Oh Patutlah Zahid Dilantik Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah



Pelantikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pembangunan desa dan wilayah merupakan strategi memenangi undi Melayu luar bandar bagi kerajaan campuran yang diketuai Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis.
Ini kerana, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 30 kerusi Parlimen disebabkan kebangkitan Perikatan Nasional (PN).
Beberapa kerusi selamat Umno turut terlepas ke tangan PN seperti Gua Musang, Pasir Salah, Gerik, Ketereh dan Tanjung Karang.
Penganalisis berkata, pemberian portfolio penting itu mengisyaratkan kuasa baru Zahid untuk mengetuai usaha mendapatkan semula undi Melayu luar bandar.
Sebelum ini, kementerian itu dikenali sebagai kementerian pembangunan luar bandar.
Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, kementerian itu membantu usaha memenangi kepercayaan masyarakat luar bandar khususnya kaum Melayu.
"Sebelum ini kementerian itu kurang dimanfaatkan sepenuhnya oleh menteri sebelum ini," katanya kepada MalaysiaNow.
Sebelum ini, portfolio itu sering diberikan kepada pemimpin kanan Umno yang memegang jawatan naib presiden.
Antara yang pernah memegang jawatan itu Ismail Sabri Yaakob yang juga bekas perdana menteri, Mahdzir Khalid dan Shafie Apdal.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, agensi-agensi di bawah kementerian itu mempunyai hubungan langsung dengan rakyat di desa dan kawasan-kawasan Felda.
"Secara tidak langsung, menteri berkenaan boleh bertemu santuni orang kampung dan memberi bantuan melalui kementerian.
"Cawangan-cawangan Umno di kawasan desa boleh disalurkan bajet yang mana ia digunakan untuk pembangunan.
“Rakyat akan lihat bantuan-bantuan yang datang ialah bantuan daripada Umno," katanya.
Mazlan berkata soal bantuan amat penting kepada golongan seperti pekebun dan petani.
Mereka lebih banyak bergantung kepada kerajaan berbanding golongan bandar yang lebih berdikari.
Antara agensi utama di bawah kementerian itu termasuklah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Jabatan Kemajuan Masyarakat, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan.
Dengan jawatan itu, Azman berkata Zahid perlu proaktif dalam memastikan beliau menjadi jurucakap terbaik dalam mendepani isu dan permasalahan masyarakat desa.
"Perkara-perkara sebegini akan menjadi antara cabaran terbesar Zahid dalam menunjukkan bahawa beliau mampu untuk membawa penyelesaian sebenar masyarakat desa dengan keyakinan yang tinggi sehingga mengatasi persepsi negatif terhadap beliau sendiri," katanya.
Pelantikan itu juga dilihat memberi kelebihan kepada ahli Parlimeb Bagan Datuk itu untuk meneruskan penguasaannya dalam Umno.
Parti itu perlu mengadakan pemilihan selewat-lewatnya enam bulan selepas pilihan raya setelah beberapa kali menangguhkan proses pemilihan sebelum ini.
Azman berkata portfolio tersebut membolehkan beliau berhubung dengan akar umbi luar bandar yang membentuk segmen sokongan terkuat parti Umno.
"Beliau tidak boleh mengambil masa yang lama untuk mendekatkan diri sekiranya tidak mahu pengaruhnya dalam parti terutamanya di kawasan pusat kuasa parti ini yang dibimbangi akan terhakis jika tindakan segera tidak dilaksanakan."
Pada PRU15, BN hanya mendapat kira-kira 33% undi Melayu, manakala PN mendapat 54%.
PH mendapat peratusan undi Melayu paling rendah iaitu pada 11% - MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/12/oh-patutlah-zahid-dilantik-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Ahmad Zahid Fadillah Dilantik Timbalan Perdana Menteri

Awani Ringkas Ahmad Zahid Fadillah Dilantik Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 222 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Dakwaan Ds Zahid Hamidi Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri Adalah Tidak Benar

Dakwaan Ds Zahid Hamidi Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 136 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri JPM merujuk kepada poster yang tular di media sosial khususnya di Facebook bertajuk
Reaksi Pasaran Saham Setelah Anwar Ibrahim Dilantik Menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Reaksi Pasaran Saham Setelah Anwar Ibrahim Dilantik Menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 229 hits
Pilihanraya ke 15 telah pun berlalu dengan tenang Kita telah membuat pilihan siapa pemimpin yang kita mahukan Setelah berhari hari dua parti ini iaitu Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional berebut kuasa di Parlimen Akhirnya terungkai miste...
Rafizi Timbalan Menteri Dilantik Dalam Satu Atau Dua Minggu

Rafizi Timbalan Menteri Dilantik Dalam Satu Atau Dua Minggu

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 144 hits
Elill EaswaranPUTRAJAYA Putrajaya akan menguruskan hal melantik timbalan menteri minggu ini kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli Rafizi pada sidang media berkata para timbalan menteri mungkin akan mengangkat sumpah dalam satu atau du...
Dr Zaliha Wanita Pertama Dilantik Menteri Kesihatan Malaysia

Dr Zaliha Wanita Pertama Dilantik Menteri Kesihatan Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 203 hits
Dr Zaliha Mustafa BERNAMAKUALA LUMPUR Wanita pertama yang dilantik Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa adalah antara dua pemimpin wanita PKR yang dipilih menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan nbsp Ahli Parlimen Sekijang di Johor i...
Ketua Hakim Syarie Dilantik Menteri Agama

Ketua Hakim Syarie Dilantik Menteri Agama

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 117 hits
KUALA LUMPUR Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na 8217 im Mokhtar diumum sebagai Menteri Agama dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan Pelantikan Mohd Na im diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini Pengumuman barisan Kabinet di ...
Saham Mq Tech Melonjak Susulan Anak Zahid Dilantik Sebagai Pengerusi

Saham Mq Tech Melonjak Susulan Anak Zahid Dilantik Sebagai Pengerusi

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 174 hits
Saham syarikat pengilang acuan industri MQ Tech melonjak susulan pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri Saham MQ Tech diniagakan sekitar RM0 05 sehingga petang Jumaat ketika lantikan jemaah menteri diumumkan yang men...
Kabinet Perpaduan Kali Pertama Menteri Agama Dilantik Setelah Peroleh Perkenan Majlis Raja Raja

Kabinet Perpaduan Kali Pertama Menteri Agama Dilantik Setelah Peroleh Perkenan Majlis Raja Raja

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 162 hits
KUALA LUMPUR Teka teki siapakah bakal menyertai saf kepimpinan dalam Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun terjawab Jumaat lalu Muka lama dan baharu dilantik bagi menggalas tanggungjawab menerus...
Menteri Ekonomi Hanya Ulas Isu Gemuk Sudah Takut Zahid Kah

Menteri Ekonomi Hanya Ulas Isu Gemuk Sudah Takut Zahid Kah

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 214 hits
Menteri Ekonomi hanya ulas isu gemuk Sudah takut Zahid kah Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dalam kenyataan pertama setelah dilantik Menteri Ekonomi tidak mengulas pelantikan pemimpin UMNO yang menjadi sasaran serangannya sebelum ini teru...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas