Office Frogging Trend Kerjaya Gen Z Yang Buat Majikan Pening Kepala


“Office Frogging”, Trend Kerjaya Gen Z Yang Buat Majikan Pening Kepala
Selepas tular isu “job hugging” dan “resenteeism”, kini muncul pula fenomena “office frogging” di tempat kerja.
Istilah ini merujuk kepada trend pekerja, terutamanya generasi Gen Z, yang gemar ‘melompat’ dari satu tempat kerja ke tempat lain untuk mencari peluang dan pengalaman baharu. Sebenarnya, ia umpama “job-hopping”.
Dahulu, sikap suka bertukar kerja sering dianggap tidak setia dan tidak berdisiplin. Namun kini, ramai pakar kerjaya berpendapat langkah ini sebenarnya boleh menjadi strategi kerjaya bijak, jika dilakukan dengan cara yang betul.
Mengapa office frogging semakin popular? Menurut Peter Duris, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama aplikasi kerjaya berasaskan AI, Kickresume, istilah office frogs menggambarkan pekerja yang tidak kekal lama di satu tempat kerja.
“Kebanyakan mereka daripada generasi Gen Z, mereka berani mengambil risiko dan melangkah ke arah peluang baharu,” katanya.
Namun, trend ini bukan hanya melibatkan Gen Z semata-mata.
Laporan Gallup, misalnya, mendapati 48 peratus pekerja di Amerika Syarikat (AS) kini sedang mencari pekerjaan baharu. Ini menunjukkan bahawa melompat kerja sudah menjadi budaya biasa dalam dunia kerjaya moden.
Selain itu, data daripada Culture Amp turut menunjukkan penurunan tahap keterlibatan pekerja. Hampir separuh daripada 3.3 juta responden di 4,600 syarikat sedang mempertimbangkan untuk berhenti kerja.
Ketua Pegawai Eksekutif Culture Amp, Didier Elzinga, menjelaskan bahawa pekerja masa kini semakin pandai mengurus masa dan mencapai matlamat kerja mereka. Namun, pada masa sama, kepercayaan terhadap kepimpinan dan semangat kerja mereka semakin menurun.
Kelebihan & kekurangan office frogging Dahulu, ramai pekerja memilih untuk kekal lama di satu tempat kerja kerana bimbang kehilangan kestabilan atau dilabel tidak setia oleh majikan.
Namun, landskap pekerjaan kini berubah. Ketidakpastian ekonomi dan tekanan kerja yang tinggi menyebabkan ramai beranggapan bahawa ‘melompat’ boleh membawa lebih banyak ganjaran berbanding kekal dalam zon selesa.
Menurut Duris, kekal lama di satu syarikat masih mempunyai kelebihan, seperti menunjukkan komitmen dan kesetiaan dalam resume.
Tetapi bagi sesetengah individu, berpindah kerja sebenarnya membuka lebih banyak peluang untuk meningkatkan kemahiran, gaji dan pengalaman.
Panduan untuk pekerja Justeru, Duris menasihatkan supaya pekerja menilai beberapa perkara sebelum membuat keputusan untuk ‘melompat’ kerja:
1. Fikirkan kesan terhadap resume – Pastikan anda boleh menjelaskan sebab setiap pertukaran kerja dan apa yang anda pelajari daripadanya. Jadikan ia bukti bahawa anda sentiasa mencari pertumbuhan, bukan sekadar bosan.
2. Pastikan setiap pertukaran berbaloi – Jika kerja semasa masih memberi peluang untuk belajar dan berkembang, mungkin lebih baik kekal dahulu.
3. Elak bercakap buruk tentang bekas majikan – Ketika temu duga, fokus kepada perkara positif yang anda capai dan pelajari di tempat kerja lama.
Panduan untuk majikan Fenomena ini juga menjadi cabaran kepada majikan. Menurut Duris, organisasi perlu menilai semula cara mereka mengekalkan pekerja agar tidak mudah kehilangan tenaga kerja berkualiti.
Beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan termasuk:
1. Tawarkan gaji kompetitif – Kenaikan gaji sering menjadi sebab utama pekerja memilih untuk berpindah.
2. Perbaiki pakej faedah – Kemudahan tambahan seperti insurans, cuti fleksibel dan peluang latihan boleh meningkatkan kepuasan kerja.
3. Bina budaya kerja positif – Galakkan keseimbangan kerja dan kehidupan, serta wujudkan suasana sosial yang sihat bagi mengukuhkan semangat berpasukan.
BACA: Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini
Sumber: Forbes
The post “Office Frogging”, Trend Kerjaya Gen Z Yang Buat Majikan Pening Kepala appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/29/office-frogging-trend-kerjaya-gen-z-yang-buat-majikan-pening-kepala/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abang Ipar Maut Ditetak Kepala Terputus Suspek Serah Diri Lepas 15 Minit Dipujuk

Abang Ipar Maut Ditetak Kepala Terputus Suspek Serah Diri Lepas 15 Minit Dipujuk

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 229 hits
JERLUN Ketika ditahan suspek masih memegang parang sebelum akhirnya menyerah diri selepas kira kira 15 minit dipujuk kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berhubung kejadian tragis di Kampung Pida 3 di sin...
Kedah Pesawah Maut Ditetak Adik Ipar Kepala Terpisah Daripada Badan

Kedah Pesawah Maut Ditetak Adik Ipar Kepala Terpisah Daripada Badan

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 205 hits
NORLIDA AKMAR IDROSAnggota forensik melakukan siasatan di lokasi penemuan seorang lelaki yang mati dibunuh di sawah di Kampung Pida 3 dekat Jerlun malam ini Foto oleh SHAHIR NOORDIN KOSMO JERLUN Seorang lelaki berusia 45 tahun ditemui maut ...
Bila Kepala Tak Pernah Berhenti Cerita Tentang Overthinking

Bila Kepala Tak Pernah Berhenti Cerita Tentang Overthinking

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 137 hits
Bila Kepala Tak Pernah Berhenti Cerita Tentang Overthinking Pernah rasa kepala tak pernah berhenti fikir walau dah cuba tenangkan diri Artikel ini ialah refleksi peribadi tentang pengalaman aku melawan overthinking dari saat fikiran terlalu...
Selalu Pening Main Telefon Dalam Kereta Cuba Setting Iphone Ni

Selalu Pening Main Telefon Dalam Kereta Cuba Setting Iphone Ni

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 223 hits
Selalu Pening Main Telefon Dalam Kereta Cuba Setting iPhone Ni Boleh dikatakan bahawa setiap orang wajib memiliki telefon pintar sendiri dan digunakan setiap masa Bahkan ada yang membawa peranti itu ketika masuk ke dalam tandas Begitu juga ...
Dihentak Pistol Bekas Naib Canselor Usm Terima 15 Jahitan Di Kepala

Dihentak Pistol Bekas Naib Canselor Usm Terima 15 Jahitan Di Kepala

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 201 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas naib canselor Universiti Sains Malaysia Dzulkifli Abdul Razak cedera di kepala selepas disamun berhampiran kediamannya di Taman Pekaka George Town pagi tadi Menurut perkongsian laman Facebook Universiti Utar...
Jalan Jalan Di Kampung Agong Kepala Batas Penang

Jalan Jalan Di Kampung Agong Kepala Batas Penang

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 242 hits
Assalamualaikum hai korang semua Kalau korang tengah mencari tempat untuk santai santai sambil ingin merasai vibes kampung dan port cantik untuk OOTD jugak korang boleh sangat datang ke sini Kampung Agong Bakar Kapur Penaga Seberang Perai U...
How Ai Powered Productivity Is Transforming Everyday Life

Kertas Tester Perfume

Selangor Catat Prestasi Cemerlang Bagi Industri Pelancongan Negeri

Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota Selangor 2025 Diraikan Meriah

Disember Perlu Bersedia

Kenali Masjidil Haram Peta Ringkas Untuk Jemaah

Syarikat Jepun Lancar Kapasitor Baru Sokong Ev Dan Peranti Premium

Ultimate Anti Inflammatory Recipes High In Protein


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sticker Custom Yang Boleh Naikkan Profesionalisme Produk Anda

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran

Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

Ufa88 Top 76 By Vivien 14 2025

Ssgame666 23 2025 Ssgame666 1m 1 000 Ssgame666 Top 26 By Abdul Ssgame666

24 Top 73 By Terese Sky Liners Com Vip 21 2025