Nuzul Quran Peristiwa 17 Ramadan Pengajaran


Peristiwa Nuzul Al-Quran
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada 17 Ramadan dan ia juga merupakan cuti umum bagi sesetengah negeri di Malaysia.
Tahukah anda apakah peristiwa di sebalik peristiwa ini dan pengajaran yang boleh kita ambil daripadanya?
Jom ketahui selanjutnya.
Maksud Nuzul Quran Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’.
Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.
Peristiwa Nuzul Al-Quran Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hira’ Makkah. 5 Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada surah Al-‘Alaq. Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun. Sumber: Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) Kelebihan Al-Quran Menurut Hadis Kepentingan dan manfaat al-Quran digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis berikut:
“Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya, bagaimana untuk menyucikannya, ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab, dengan membaca al-Quran dan mengingati mati.” “Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” “Ahli al-Quran ialah Ahlullah. Bacalah al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan dan huruf yang dibaca. “Tiap-tiap ayat di dalam al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu.” “Rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan.” Pengajaran Dari Peristiwa Ini 1. MENZAHIRKAN KEAGUNGAN DAN KEBESARAN ALLAH SWT
Peristiwa penurunan al-Quran menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah SWT yang tidak mampu tergambar oleh akal manusia. Al-Quran yang diturunkan secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat mengambil masa kira-kira selama 23 tahun sebelum ia lengkap keseluruhan 6,236 ayat.
2. WAHYU DAN KALAM ALLAH AKAN SENTIASA TERPELIHARA
Al-Quran merupakan wahyu dan Kalam Allah SWT. Ia bertindak sebagai sumber utama ajaran Islam dan sarat dengan ilmu serta pengajaran yang boleh diambil oleh manusia untuk dijadikan iktibar dan tatacara untuk hidup dengan syariat di muka bumi ini. Oleh sebab itu, ia tetap terjamin pemeliharaannya daripada diubah oleh tangan-tangan manusia walaupun terdapat juga segelintir manusia yang berusaha ke arah itu.
Jaminan pemeliharaan ini datang daripada Allah SWT sendiri sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Hijr ayat 9:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”.
3. TIADA KERAGUAN DALAM AL-QURAN
Al-Quran itu tidak memiliki sebarang keraguan padanya sama ada terhadap peristiwa yang telah berlaku, sedang berlaku atau bakal berlaku termasuk juga peristiwa-peristiwa ghaib.
Kebenarannya tidak dapat dicanggah lagi oleh mana-mana pihak.
4. AL-QURAN MEMPUNYAI KEMULIAAN DAN KESUCIANNYA YANG TERSENDIRI
Al-Quran memiliki kemuliaan dan kesuciannya yang tersendiri. Kita diseru untuk memperbanyakkan membacanya lebih-lebih lagi dalam Bulan Ramadan ini kerana nanti Al-Quran juga akan datang pada hari akhirat memberi syafaat kepada setiap pembacanya.
Firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌۭ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌۭ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًۭى وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ ٥٧
قُلْ بِفَضْلِ ٱللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِۦ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا۟ هُوَ خَيْرٌۭ مِّمَّا يَجْمَعُونَ ٥٨
Maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) “kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)” (Surah Yunus ayat 57-58)
5. KELEBIHAN MEMPELAJARI AL-QURAN
Kita dituntut untuk sentiasa mempelajari al-Quran melalui cara bertalaqqi atau berguru dan mengajarkannya bagi sesiapa yang mampu. Ini kerana, Nabi SAW menyifatkan golongan ini adalah sebaik-baik manusia.
Daripada Uthman bin Affan, RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat al-Bukhari 5027)
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan melazimi dalam membaca al-Quran serta beramal dengan apa yang terdapat di dalam kitab-Nya. 
Sumber: JAKIM Marilah kita perbanyakkan membaca al-Quran kerana amalan itu dapat menjadi penyelamat kepada manusia bagi setiap kesulitan.
Rujukan: JAKIM, Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Facebook JAKIM
Baca juga:
Koleksi Ayat Healing Dari Al-Quran, Positif, Self-Healing 7 Doa Pagi Yang Boleh Diamalkan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/nuzul-al-quran/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=nuzul-al-quran

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 244 hits
Bekalan air dah mula ada sejak tengahari 27 Mac 2024 seperti di Namun tekanan air masih lagi rendah kerana air belum naik hingga ke tangki utama rumah Tangki hampir kering tapi dak Kakak dapatlah tadah air sebagai back up andai kata tiba ti...
Salam Nuzul Quran Contoh Ucapan Quotes Dan Poster Menarik

Salam Nuzul Quran Contoh Ucapan Quotes Dan Poster Menarik

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 220 hits
Salam Nuzul Quran Contoh Ucapan Quotes dan Poster Menarik Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat ampunan dan ke...
Pengakuan Will Smith Baca Al Quran Sepanjang Ramadan Undang Persoalan Netizen

Pengakuan Will Smith Baca Al Quran Sepanjang Ramadan Undang Persoalan Netizen

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 120 hits
Pelakon Hollywood Will Smith mengakui bahawa dia telah membaca Al Quran sepanjang bulan Ramadan Perkongsian tersebut dibuat oleh Will Smith dalam satu podcast bersama wartawan Mesir Amr Adeeb baru baru ini Dalam podcast itu pelakon itu keli...
Saya Sukakannya Sangat Jelas Dan Tidak Sukar Untuk Difahami Will Smith Baca Al Quran Sepanjang Ramadan

Saya Sukakannya Sangat Jelas Dan Tidak Sukar Untuk Difahami Will Smith Baca Al Quran Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 163 hits
Pelakon terkenal Hollywood Will Smith mendedahkan dia ada membaca Al Quran sepanjang bulan Ramadan tahun lalu Will Smith juga mengakui dia menyukainya selain menyifatkan isi kandungan kitab suci itu juga jelas dan mudah difahami var current...
Salam Nuzul Al Quran 1444h 2024

Salam Nuzul Al Quran 1444h 2024

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 219 hits
Nuzul Al Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al Qur an yang pertama kepada Muhammad hingga seterusnya berperingkat peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al Quran yang ada pada hari ini Peristiwa Nuzul Al Quran berlaku pada malam J...
Koleksi Ucapan Dan Pantun Nuzul Al Quran 1445h 2024m

Koleksi Ucapan Dan Pantun Nuzul Al Quran 1445h 2024m

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 178 hits
Salam Nuzul Al Quran 1445H 2024M Al Quran merupakan Kalam Allah dimana ianya adalah satu satunya mukjizat yang berkekalan sehingga hari Kiamat dan menjadi panduan dalam kehidupan manusia Turunnya Al Quran bertujuan untuk memberikan petunjuk...
Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 226 hits
SALAM NUZUL ALQURAN KUIZ MENGUJI PENGETAHUAN TENTANG AL QURAN Salam Nuzul Al Quran 17 Ramadan adalah hari dimana diturunkan Al Quran pada zaman Nabi Muhammad S A W Nuzul perkataan Arab dalam Melayunya bererti turun Nuzul Al Quran bermaksud ...
Malam Nuzul Quran Mencari 500 Orang Yang Ikhlas Untuk Menyumbang Rm10 Bagi Dana Pembinaan

Malam Nuzul Quran Mencari 500 Orang Yang Ikhlas Untuk Menyumbang Rm10 Bagi Dana Pembinaan

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 129 hits
MALAM NUZUL QURAN Mencari 500 orang yang ikhlas sedekah RM10 untuk dana pembinaan surau baru SK Padang Pekan Jitra Jom sama2 kita bantu The post appeared first on
Salam Nuzul Al Quran 1445h

Salam Nuzul Al Quran 1445h

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 135 hits
SALAM NUZUL AL QURAN 1445H Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua 17 Ramadan hari ini Syukur Dengan keadaan cuaca yang mencabar perlahan lahan melunaskan rukun Islam ketiga Sekarang tak lekang daripad...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai