Oh Pas Bukan Taiko Gerakan Tak Teragak Agak Keluar Pn


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 28, 2024 
Gerakan tidak akan teragak-agak untuk keluar dari PN jika tindakan itu bermakna mempertahankan pendidikan Cina, kata timbalan presiden parti Oh Tong Keong

Dia berkata Gerakan juga tidak akan kekal dalam gabungan itu jika terpaksa tunduk terhadap tuntutan konservatif dan tidak munasabah yang melampau daripada "parti tertentu."

Oh menjawab amaran Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari bahawa PN mungkin menggugurkan Gerakan pada pilihan raya umum akan datang.

Ini selepas PAS dan Gerakan mengambil pendirian bertentangan dalam isu syarikat minuman keras menyalurkan dana kepada sekolah vernakular.
“Gerakan mengesahkan sokongan padu terhadap usaha masyarakat Cina mengumpul dana untuk pendidikan Cina.

"Walaupun ugutan tidak munasabah daripada sekutu PN bahawa tidak akan ada lagi kerjasama dalam pilihan raya umum akan datang, kami bersedia untuk menghadapinya," kata Oh pada satu kenyataan hari ini.

Gerakan semalam menyokong pendirian DAP menyokong sekolah vernakular yang bekerjasama dengan kilang bir untuk menganjurkan acara mengumpul dana.

Gerakan berpendapat kutipan derma sebegini perlu dilakukan kerana sekolah Cina tidak diberikan dana yang mencukupi oleh kerajaan persekutuan untuk meneruskan operasi mereka.
Bagaimanapun, Fadhli berkata pandangan sedemikian mengecewakan dan menegaskan jika Gerakan mengekalkan pendapat sedemikian, PAS tidak akan bekerjasama dengan Gerakan pada pilihan raya umum ke-16.

Membalas amaran PAS itu, Oh menjelaskan Gerakan sebelum ini meninggalkan BN pada 2018 untuk menentang rakan pakatan yang korup.

Begitu juga, katanya, jika rakan pakatan dalam PN terus mempamerkan ekstremisme agama dan mencabul hak orang bukan Islam, Gerakan tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan gabungan politik sekali lagi.

“Walaupun PAS mempunyai kerusi parlimen dan DUN terbanyak dan merupakan parti terbesar dalam PN, PAS mesti menghormati parti-parti lain dalam gabungan itu.
Presiden Gerakan Dominic Lau bersama pimpinan tertinggi PN."Mereka tidak sepatutnya bertindak seperti taiko (abang besar) dan menuntut pematuhan daripada semua pihak lain. Mereka mesti belajar untuk meyakinkan orang lain melalui pertimbangan hujah," kata Oh

Oh juga menegaskan Gerakan menjunjung prinsip perjuangan politik bukan perkauman dan mempertahankan hak semua kumpulan etnik seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, tidak ada salahnya kaum Cina dan India Malaysia mempertahankan dan mengekalkan pendidikan bahasa ibunda. Ia bukan sahaja tidak dihalang tetapi juga digalakkan dan disokong.

Sementara itu, Ahli Parlimen DAP Kampar Chong Zhemin pada kenyataan berasingan hari ini mencabar Presiden Gerakan Dominic Lau supaya berhenti menafikan tidak ada masalah berlaku dan mengelak ancaman yang dibuat oleh Fadhli.

Sebaliknya, dia menggesa Lau tegas mempertahankan sisa-sisa maruah terakhir Gerakan dengan meninggalkan PN dan memutuskan hubungan bersama PAS.

Gerakan rakan gabungan PN tanpa kerusi parlimen dan cuma memiliki satu kerusi DUN di Kedah yang dikuasai PAS, dimenanginya semasa pilihan raya negeri tahun lepas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/oh-pas-bukan-taiko-gerakan-tak-teragak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Beritahu Gerakan Nak Keluar Pn Keluarlah

Pas Beritahu Gerakan Nak Keluar Pn Keluarlah

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 169 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA PAS tiada halangan jika Gerakan ambil keputusan keluar daripada Perikatan Nasional susulan perbezaan pendapat berhubung kontroversi dana sekolah Cina Naib Presiden Mohd Amar Abdullah berkata setiap parti ada hak d...
Terkini Halal Keluar Pas Demi Strategi Gerakan Bergolak Jamal Kena

Terkini Halal Keluar Pas Demi Strategi Gerakan Bergolak Jamal Kena

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 200 hits
Antara menarik petang ini 1 UMNO dakwa PN guna modal kempen sama libatkan penyasaran subsidi pada PRK Nenggiri 2 Tuan Ibrahim jelaskan tindakan Mohd Rizwadi sertai Bersatu adalah taktik strategik 3 Pemimpin Amanah persoal strategi PN lulusk...
Nak Keluar Pn Keluarlah Pas Beritahu Gerakan

Nak Keluar Pn Keluarlah Pas Beritahu Gerakan

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 359 hits
freemalaysiatoday com29 Jul 2024 03 00 PMNaib Presiden Mohd Amar Abdullah berkata setiap parti ada hak dan pendirian jadi terserah kepada Gerakan untuk membuat keputusan Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah mengulas kenyataan Timbalan Presi...
Silalah Keluar Pas Bukan Taiko Khalid Samad Tegur Maszlee Sekilas Fakta

Silalah Keluar Pas Bukan Taiko Khalid Samad Tegur Maszlee Sekilas Fakta

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 183 hits
1 Dakwa rasuah Chegubard direman dua hari 2 Malaysia sebenarnya monyet tak pernah jadi harimau Asia kata Ku Li 3 Oh PAS bukan taiko Gerakan tak teragak agak keluar PN 4 Giliran Tuan Ibrahim pula tegur Gerakan 5 Sila keluar Sanusi mahu Gerak...
Lau Downplays Pas Gerakan Differences Calls To Strengthen Pn

Lau Downplays Pas Gerakan Differences Calls To Strengthen Pn

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 222 hits
Gerakan president Dominic Lau has downplayed reported differences between his party and PAS saying instead that the time has come to strengthen Perikatan Nasional He said PN which includes Bersatu has not had the chance to discuss their dif...
Kalau Gerakan Nak Keluar Pn Silakan Sanusi

Kalau Gerakan Nak Keluar Pn Silakan Sanusi

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 223 hits
bharian com myOleh Ogos 1 2024 8 43pmKetua Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Foto BHALOR SETAR GERAKAN tidak perlu mengugut untuk keluar dari Perikatan Nasional sebaliknya mereka boleh meninggalkan gabungan itu jika...
Hasty Of Johor Gerakan Youth To Cut Ties Says State Pas Youth

Hasty Of Johor Gerakan Youth To Cut Ties Says State Pas Youth

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 212 hits
Its chief Ahmad Nawfal Mahfodz however says Johor PAS Youth will not apologise for its stance on the issue of school donations from alcohol proceeds It was hasty of Johor Gerakan Youth to cut ties over the issue of donations to Chinese scho...
Terkini Zahid Lawan Fitnah Pembangkang Gerakan Tuntut Pas Mohon Maaf

Terkini Zahid Lawan Fitnah Pembangkang Gerakan Tuntut Pas Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 192 hits
1 BN akan perjelas isu subsidi diesel sewaktu kempen PRK Nenggiri 2 Bersatu sedia jadi pendamai antara PAS dan Gerakan berhubung kontroversi dana sekolah Cina 3 Pemuda PAS Johor anggap kenyataan gerakan untuk keluar PN adalah tindakan terbu...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Cara Hilangkan Kebas Hujung Jari Legakan Cepat Selamat

Thoriq Aaliyah Resmi Jadi Orang Tua Ini 3 Momen Yang Tunjukkan Kesiapan Mereka Sambut Baby Boy

Hiburan Pihak Kami Dah Bersedia Pemandu Bas Nahas Pelajar Upsi Ditahan Polis Sejurus Keluar Hospital

Katak Comel

Saya Sibuk Jaga Anak Suami Kim Taehee Akui Guna Laser Muka Bagi Jaga Penampilan

Poooodahhh Ko Cakap Paham Kes Pun Tidak