Nyamannya Menghirup Kopi Waktu Petang


Salam 7 Syawal. Ramadhan dah meninggalkan kita, lepas raya sambung pula dengan puasa 6 tapi hari ni cuti dari puasa 6 esok atau lusa sambung lagi. 
Petang ni baru dapat semula nikmat hirup kopi waktu petang sambil lepak depan tv. Selama bulan puasa dan baru raya haritu mana ada masa nak minum kopi sebab kenyang dengan menu-menu yang ada.

Terbaik kombinasi ni, kuih bahulu dan kopi..pehhh
Kalau waktu bukan bulan puasa minum kopi ni memang aktiviti harian paling kurang pun 2 cawan sehari. Itu sebab bila masuk je bulan puasa hari tu hari pertama kena sakit kepala dan lemah badan akibat 'caffein withrawal'. Dahsyat juga penangan kopi ni rupanya. 
Selain menghilangkan rasa mengantuk, kopi berfungsi untuk memberikan tenaga, membakar lemak dan tingkatkan metabolisme. Itu antara sebab saya jadi peminat kopi tegar sejak dari 2016 lagi bila 'menemui' fungsi kopi sebagai fat burner dalam dunia fitness dan sukan. Dan dah biasa pun minum kopi tak letak gula langsung

Nak minum kopi apa untuk kurus? Apa-apa kopi asalkan ia bukan kopi 3 in 1 dan tidak campur gula. Kalau minum kopi 3 in 1 ni tak bagus untuk jantung dan buah pinggang sebenarnya sebab tinggi gula. Kalau yang jenis kopi 'kuat macam harimau' tu lagi la perlu elak, silap haribulan boleh kena serangan jantung. Minum la kopi biasa macam Nescafe dan Indocafe. Saya lebih suka Indocafe O tak letak gula

Antara lain khasiat kopi :
Khasiat kopi sebenarnya banyak. Ia dipenuhi dengan antioksida dan nutrisi-nutrisi bermanfaat yang boleh meningkatkan tahap kesihatan. 
(Kredit info pelajar2u)
1. Kopi Boleh Membuatkan Anda Lebih Bijak
Kopi boleh mengelakkan orang daripada berasa letih, pada masa yang sama meningkatkan kadar tenaga mereka

Hal ini kerana ia mengandungi bahan peransang yang dikenali sebagai kafein, yang sekarang sudah dikira sebagai bahan yang paling banyak diambil oleh penduduk dunia

Selepas minum kopi, kafein akan diserap masuk ke dalam saluran darah. Dari situ, ia akan dihantar ke otak

Banyak kajian berkaitan kesan pengambilan kopi ke atas fungsi otak. Ini termasuklah daya ingatan, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, reaksi dan fungsi kognitif

2. Kopi Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal
Kafein meransang sistem saraf, menyebabkannya menghantar isyarat ke sel lemak untuk membakar lemak badan

Pada masa yang sama, kafein meningkatkan kadar Epinephrine (Adrenaline) di dalam badan. Ianya merupakan hormon yang memainkan peranan semasa pergerakan badan yang intensif

Kafein akan membuatkan sel lemak membakar lemak, membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid, dan dihantar ke sel badan

Secara kasar, kafein boleh meningkatkan prestasi fizikal seseorang sebanyak 11-12 peratus

Oleh sebab itu, wajarlah anda meminum kopi setengah jam sebelum memulakan kerja yang berat

3. Kopi Banyak Nutrisi Yang Baik
Kopi bukan sahaja sebarang air yang berwarna hitam. Biji kopi juga mengandungi beberapa nutrisi untuk kesihatan umum anda

Antara yang anda dapat dalam secawan kopi adalah:
Riboflavin (Vitamin B2)Pantothenic Acid (Vitamin B5)Manganese dan PotassiumMagnesium dan Niacin (B3)Walaupun kandungannya tidaklah banyak dan tidak mencukupi keperluan harian, tetapi jika ditambah dengan diet sihat ia boleh membantu

4. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2
Kencing manis tahap 2 merupakan masalah kesihatan yang sangat merunsingkan, terutama di Malaysia. Buat masa ini, sekurang-kurangnya 300 juta orang di seluruh dunia mengalami kencing manis

Untuk beberapa sebab, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kencing manis tahap 2

Kajian menunjukkan bahawa orang yang minum kopi mengalami 23-50% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit tersebut. Satu kajian lain mendapati pengurangan sehingga 67%

5. Kopi Boleh Mencegah Daripada Penyakit Alzheimer dan Dementia
Penyakit ini biasanya berlaku kepada orang yang berusia 65 dan ke atas. Apa yang sedihnya, penyakit ini tiada penawar

Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah daripada mendapat penyakit Alzheimer ini

Ini merangkumi pengamalan gaya hidup sihat, bersenam dan minum kopi juga boleh membantu

Beberapa kajian menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai 65% lebih rendah dalam mendapat penyakit ini

5. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Parkinson
Parkinson merupakan sejenis penyakit saraf juga, ia kedua paling banyak selepas Alzheimer

Ia berlaku disebabkan oleh ketiadaan saraf yang menghasilkan dopamine di dalam otak

Sama juga seperti Alzheimer, tiada penawar. Oleh itu adalah terbaik jika kita cari jalan mencegahnya

Menurut kajian sains, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak minum sebanyak 32-60%
Dalam kajian ini, mereka menyimpulkan bahawa bahan kafein yang bermain peranan kepada penurunan risiko, bukannya kopi itu sendiri. Hal ini kerana orang yang minum kopi deface tidak mengalami penurunan risiko

6. Kopi Boleh Melindungi Hati 
Hati merupakan satu organ yang memainkan peranan penting dalam sistem badan

Banyak penyakit akan memberikan kesan kepada hati, termasuklah hepatitis, lemak penyakit hati dan lain-lain

Dan kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada masalah seperti sirosis. Bedasarkan kajian, kopi boleh melindungi hati anda daripada penyakit sirosis ini

7. Kopi Boleh Melawan Kemurungan dan Membuatkan Anda Lebih Gembira
Kemurungan dan tekanan merupakan masalah mental yang boleh menjejaskan kehidupan dan kesihatan anda

Dan perkara ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia yang dibebani dengan kerja, masalah dan sebagainya

Berdasarkan satu kajian oleh Harvard pada tahun 2011, wanita yang minum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20%

Jadi, apabila tengah stress kerja, anda kenalah minum kopi

8. Kopi Mencegah Risiko Kanser
Kopi dipercayai boleh melindungi anda daripada 2 jenis kanser:
Kanser hatiKanser kolon
Kajian menunjukkan bahawa peminum kopi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser hati sebanyak 40%
Satu lagi kajian ke atas 489,706 individu mendapati bahawa orang yang minum 4-5 cawan kopi setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 15%

Amboi banyaknya khasiat kopi...tapi...

Jangan minum berlebihan ya kopi cukup sehari paling banyak 3 cawan sehari dan jangan minum kopi yang terlalu panas biarkan  kopi sejuk sikit. Saya ada baca beberapa artikel kopi boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain jika diminum terlalu panas

Jom mengopi..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/05/nyamannya-menghirup-kopi-waktu-petang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Amalan Pada Waktu Pagi Dan Waktu Petang

5 Amalan Pada Waktu Pagi Dan Waktu Petang

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 420 hits
1 Berselawat pada waktu pagi selepas Subuh 10 kali dan selepas Asar 10 kali Jumhur ulama menyarankan selawat seperti berikut Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Waala Ali Saiyidina Muhammad Sabda Nabi SAW Barangsiapa berselawat kepadaku ...
Bahaya Berbuka Dengan Rokok Rupanya Kesannya Pada Tubuh Waktu Itu Lebih Dahsyat

Bahaya Berbuka Dengan Rokok Rupanya Kesannya Pada Tubuh Waktu Itu Lebih Dahsyat

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 716 hits
Bahaya berbuka dengan rokok Rupanya kesannya pada tubuh waktu itu lebih dahsyatTENTU biasa kita melihat golongan perokok yang merokok sebaik masuk waktu berbuka puasa bukan Terlihat benar kepuasan dapat melakukan aktiviti itu selepas sehari...
Waktu Icerd Boleh Berkumpul Di Dataran Waktu Jakel Nista Bangsa Melayu Jgnkan Kumpul Bunyi Pun Tarak Kenapa Ya

Waktu Icerd Boleh Berkumpul Di Dataran Waktu Jakel Nista Bangsa Melayu Jgnkan Kumpul Bunyi Pun Tarak Kenapa Ya

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 525 hits
Apa pun kelemahan Bangsa Melayu tidak adil dan tidak patut dikutuk seluruh bangsa kerana bangsa Melayu juga ciptaan Allah Yang lebih menghairankan pejuang pejuang Melayu seperti PAS dan UMNO senyap sunyi walaupun bangsa sendiri di maki dan ...
Niat Zakat Fitrah Waktu Mengeluarkan Dan Berapa Besarnya Tahun 2020

Niat Zakat Fitrah Waktu Mengeluarkan Dan Berapa Besarnya Tahun 2020

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 422 hits
Zakat fitrah adalah ibadah maaliyah yang menyertai dan menyempurnakan puasa Ramadhan Bagaimana niat zakat fitrah kapan waktu mengeluarkan dan berapa besarnya untuk tahun 2020 Berikut ini pembahasannya Pengertian Zakat Fitrah Terkadang ada y...
Pagi Petang Malam

Pagi Petang Malam

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 587 hits
DAY 80 Hari ketiga belas SyawalPagi Hujan Bila mandi terasa macam mandi air batu sejuknya Maggi gorengCendawan dan tempe gorengTeh O Ahmad Tea LemonIni menu untuk sarapan kami Petang Ayam goreng sambal sahaja menjadi hidangan tengahari Hari...
Sedap Juga Lemang Kukus Rugi Tak Cuba Waktu Pkp Ni

Sedap Juga Lemang Kukus Rugi Tak Cuba Waktu Pkp Ni

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 508 hits
Anda dah cuba ke buat lemang sendiri Musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ni walaupun ada sektor perniagaan sudah dibuka tetapi nak mendapatkan lemang untuk Hari Raya memang agak sukar tak seperti hari kebiasaan sebelum Covid 19 mela...
Awas Polis Jengah Kediaman Yang Meriah Waktu Raya

Awas Polis Jengah Kediaman Yang Meriah Waktu Raya

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 243 hits
Jangan terkejut apabila ada anggota Polis Diraja Malaysia datang memeriksa rumah anda sewaktu sambutan perayaan nanti Ini kerana Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia akan membuat rondaan di kawasan kediaman semasa sambutan pe...
Tak Izinkan Azka Masuk Sekolah Dalam Waktu Dekat Kalina Ocktaranny Nggak Apa Apa Nggak Naik Kelas

Tak Izinkan Azka Masuk Sekolah Dalam Waktu Dekat Kalina Ocktaranny Nggak Apa Apa Nggak Naik Kelas

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 349 hits
Adanya skenario relaksasi yang menyebut sekolah bakal dimulai kembali pertengahan Juni justru membuat Kalina khawatir
Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Why Shouldn T Young Malays Reject Equal Rights

Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips