Oasia Suites Kl Penginapan Mewah Tetapi Murah Di Kl
Hi semua, apa khabar? Baru-baru ini cuti Deepavali, jadi kami hanya bercuti-cuti di dalam Malaysia je. Tapi walau dalam Malaysia je, tetap best okay!! Malaysia Truly Asia!
Okay memandangkan followers selalu bertanya "hotel ape kat KL yang best tapi murah ek?"
Okay jadi harini I nak kongsikan dengan korang tentang satu hotel yang best gila di KL, yang dinamakanOasia Suites Kuala Lumpur by Far East Hospitality
5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU STAY DI OASIA SUITES KL
1. HARGA YANG MURAH DAN BERPATUTAN
Harga hotel ini boleh didapati serendah RM 135 okay! Murah sangat sebab biliknya luas dan kelengkapannya juga lengkap!
Note : Harga berubah-ubah jadi boleh cek di website mereka untuk sebarang promosi.
2. BILIK YANG LUAS, SELESA DAN LENGKAP MEMBUATKAN RASA JUST LIKE HOME
Apa yang I suka sangat dengan hotel ini ialah, walaupun dengan harga murah, tetapi bilik hotel ini sangat-sangat luas, ibarat satu studio apartment! Memang sangat berbaloi!
Ada peti ais
Ada dapur, dan pan ada disediakan sekiranya korang nak masak!
Sudu garfu, chopsticks, gunting pun ada juga okayy!!
Yang paling I suka ada washing machine tu. Dia siap bagi sabun laundry tauu! Best gilaaaa
Ada ruangan makan
Katil yang selesa
Toilet yang luas dan ada separator untuk tandas dan bilik mandi
Basic toiletries yang disediakan
3. LOKASI HOTEL YANG DEKAT DENGAN PUSAT PELANCONGAN DI KUALA LUMPUR
Selain itu, I juga suka gila hotel ni sebab jarak hotel ini dengan KLCC kurang dari 1 km (lebih kurang 800-900 meter)
Jadi kami boleh berjalan kaki sahaja untuk ke :KLCCAQUARIA KLCCMenara Berkembar PetronasPavillionMenara KL
Yela, negara orang boleh je berjalan kaki jauh-jauh, so kat Malaysia pun of course boleh! Haha
BTW, ada satu masa tu hujan lebat, jadi kami mendapatkan Grab, dan tambang Grab hanya RM 6 okayyy haha
Berjalan-jalan di KLCC
Cantiknya KLCC! LOVE ITTTTTT
Bukti berjalan kaki. Hahahaha. Berjalan kaki mungkin akan mengambil masa 15-20 minit. Boleh la membakar sebiji dua biji karipap. Hahaha
4. SWIMMING POOL YANG AWESOME
You gotta love the pool because it is sooooo nice! Mandi pool dengan view KL Tower okayyy!
Swimming pool di buka dari 8 pagi sehingga 10 malam, so boleh la mandi waktu malam tuu!
Cantik kannnnnnn???
Kalau malas nak swimming, boleh la berbaring-baring di kerusi dalam air tuu. Haha
5. HOSPITALITY YANG TERBAIK
Far East Hospitality has done a great job! The staff was friendly, the room is clean, the hotel itself is nice!
Okay nak datang lagi! Thank you for the hospitality Oasia Suites KL by Far East Hospitality !!
Sesiapa yang nak ke sini, boleh la hubungi :
Oasia Suites KL by Far East Hospitality
Alamat : Lorong P Ramlee, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
atau layari laman web mereka untuk harga latest :
www.oasiahotel.com
SELAMAT BERCUTIIIII!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.missdae.com/2019/10/oasia-suites-kl-penginapan-mewah-tetapi.html