiarkan di 8TV pada 26 Mei 2006 dan OIAM berusaha untuk menemui penyanyi muda terbaik di negara ini melalui beberapa uji bakat yang diadakan di seluruh negara.
Objektif pemberian sejumlah besar hadiah wang adalah untuk menyediakan pemenang dengan sumber pengeluaran dan pemasaran yang berkualiti.
Alumni terkenal seperti Suki Low (Juara Musim 1), Ayu Damit (Juara Musim 2), dan Tomok (Juara Musim 3) telah meninggalkan jejak yang tidak dapat dilupakan dalam industri muzik, di samping bintang seperti Alif Satar dan Aweera.
Program ini juga memberi peluang kepada penyanyi berpengalaman untuk kembali ke pentas, menambah kedalaman legasinya.
Tawaran Hadiah Menarik Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat baharu di Malaysia, teruja untuk mengumumkan kembalinya ikon “One In A Million” (OIAM) selepas 15 tahun berehat.
Calpis Soda One In A Million membuat kemunculan semula dengan penuh kejayaan dengan format baharu yang segar dan hadiah-hadiah menarik yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pemuzik di seluruh negara, mengukuhkan kedudukannya sekali lagi sebagai pertandingan muzik utama negara.
Pemenang akan membawa pulang sebagai seorang jutawan dengan wang tunai bernilai RM 500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, dan kontrak rakaman ekslusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.
Bukan itu sahaja, Calpis Soda OIAM akan memberikan satu kereta bagi setiap episod kepada penonton: itu adalah 7 kereta yang luar biasa dan menakjubkan untuk dihadiahkan!
Tonton Calpis Soda One in A Million untuk peluang memenangi sebuah Peugeot Landtrek setiap minggu daripada episod 1 hingga episod 7! 💥
Macamana cara nak sertai? Mudah je:
Nantikan QR code yang akan dipaparkan semasa rancangan Imbas sahaja QR code yang tertera di skrin TV atau layari laman web kami⁠ Lengkapkan butiran anda⁠ Jawab soalan yang akan diberikan Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan jawapan yang betul dan masa penghantaran yang paling pantas. Tertakluk kepada terma & syarat.
Pemenang akan diumumkan pada setiap minggu di media sodial Calpis Soda One In A Million.
Hos & Juri Profesional Musim ini, gandingan duo dinamik Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy diberi kepercayaan untuk menghangatkan pentas dan membawa kelainan dengan keunikkan mereka sebagai pengacara baharu!
Manakala sudah tentunya peminat tidak mahu terlepas menyaksikan juri-juri hebat kami, lagenda industri muzik Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain, yang akan membimbing peserta dalam perjalanan mereka mencipta kejuaraan.

Artikel berkaitan: Gegar Vaganza 2024 (GV11) Minggu 5 – Markah & Highlights Persembahan
Senarai Top 14 Peserta One In A Million Daripada 20 orang peserta yang berentap di Minggu 1 OIAM, hanya 14 orang peserta yang layak ke peringkat seterusnya.
Enam peserta yang tidak berjaya mara adalah Esther, Boisover, Iqmal Romi, Yusriansyah, Bfore3 dan Jill Gaisah
Senarai Top 14 Peserta Calpis Soda OIAM yang layak ke peringkat seterusnya adalah seperti berikut:
Jimi Dayangku Iffah Zazleen Dhania Eylia Guntabid Trio XL Hafiz Zainal Aniq Iffat Siti Mariam Kai Deva Alya Mardiena Erfarina Mary Grace Rezza Shah Daripada peserta Top 14 ini, ada lagi fasa saringan yang akan dibuat oleh juri, sebelum hanya 12 orang peserta terbaik dipilih untuk berentap dalam OIAM.
Kredit: SAYS Keputusan & Highlights Persembahan Minggu 1 Konsert Minggu 1 telah dijuarai oleh Kai Deva dengan persembahan terbaik. Top 14 peserta yang layak akan berentap pada minggu hadapan.
HIGHLIGHT MINGGU 1
Siaran Langsung One In A Million (2024) Siaran langsung One In A Million (OIAM) 2025 akan disiarkan di TV3 mulai 22 Disember 2024 pada jam 9 malam.
Rancangan ini akan berlangsung sehingga 9 Februari 2025, menampilkan persembahan peserta terbaik setiap minggu, dengan kemuncaknya di pentas Grand Finale.
Musim ini menjanjikan hadiah utama bernilai RM1 juta, termasuk wang tunai RM500,000, sebuah kereta dan kontrak rakaman eksklusif. Pengacara rancangan ini adalah Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy, dengan panel juri terdiri daripada Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan.
Maklumat Lanjut Untuk perkembangan terkini, dapatkan maklumat lanjut mengenai Calpis Soda One In A Million di saluran berikut:
Instagram OIAM TV3 Facebook TV3 Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/one-in-a-million-2024/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=one-in-a-million-2024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calpis Soda One In A Million

Calpis Soda One In A Million

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 673 hits
Program realiti nyanyian One In A Million kini kembali selepas 15 tahun menyepi Sebanyak 12 peserta yang dipilih akan berentap dalam Calpis Soda One in a Million yang akan disiarkan di TV3 mulai 22 Disember 2024 jam 9 malam Program kali ini...
Pesta Buku Big Bad Wolf 168 Jam Di Sunway Pyramid Convention Centre Bermula 13 Disember 2024

Pesta Buku Big Bad Wolf 168 Jam Di Sunway Pyramid Convention Centre Bermula 13 Disember 2024

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 339 hits
PESTA BUKU BIG BAD WOLF 168 JAM DI SUNWAY PYRAMID CONVENTION CENTRE BERMULA 13 DISEMBER 2024 Assalammualaikum semua Bermula 10 pagi 13 Disember 2024 Jumaat hingga 19 Disember 2024 Khamis jom manfaatkan 168 jam jualan buku Big Bad Wolf Kali ...
Ai Team Subscribers Disember 12 2024

Ai Team Subscribers Disember 12 2024

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 202 hits
Nota AI ENTERTAIMENT tukar kepada AI TEAM DIVISION 2 bermula OGOS 08 2024 channel subscriber date joined 5 78m 06 08 2016 1 39m 09 12 2017 708k 19 04 2014 541k 24 01 2023 255k 17 01 2023 320k 28 05 2023 1m 01 01 2020 908k 17 12 2021 875k 16...
Rakyat Malaysia Makin Minat Mempelajari Ai Generatif Pada Tahun 2024

Rakyat Malaysia Makin Minat Mempelajari Ai Generatif Pada Tahun 2024

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 181 hits
Coursera salah satu platform pembelajaran dalam talian terbesar di dunia melaporkan kenaikan luar biasa dalam minat rakyat Malaysia terhadap kursus AI generatif pada tahun 2024 Dengan lebih 862 000 pengguna berdaftar Malaysia menyaksikan ke...
Minbape Mencipta Sejarah Dalam Perlawanan Akhir Fifae World Cup 2024

Minbape Mencipta Sejarah Dalam Perlawanan Akhir Fifae World Cup 2024

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 162 hits
MinBape mencipta sejarah dalam perlawanan akhir FIFAe World Cup 2024 yang berlangsung semalam di Riyadh Arab Saudi Kejohanan ini yang diadakan di SEF Arena di BLVD Riyadh City merupakan acara berprestij melibatkan dua kategori utama eFootba...
Laporan Produksi Yufid Bulan November 2024

Laporan Produksi Yufid Bulan November 2024

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 216 hits
Laporan Produksi Yufid Bulan November 2024 Bismillahirrohmanirrohim Yayasan Yufid Network telah berkontribusi selama 15 tahun dalam menyediakan konten pendidikan dan dakwah Islam secara gratis melalui berbagai platform termasuk channel YouT...
Mentor Mentee Spm 2024

Mentor Mentee Spm 2024

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 206 hits
Mentor Mentee SPM 2024 Perjumpaan terakhir sebelum SPM bermula Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kecemerlangan olehNya All the best and be the best mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photograph...
Banjir Tahun 2024 Dungun Terengganu

Banjir Tahun 2024 Dungun Terengganu

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 217 hits
AssalamualaikumBanjir Tahun 2024 Dungun Terengganu Dah lama tak update blog Nak bercerita tetapi terlalu banyak urusan dan ujian yang datang silih berganti Tapi tak sedap pulak ayat bila aku cakap ujian yang datang Sepatutnya teguran manja ...
Ayam Brand Promotes Healthy Living Through Its 2024 Community Care Campaign

Ayam Brand Promotes Healthy Living Through Its 2024 Community Care Campaign

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 247 hits
Ayam Brand Promotes Healthy Living Through Its 2024 Community Care Campaign Ayam Brand a renowned Halal certified canned food brand with 132 years of history returns with its 2024 Community Care Campaign themed AyamBersamaMu Sihat Cergas La...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Potong Cake Birthday

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Seperguruan

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Luahan Terbaik Seorang Pelukis