Nurul Izzah Adalah Bakal Pm Di Masa Depan Janganlah Berundur Dulu


Salah satu kepantangan dalam perjuangan ialah merajuk dan mudah mengalah kepada cabaran yang mendatang.Perjuangan ibarat sebuah bas yang sentiasa bergerak menuju destinasi yang disasarkan dan ia tidak akan berhenti semata-mata untuk menunggu mereka yang merajuk atau mudah mengalah itu terubat calar di hatinya.Tidak sedikit berlaku dalam lipatan sejarah negara dan dunia mereka yang merajuk atau mudah mengalah akhirnya ditinggalkan begitu saja oleh sebuah perjuangan.Jika Anwar Ibrahim merajuk dan mudah mengalah selepas episod 1998 dahulu, beliau pasti tidak berada sekali lagi dalam kedudukan untuk menjadi Perdana Menteri sekarang ini.Anwar telah membuktikan bukan saja di dunia bebas beliau melawan, bahkan di dalam penjara pun semangat melawannya tidak pernah mengurang.Jika Anwar merajuk dan mudah mengalah, isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail tentu tidak terfikir untuk menggapai kedudukan sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika ini.Jika Anwar merajuk dan mudah mengalah, Nurul Izzah ketika ini mungkin hanya seorang suri rumah atau pekerja profesional biasa saja.Hakikatnya, disebabkan Anwar tidak pernah merajuk, jauh sekali mudah mengalah, malah menggegarkan negara dengan slogan “lawan tetap lawan” sejak 1998 itulah yang menjadikan keseluruhan episod politik negara telah berubah seperti mana yang disaksikan dunia pada hari ini.Tun Mahathir Mohamad ketika namanya tidak berapa dipersetujui oleh pihak-pihak tertentu dalam PH sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU14 lalu pernah merajuk sehingga lari ke London membawa diri.Beliau kemudian telah dipujuk oleh Nurul Izzah yang turut sama terbang ke London menemuinya.Jika Tun Mahathir terus merajuk dan mudah mengalah, beliau tentu ketika ini tidak mampu duduk sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.Merajuk dan mudah mengalah telah dibuktikan adalah suatu kerugian, bukan saja dalam perjuangan, tetapi juga kehidupan.Lantaran itu, adalah suatu tindakan yang malang apabila Nurul Izzah mengumumkan beliau sudah patah hati dan memaklumkan tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang nanti.Nurul Izzah telah mengorbankan masa remajanya untuk memenuhi tuntutan perjuangan akibat penganiayaan dan kezaliman terhadap bapa dan keluarganya, maka setelah perjuangan itu membuahkan hasil dengan tumbangnya BN sekarang, tentu saja suatu perbuatan sia-sia dengan keputusannya mengumumkan mahu mengundur diri itu.Apa juga cabaran, termasuk daripada bekas diktator yang menyebabkannya patah hati, segala itu haruslah dihadapi dengan tenang dan matang.Semua itu adalah rencah-rencah perjuangan belaka. Tun Mahathir yang berubah watak antara sebelum dan selepas mendapat kuasa tidak harus dijadikan alasan untuk mengendur atau mudah mengalah.Apatah lagi setelah dewasa dan matang dengan perjuangan yang diceburinya sejak zaman remaja, Nurul Izzah kini disebut-sebut sebagai antara aset paling layak untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari hari nanti.Kalau ibunya, Dr. Wan Azizah adalah wanita pertama berjaya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Nurul Izzah adalah calon wanita pertama di negara ini yang dilihat akan menjadi Perdana Menteri.Sejak bergelar puteri reformasi lagi, tidak sedikit sumbangannya dalam memberi inspirasi kepada rakyat pelbagai kaum untuk terus berjuang dan menceburi dunia politik demi menyelamatkan negara ini.Dengan sudah melibatkan diri dalam dunia politik sejak remaja, faham erti penindasan, penganiayaan, kesusahan dan penderitaan, Nurul Izzah barangkali mampu menterjemahkan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk rakyat suatu hari hari nanti.Berdasarkan itu, adalah suatu kerugian yang tiada taranya dengan keputusan Nurul Izzah mahu mengundurkan diri itu.Demi masa depan negara ini, beliau perlu menarik balik keputusan mahu berundur itu. (Shahbudindotcom 27/03/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/03/nurul-izzah-adalah-bakal-pm-di-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gov T Has Not Done Enough To Embolden Moderates Nurul Izzah

Gov T Has Not Done Enough To Embolden Moderates Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 249 hits
Amid mounting politically charged racial religious rhetoric Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar told Singapore s Straits Times she believed the Pakatan Harapan government has not done enough to embolden moderate views In a recent interview ...
Nurul Izzah Kongsi Sebab Patah Hati

Nurul Izzah Kongsi Sebab Patah Hati

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 518 hits
MALAYSIAKINI Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengaku patah hati dengan perkembangan politik kebelakangan ini Dalam wawancara Straits Times Nurul Izzah juga memberi gambaran bahawa penggal ini akan menjadi yang terakhir baginy...
Peletakan Jawatan Nurul Izzah Belum Dibincang Dalam Mesyuarat Biro Politik

Peletakan Jawatan Nurul Izzah Belum Dibincang Dalam Mesyuarat Biro Politik

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 441 hits
MALAYSIA GAZETTE Nurul Izzah Anwar KUALA LUMPUR Mesyuarat biro politik PKR masih belum membincangkan isu peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai anggota Jawatankuasa Kira kira Wang Negara Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar berkata pe...
Kecewa Ph Nurul Izzah Umum Penggal Akhir Wakil Rakyat

Kecewa Ph Nurul Izzah Umum Penggal Akhir Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR Nurul Izzah Anwar mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang Ahli parlimen Permatang Pauh berkata keputusan itu dibuat selepas kecewa dengan langkah perlahan pentadbiran Pakatan Harapan lapor Straits Times...
Kecewa Dengan Ph Nurul Izzah Umum Tidak Bertanding Pru15

Kecewa Dengan Ph Nurul Izzah Umum Tidak Bertanding Pru15

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR Nampaknya tahap kesabaran Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan sudah melebih hadnya apabila beliau mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 Menuru...
Tiada Lagi Kelibat Nurul Izzah Dalam Pru 15

Tiada Lagi Kelibat Nurul Izzah Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR Nampaknya tahap kesabaran Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan sudah melebih hadnya apabila beliau mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 Menuru...
Zuraida Nafi Wujud Salah Faham Dengan Nurul Izzah

Zuraida Nafi Wujud Salah Faham Dengan Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 345 hits
JITRA Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menafikan wujud perselisihan faham kalangan pimpinan PH sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira kira Wang Negara Men...
Penggal Terakhir Jadi Ahli Parlimen Nurul Izzah

Penggal Terakhir Jadi Ahli Parlimen Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mendedahkan hasratnya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk tempoh sepenggal sahaja Menurut laporan yang dipetik daripada Straits Times Singapura anak perempuan sulung Datuk ...
Nurul Izzah Again Warns Of Crisis In Malaysia Politics

Nurul Izzah Again Warns Of Crisis In Malaysia Politics

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 303 hits
Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar has repeated her concerns of a worsening crisis in local politics but demurred when asked to point out the causes She told The Straits Times in an interview that she is frustrated with the state of politi...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp