Nuha Is One
Bismillah
Alhamdulillah, Nuha turns one on the last day of Ramadhan (4 June 2019).
Ya Allah rasa baru je lahirkan dia. Tak sedar pun dia dah makin besar dengan macam-macam akal. Kenangan bersalinkan Nuha, kenangan berpantang di kampung di musim raya dan semuanya tentang kami bertiga adalah kenangan yang paling indah dalam hidup
Serius aku cakap, aku rindu waktu pantang aku. Best je duduk kampung dan suami aku balik tiap-tiap hujung minggu. Heheheheh! Tapi tulah, kalua nak berpantang lagi, kena mengandung lagi. Upsssss~
Nuha sekarang dah ada 4 batang gigi dan dah boleh berdiri. Aku syak esok lusa dia akan memulakan langkah pertama dia. Raya haritu pun dia dah 'mengganas' panjat meja Jepun mak aku yang penuh kuih raya tu. Good job, Nuha. Balang kuih raya di dapur pun habis digolekkannya semua. Hebat anakku
Kepada Nuha- Berapa pun anak ummi esok lusa, Nuha tetap yang pertama. Ummi doakan Nuha jadi anak yang baik, solehah, bijak dan semua yang baik-baik je untuk Nuha. Ummi babah akan bagi yang terbaik untuk Nuha. Ummi dah jumpa playschool dan kindy yang terbaik untuk Nuha. Tunggu Nuha nak besar je. Hahhahaha! Ummi tak kisah kalau Nuha tak masuk MRSM macam babah atau masuk KISAS macam ummi. Belajarlah di mana-mana, asalkan jadi manusia patuh agama dan ada nilai kemanusiaan. Semoga Allah bantu dan murahkan rezeki kita semua, ya.
Memiliki Nuha adalah satu anugerah selepas 3 tahun menunggu. Betullah, Allah memberi bukan pada kemahuan kita semata-mata, tapi pada waktu ketika yang tepat juga. Dia Maha Tahu bila kita betul-betul mampu. Bukan samata-mata mahu. Those who are still trying to conceive (TTC), aku doakan kalian dikurniakan anak dalam masa terdekat. Siapa tahu, selepas beberapa tahun menunggu, Allah kasi 2 terus. Kan berbaloi. Moga-moga rezeki pun berganda, kan
Doakan Nuha membesar menjadi anak yang baik, bijak dan sihat. Dan doa-doa baik korang akan berbalik semula kepada korang sekeluarga. Amin!
Ummi Nuha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dhiyadahlia.blogspot.com/2019/06/nuha-is-one.html