Ojek Apa Sebenarnya Yang Mahu Dibawa A Parlimen Pasir Mas




Dego Ride, Gojek, kemudian…?

EKORAN masa perbahasan yang sangat terbatas, saya tidak berkesempatan menyentuh isu ini ketika mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan dua hari lepas. Ini kerana Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman adalah di antara individu yang mula-mula melontarkan idea supaya Gojek beroperasi di Malaysia pada bulan Ogos lepas. 

Sejarah Gojek ini bermula apabila Nadiem Makarim (sekarang Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia) bersembang dengan ramai penunggang Ojek, beliau dapati penunggang Ojek banyak menghabiskan masa menunggu bakal pelanggan di tepi jalan. Lalu, Nadiem memulakan inisiatif mewujudkan sebuah pusat panggilan di Jakarta, mengkoordinasi permintaan pelanggan dengan 20 buahOjek. Nadiem mahu rakyat Indonesia mudah bergerak dari poin A ke B tanpa terperangkap dalam kesesakan dengan hanya menggunakan Ojek dan panggilan telefon. Pada tahun 2010, Nadiem Makarim melancarkan Gojek. 

Gojek terus berkembang pesat. Tahun 2015, Gojek melancarkan aplikasi yang menawarkan tiga servis iaituGoRide, GoSend dan GoMart. Kemudian, hampir sepuluh tahun berlalu, Gojek bukan lagi hanya sekadar‘ride-hailing’ tapi syarikat servis teknologi yang menawarkan 20 solusi seperti penghantaran, pembayaran e-kewangan, hiburan dan penjagaan kesihatan. Kajian Universitas Indonesia mendapati Gojek menyumbang kira-kira Rp44.2 trilion (AS$3 bil) untuk ekonomi Indonesia pada tahun 2018. 

Gojek diiktiraf sebagai ‘decacorn’, ‘one stop super apps’ yang terbesar di Asia Tenggara. Gojek mendapat suntikan dana berbilion dolar daripada pelabur JD, Tencent, Google dan Temasek Holdings. Ia telah melebar sayapnya ke Thailand, Singapura dan Vietnam. Ia dijuluk sebagai Karya Anak Bangsa yang mendunia. Pasca PILPRES 2019 lalu, Nadiem Makarim telah dilantik sebagai MENDIKBUD dan yang terbaru, beliau dinobat sebagai ‘Time 100 Next’. Seorang pemimpin masa depan yang dijanjikan Bapak Jokowi. 


Isu yang ingin dibangkitkan dalam artikel ini adalah lanjutan daripada mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Ogos 2019 yang lalu. Menurut YB Menteri Belia dan Sukan, “Pada hari ini Kabinet sebulat suara meluluskan model ekonomi Gojek atau pun Dego Ride. Kita ikhlas ingin memastikan golongan mat motor mendapat peluang pekerjaan puluhan ribu. Pada masa yang sama kita ingin membantu pakcik dan makcik yang mengendalikan warung sedia ada menjual barang mereka melalui servis Gojek”. 

Persoalannya, apakah sebenarnya yang mahu dibawa? Adakah model bisnes Gojek atau GoRide sahaja? Mengapa pada beberapa hari lalu, Raditya Wibowo (Ketua Pengangkutan Gojek) mengatakan, “Riding a Gojek for the first time can be a scary experience, so we need a solution that can be received well by the customers and riders in Malaysia”. Berdasarkan hasrat tersebut, apa yang ingin dibawa lebih tertumpu hanya kepada GoRide sahaja. 

Lebih awal dari itu, Gojek telah meluaskan bisnes ke arena ASEAN iaitu Vietnam (Go-Viet), Singapura(Gojek Singapore) dan Thailand (GET). Sekiranya diteliti, negara-negara tersebut mengadaptasi servis tertentu sahaja. Sebagai contoh, Go-Viet menawarkan tiga servis iaitu GoBike, GoSend dan GoFood. Singapore pula hanya mempunyai satu service iaitu GoCar. Filipina menolak Gojek kerana gagal memenuhi kriteria pemilikan domestik. 

Apakah Malaysia mahu daripada servis Gojek? Adakah ia berbeza dengan Dego Ride? Dego Ride, kearifan tempatan dari Johor merupakan perkhidmatan teksi motosikal untuk mengangkut penumpang dan penghantaran barang. Pernah beroperasi sekitar tahun 2016 dan diharamkan oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 2018. Dego Ride dikatakan menyalahguna Lesen Kenderaan Motor. Kemudian, ia telah mendapat lampu hijau dari kerajaan pada bulan Ogos lalu. 

Menurut pengasasnya Nabil Feisal Bamadhaj, Kementerian Pengangkutan telah meluluskan perkhidmatanDego Ride secara kasar dengan syarat menggunakan ‘rider’ lama tahun 2016. Banyak pertimbangan yang perlu diambil kira dari aspek keselamatan dan regulasi. Hal ini bermakna, Dego Ride mula mendapat kembali perhatian Kerajaan setelah cadangan Menteri Belia dan Sukan untuk menjemput Gojek beroperasi di Malaysia. 

Sebagai rekod, buat masa ini, terdapat 44 buah syarikat e-hailing yang lulus beroperasi di Malaysia. Bukan hanya Grab, Mycar, FoodPanda, BungkusIt, tapi juga Zeppon, Tutucars, Pisang, GoJo dan BitCar. Sebenarnya, isu yang paling ketara ialah perkhidmatan teksi motosikal untuk mengangkut penumpang bukan penghantaran makanan dan barangan. Adakah servis mengangkut penumpang dengan menggunakan motor satu budaya bisnes yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia? 

Berita Harian pernah mengadakan survey dalam talian di Facebook dan Twitter pada 21 Ogos lalu dan mendapati 59.5 peratus (8093 orang responden) tidak bersetuju dengan Gojek. News Straits Times juga mengadakan survey di Facebook pada 23 Ogos dan mendapati 65 peratus tidak menyokong Gojek. Meskipun tiada perincian faktor penolakan namun banyak komentar diberikan berkait dengan isu budaya, keselamatan dan kontradik dengan misi pengangkutan awam. 

Statistik menunjukkan 4,128 daripada 6,284 kes kemalangan maut di Malaysia membabitkan motosikal pada tahun 2018. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) belum mengemukakan laporan kajian ‘proof of concept’ mengenai perkara ini. Selain itu, Malaysia juga dikenali sebagai ‘car dependent society’ dan masih belum mengoptimumkan sepenuhnya fungsi pengangkutan awam darat. 

Peningkatan penggunaan kereta dan motosikal akan menghalang usaha untuk melaksanakan Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon, penggunaan bahan api dan karbon yang tinggi. Tambahan pula, unjuran menunjukkan kadar urbanisasi akan mencecah 80 peratus pada tahun 2030. Oleh itu, keadaan ini dilihat regresif dan tidak mencerminkan perubahan ke arah status negara maju. Walau bagaimanapun, perkhidmatan e-panggilan ini tidak menafikan pertambahan peluang kerja khususnya dalam kalangan anak muda dan golongan B40. 

Satu lagi aspek penting ialah budaya dan nilai masyarakat atau juga diistilahkan sebagai ‘socio culture’. Elemen ini sangat penting dalam pembentukan model dan pemasaran bisnes di Malaysia. Kebiasaannya, sesuatu syarikat bisnes akan mengkaji enam faktor dalam menentukan kebolehpasaran bisnes iaitu PESTLE. Politik, Ekonomi, Sosial, Teknologi, Perundangan (Legal) dan Ekologi. S untuk sosial merangkumi banyak aspek seperti agama, kaum, jantina, umur, tahap pendidikan dan sikap terhadap sesuatu isu. 

Dego Ride, Gojek dan lain-lain syarikat yang menawarkan servis mengangkut penumpang dengan menggunakan motor perlu untuk memahami faktor sosio budaya ini. Lelaki dan perempuan bukan muhrim, budaya masyarakat Melayu, keselamatan diri dari jenayah cabul dan rogol pasti akan menjadi pertimbangan utama. Kita bersedia untuk menempuh arus tranformasi digital ekonomi tetapi dengan nilai budaya rakyat Malaysia. 

AHMAD FADHLI SHAARI, 
Ahli Parlimen Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 27/11/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/ojek-apa-sebenarnya-yang-mahu-dibawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Pilu Dewi Ditinggal Suami Saat Hamil Anak Meninggal Hingga Dibawa Paksa Ojek Online

Kisah Pilu Dewi Ditinggal Suami Saat Hamil Anak Meninggal Hingga Dibawa Paksa Ojek Online

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 274 hits
Kisah sedih dialami Dewi Suriani Warga Maransi Aia Pacah Koto Tangah Kota Padang Sumatera Barat ini harus menjalani perjuangan hidup yang berat Dia baru saja kehilangan bayi mungilnya Ramadhan Khalif Putra yang didiagnosa dokter menderita p...
Hentikan Pencen Berganda Diterima Ahli Parlimen Adun Exco

Hentikan Pencen Berganda Diterima Ahli Parlimen Adun Exco

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 490 hits
Kerajaan harus kajisemula pencen berganda diterima Ahli Parlimen Adun Exco MOHD ALI HASHIM Skim pencen bagi wakil rakyat bagi Ahli Parlimen Ahli Dewan Undangan Negeri Exco Kerajaan Negeri maupun jawatan lebih tinggi harus dikaji semula Ini ...
Bubar Parlimen Kembalikan Mandat Rakyat

Bubar Parlimen Kembalikan Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 208 hits
SHAH ALAM Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak Isham Jalil menyarankan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar membubarkan Parlimen dan kembalikan mandat di tangan rakyat untuk menentukan pemimpin pilihan mereka ...
2 Mp Bn Bertikam Lidah Di Lobi Parlimen Label Bodoh Bangang

2 Mp Bn Bertikam Lidah Di Lobi Parlimen Label Bodoh Bangang

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 458 hits
November 20 2019 Tajuddin Abdul Rahman dan Ismail Mohamed Said bertikam lidah di lobi Parlimen hari ini KUALA LUMPUR Lobi bangunan Parlimen hari ini bertukar kecoh apabila dua ahli Parlimen Barisan Nasional bertikam lidah secara tiba tiba d...
Lobi Dewan Rakyat Kecoh Selepas Dua Ahi Parlimen Bn Bertengkar

Lobi Dewan Rakyat Kecoh Selepas Dua Ahi Parlimen Bn Bertengkar

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 360 hits
Suasana di lobi Dewan Rakyat hangat apabila dua ahli Parlimen tiba tiba bertengkar sambil saling berteriak beberapa minit sebelum sidang berhenti rehat Pergaduhan itu adalah di antara Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Dr Ismail Moh...
Senarai Ahli Parlimen Yang Sokong Supaya Tun Mahathir Letak Jawatan

Senarai Ahli Parlimen Yang Sokong Supaya Tun Mahathir Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 494 hits
Breaking News Here Are The List of 101 MPs That Is Supporting Anwar Ibrahim Wants Tun Mahathir To Resig The Coverage comSenarai ahli parlimen yang sokong supaya Tun Mahathir letak jawatanPERLIS KEDAH Kulim Bandar Baharu Menteri Kubang Pasu ...
Perjumpaan Azmin Ali Malam Tadi Bersama 30 Ahli Parlimen Adalah Untuk Membuat Headcount

Perjumpaan Azmin Ali Malam Tadi Bersama 30 Ahli Parlimen Adalah Untuk Membuat Headcount

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 427 hits
Malam tadi Azmin Ali berjumpa dengan 30 ahli parlimen Umno dan PKR untuk buat headcount Sekiranya Anwar Ibrahim bertindak untuk menggulingkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad cukupkah ahli parlimen yang menyokong Mahathir
Hidung Mahathir Berdarah Dan Dalang Perjumpaan 22 Ahli Parlimen Umno Dengan Azmin Ali

Hidung Mahathir Berdarah Dan Dalang Perjumpaan 22 Ahli Parlimen Umno Dengan Azmin Ali

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 417 hits
Difahamkan bahwa hidung Dr Mahathir berdarah semasa sidang akhbar selepas merasmikan MPOB International Palm Oil Congress and Exhibition 2019 Sidang akhbar berakhir lebih awal While taking questions from journalist at the Dr Mahathir was se...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran