Obesiti Di Kalangan Kanak Kanak Dedah Risiko Hidap Macam Macam Penyakit


Obesiti di kalangan kanak-kanak dedah risiko hidap macam-macam penyakit. Jika berat badan anak-anak tidak dikawal sejak dari awal mereka berisiko untuk menjadi golongan dewasa yang obesiti.
Obesiti Di Kalangan Kanak-kanak Dedah Risiko Hidap Macam-macam Penyakit Berat badan kanak-kanak bertambah sepanjang proses tumbesaran. Berat badan yang sempurna (‘ideal weight’) juga bertambah mengikut umur. Oleh itu, kita perlu merujuk kepada carta ‘body mass index’ (BMI) untuk mengetahui sama ada berat badan anak kita normal (rajah 1).
Artikel lain: Anak Suka Sangat Makan Sosej Berisiko Obesiti, Kanser Usus. Boleh Elak Lagi Bagus!

Apa yang dimaksudkan dengan berlebihan berat badan?
Berlebihan berat badan atau yang lebih serius ialah obesiti, telah ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, berdasarkan body mass index (rajah 1).

Apakah maksud obesiti?
BMI = berat (kg) / tinggi² (m²)
Berlebihan berat badan: BMI pada atau melebihi ‘percentile’ ke 85 (rajah 1)
Obesiti : BMI pada atau melebihi ‘percentile’ ke 95
Obesiti yang serius: BMI melebihi ‘percentile’ ke 99
Adakah masalah gemuk ini kerap berlaku di Malaysia?
Masalah gemuk di kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia semakin meningkat dan telah mencapai 30%.
Apa yang menyebabkan obesiti?
Faktor persekitaran ialah faktor penyebab utama untuk obesiti walaupun kita tahu faktor genetik juga memainkan peranan.
Apabila ibu bapa gemuk, anak mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi gemuk kerana mengalami faktor persekitaran dan faktor genetik yang sama.
Faktor genetik tidak boleh diubah. Oleh itu, kita perlu menumpu perhatian kepada faktor persekitaran untuk mencegah obesiti.
Kurang daripada 1% kes berlebihan badan yang dirujuk ke hospital dikenalpasti berpunca daripada masalah hormon dan masalah genetik.
Walau apa pun penyebabnya, masalah obesiti berlaku apabila pengambilan kalori melebihi penggunaannya.
Baca lagi: Sosej, Nugget, Jajan Punca Anak Seawal 6 Tahun Dapat Darah Tinggi, Obesiti Hipertensi. Hati-Hati
Peningkatan berat badan = pengambilan kalori > penggunaan kalori
Risiko kesihatan apabila berlebihan berat badan

Kanak-kanak berlebihan berat badan terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan;
Diabetes Mellitus jenis 2: Ini boleh berlaku pada kanak-kanak berusia seawal 8 tahun.
*Tekanan darah tinggi – Tekanan darah bertambah berikutan peningkatan berat badan yang berlebihan. Tekanan darah tinggi yang berpanjangan membebankan jantung dan membawa kerosakan kepada jantung.
*Masalah hati – Masalah hati berlemak (‘Fatty liver disease/ nonalcoholic steatohepatitis or NASH‘) sering berlaku di kalangan kanak-kanak obes dan boleh membawa kepada kegagalan fungsi hati (‘liver failure, cirrhosis‘).
*Kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat (‘Obstructive sleep apnea‘): Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mempunyai tidur yang tidak sempurna, dan sering mengalami gangguan pernafasan yang berulang-ulang sepanjang waktu tidur. Mereka juga sering berdengkur semasa tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian sekiranya tahap kekurangan oksigen semakin merosot.
*Batu karang pada pundi hempedu (Gallstones) – Kanak-kanak yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah ini.
*Kerosakan sendi – Ini berlaku kerana kanak-kanak obes terpaksa membawa berat yang berlebihan sepanjang masa. Kerosakan boleh berlaku pada sendi kaki.
*Sindrom metabolik dan risiko penyakit jantung – Sindrom metabolik terjadi apabila pesakit obes juga mempunyai kombinasi masalah-masalah lain seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan paras glukos tidak normal. Ini berlaku di kalangan 30-40% kanak-kanak obes dan mereka mempunyai risiko penyakit jantung yang jauh lebih tinggi apabila usia mereka meningkat.
*Penyakit Jantung – ‘Atherosclerosis’ (perubahan pada dinding pembuluh darah) ialah masalah yang lazim berlaku pada kanak-kanak obes. Ia boleh berlaku seawal zaman kanak-kanak atau remaja, terutama pada mereka yang mengalami sindrom metabolik.
*Masalah haid – kanak-kanak perempuan yang obes sering mengalami akhil baligh lebih awal daripada yang biasa. Mereka juga mempunyai risiko fibroid pada rahim (‘uterine fibroid’) and masalah kitaran haid apabila dewasa.
*Membesar menjadi orang dewasa yang gemuk – Kanak-kanak obes lazimnya membesar menjadi orang dewasa yang gemuk. Setengah daripada orang dewasa yang gemuk juga gemuk pada zaman kanak-kanak.
*Kemurungan – Masalah obes sering dikaitkan dengan masalah kemurungan dan kurang keyakinan diri. Ini boleh menyebabkan masalah susah tidur, kurang aktif, makan berlebihan dan seterusnya menambahkan lagi berat badan pesakit obes.
Bagaimanakah mengatasi masalah obes pada kanak-kanak?
Orang dewasa yang obes harus mengurangkan berat badan. Kanak-kanak obes pula perlu mengekalkan berat sepanjang tumbesaran (berat kekal semasa tinggi sedang bertambah). Ini boleh memperbaiki semula kesihatan kanak-kanak obes.
Masalah kesihatan berkaitan dengan obes boleh dikurangkan dengan tabiat makan yang baik dan senaman yang kerap.
*Kegiatan fizikal setiap hari, selama sekurang-kurangnya 1 jam. Ini berkesan untuk mengawal berat badan dan mengurangkan risiko penyakit, di samping meningkatkan kekuatan otot. Kanak-kanak patut terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal yang menyenorokkan seperti senaman berpasukan, berenang, yoga, berbasikal, menari, atau berjalan-jalan pada waktu petang selepas makan malam. Senaman yang dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau terlalu memenatkan. Senaman yang baik sepatutnya melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot. Untuk kanak-kanak pra sekolah, permainan di taman permainan atau aktiviti diluar rumah perlu digalakkan.
*Sokongan dan minat ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak mereka. Aktiviti yang dirancang perlulah sesuai dengan minat dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak dan membuat catitan menggunakan satu carta. Pujilah mereka sekiranya mencapai matlamat. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik dan menjadikan aktiviti fizikal sebagai aktiviti sekeluarga.
*Hadkan aktiviti sedentari, iaitu tidak boleh melebihi 2 jam sehari (video atau wayang, permainan video, aktiviti komputer). Ini tidak termasuk ulangkaji dan kerja sekolah. Elakkan penggunaan lif dan lebihkan penggunaan tangga.
*Galakkan kanak-kanak makan 5 hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari. Hiaskan pinggan makan untuk kanak-kanak dengan pelbagai warna menggunakan tomato, brokoli, jagung, karot, ubi kentang dan kacang hijau. Hidangkan buah-buahan segar seperti tembikai, belimbing, limau dan elakkan jus.
*Makan mengikut masa, iaitu untuk sarapan pagi, tengahari dan malam. Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak akan berasa terlalu lapar menyebabkan terlebih makan kemudian.
Kredit foto: Freepik *Makan sarapan pagi, tengahari dan malam di rumah bersama ahli keluarga. Elakkan makan sambil menonton televisyen.
*Jangan meletakkan televisyen di bilik tidur anak.
Bilakah kanak-kanak obes perlu dirujuk kepada Pakar Pediatrik Endokrin?
Kanak-kanak obes perlu dirujuk ke Pakar Pediatrik Endokrin apabila:
– Terdapat komplikasi daripada obesiti.
– Diabetes Mellitus jenis 2 berlaku.
*Kanak-kanak obes yang mengalami masalah kemurungan perlu dirujuk kepada Pakar Psikologi.
Kredit foto: Freepik Adakah ujian darah diperlukan untuk kanak-kanak obes?
1.‘Oral glucose tolerance test’ (Ujian darah untuk paras glukos pada permulaan ujian dan 2 jam selepas pengambilan glukos) untuk mengesan penyakit diabetes mellitus. Ini perlu dilakukan pada kanak-kanak obes yang:
*Berumur > 10 tahun (pada akhil baligh sekiranya ini berlaku sebelum umur 10 tahun).
*Mempunyai 2 atau lebih faktor risiko.
*Diabetes Mellitus jenis 2 dikalangan ahli keluarga (generasi pertama dan kedua) bangsa ‘African-American, Hispanic, American Indian, Asian, or Pacific Islander origin’.
*Mempunyai ‘acanthosis nigricans’ (kulit gelap dan tebal pada leher), ‘polycystic ovary syndrome’, tekanan darah tinggi, dan masalah kolesterol tinggi.
2.Ujian lain termasuk:
*Ujian darah untuk paras kolesterol.
*Ujian darah untuk fungsi hati (‘liver function test’).
*Ultrasound untuk mengesan hati berlemak (fatty liver).
Apakah ubat yang berkesan mengurangkan berat badan kanak-kanak obes?
Penggunaan ubat langsing badan terhadap kanak-kanak obes adalah sangat terhaddisebabkan oleh kesan sampingan ubat kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, penggunaan ubat kadang-kala boleh dipertimbangkan untuk jangka pendek bagi pesakit tertentu.
Bagaimana mencegah masalah berat badan berlebihan dikalangan kanak-kanak?
Pilihlah gaya hidup yang sihat. Amalkan senaman dan pengambilan makanan seimbang setiap hari.
Mengajar kanak-kanak tentang gaya hidup sihat akan meningkatkan proses pembelajaran mereka di sekolah di samping mengekalkan badan yang sihat dan kuat.
Ibu bapa disarankan untuk bekerjasama dengan pihak sekolah anak mereka bagi mewujudkan persekitaran yang baik.
Rajah 1: Carta BMI untuk perempuan berumur 2 ke 20 tahun Rajah 2: Carta BMI untuk lelaki berumur 2 ke 20 tahun. Sumber: myhealth.gov.my
Kredit foto (top image): Freepik
Lagi artikel: Masak Ayam Tanpa Kulit  Hadkan Makanan Bergoreng. Cara Kawal Pemakanan Anak Obesiti

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Obesiti Di Kalangan Kanak-kanak Dedah Risiko Hidap Macam-macam Penyakit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/obesiti-di-kalangan-kanak-kanak-dedah-risiko-hidap-macam-macam-penyakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Tahun Simpan Rahsia Awie Dedah Pernah Hidap Kanser

3 Tahun Simpan Rahsia Awie Dedah Pernah Hidap Kanser

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 115 hits
Siapa sahaja tak kenal dengan lagenda Rock tanah air Dato Ahmad Azhar bin Othman atau lebih dikenali dengan nama Awie Meskipun sangat sinonim dengan perwatakan yang garang dan maskulin Awie sebenarnya mempunyai kisah sedih yang baru sahaja ...
Tak Menyesal Sedar Akan Hadapi Risiko Rowoon Akhirnya Dedah Sebab Tinggalkan Sf9

Tak Menyesal Sedar Akan Hadapi Risiko Rowoon Akhirnya Dedah Sebab Tinggalkan Sf9

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 58 hits
Rowoon telah mendedahkan sebab mengapa dia memilih untuk keluar dari SF9 Artikel Berkaitan Muncul sebagai tetamu dalam Jo Hyun ah s Friday Night Rowoon telah berkongsi pelbagai kisah mengenai dirinya Termasuk sebab mengapa dia meninggalkan ...
Benci Lelaki Macam Tu Dedah Sebab Putus Dengan Kekasih Penjelasan Kim Heechul Tuai Kritikan

Benci Lelaki Macam Tu Dedah Sebab Putus Dengan Kekasih Penjelasan Kim Heechul Tuai Kritikan

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 81 hits
Mungkin ada sebab kenapa Kim Heechul masih belum berkahwin meskipun dah berusia 40 an Artikel Berkaitan Baru baru ini netizen telah memuat naik semula klip video Kim Heechul di mana lelaki itu mendedahkan sebab dia putus dengan bekas teman ...
Buang Beras Macam Tu Jer Bazirkan Hmmmm

Buang Beras Macam Tu Jer Bazirkan Hmmmm

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 74 hits
Bekas ahli parlimen Kuala Krau Ismail Mohamed Said mengakui barangan keperluan asas yang dibuang di tapak pelupusan sampah haram di Temerloh adalah dari gudang simpanan dikendalikan pihaknya Dia berkata barangan terbabit sudah mengalami ker...
Dah Macam Acik Cleaner Dah Ha Kami Yang Multi Talented

Dah Macam Acik Cleaner Dah Ha Kami Yang Multi Talented

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 89 hits
Assalamalaikum Ni apa kes ni hahaha kami bukan aje sibuk ngan dunia corporate ye x semestinya keja kami jaga schedule boss aje kami ni super talented tau jadi tealady boleh jadi cleaner boleh multi talented dan multi purpose semua boleh bua...
Lelaki Luah Rasa Menyesal Hidup Berpoligami Isteri Pertama Dah Tak Manja Isteri Kedua Layan Macam Hamba

Lelaki Luah Rasa Menyesal Hidup Berpoligami Isteri Pertama Dah Tak Manja Isteri Kedua Layan Macam Hamba

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 101 hits
Sejak kebelakangan ini selalu kita dengar lelaki yang sudah bergelar suami pilih untuk kahwin lagi satu kerana merasakan diri mampu dan mahu hidup berpoligami Biarpun selalu kita dengar si suami akan berasa lebih bahagia apabila mempunyai d...
Macam Mana Upt Naik 2 Garis Tapi Sebenarnya Tak Mengandung Doktor Jelaskan Hal Ini

Macam Mana Upt Naik 2 Garis Tapi Sebenarnya Tak Mengandung Doktor Jelaskan Hal Ini

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 69 hits
Sesetengah wanita jika sememangnya sudah bersedia untuk hamil pasti gembira jika ujian UPT yang dibuat menunjukkan keputusan positif Walaupun begitu tetap ada isteri yang masih tidak bersedia untuk hamil terlalu awal terutamanya jika pasang...
Pet Expo Midvalley 2024

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Iranian President Raisi Feared Dead As Helicopter Wreckage Found



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Ayam Masak Merah Untuk Tetamu

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Pengadu Terima Panggilan Pertama Ebit Pada 3 40 Pagi Mahkamah Diberitahu

Seorang Lelaki Ditemui Rentung Atas Katil Selepas Apartmen Terbakar