Novel My Devil Husband Fara Hana
Demam PBAKL 2019 dah berakhir dan keterujaan untuk mendapatkan naskah novelis Fara Hana berjaya menjadi koleksi tapi tak kesampaian berjumpa dengan penulisnya. Kalau dulu membaca mesti baca part akhir novel tapi la ni tak dah..nak bagi rasa thrill, teruja, terkesima dulu dan tak nak mengelat dah..hahaa
Ni novel pertama dicari diantara senarai yang dah sedia ada dalam untuk dibeli sebabnya tak sabar nak tahu kesudahan cerita selepas membaca teaser dari penulis di laman FBnya dan terus jatuh cinta dengan gambar watak dalam novel ni dan bila novel dah ada dalam tangan cuma perlu 3 hari jer nak habiskan..hehe
Novel | My Devil Husband - Fara HanaNovel : My Devil HusbandPenulis : Fara HanaPenerbit : Suara Hati PublicationBil m/s : 675Harga : RM27.00
SINOPSIS
Irina Jasmine yang buntu ditinggalkan mama dan papanya terpaksa menerima tawaran yang cukup lumayan daripada seorang ahli perniagaan yagn berjaya. Tawaran yang membuatkan JAsmine sukar untuk menolak. Apatah lagi dalam keadaan dia dan adiknya dyang diabaikan oleh kedua ibu bapa mereka. Mahu atau tidak JAsmine akur dengan kehendak takdir. Salam pertolongan itu disambut dengan resahDraco Enrique Valiente pnya agenda tersendiri, etiap wang yang dilaburkan ada balasannya dan hanya satu benda yang dia mahukan daraipada Irina Jasmine iaitu..PEWARIS"You wanna talk about dignity again Jasmine? Maruah? Apa maruah yang you ada pada saat you jual diri untuk I? Pada saat you jual tubuh you untuk kemewahan dan harta benda? Dan yang paling teruk, you jual anak you untuk you dapatkan semua kemewahan yang eprnah you ada suatu ketika dhulu. Am I right - Draco
Saat Rheya menerima semua Radit, rahsia Ray terbongkar membuatkan parut di hati Rheya berdarah semula " Saya nak pulangkan semua apa yang pernah awak bagi. Awak boleh cari orang lain, saya tak boleh teruskan" - Jasmine
Pintu hati mula diketuk, ada cinta yang menyeludup masuk. Namun, dek kerana ego dan fitnah manusia mereka terperangkap dalam kesengsaraan yang diciptkan sendiri. Pada saat bahagia hampir menjelam, dugaan datang bertimpa-timpa. Mampukan mereka mencipat bahagia? Ataukah bahagia itu hanya donegan semata-mata?
Kisah Bilionnaire yang cukup membuat rasa : http://www.umifuzy.com/2017/07/review-in-love-with-mr-billionaire.html
Ringkasan Cerita
Perbalahan diantara teman serumahnya Julia, menemukan Jasmine buat pertama kali dengan Seth Uzair dalam suasana yang kurang menarik dek perangai tiga setengah suku Jasmine
Pertemuan pertama dengan Iskandar Zulkarnain yang kemudiannya membantu menempatkan Jasmine sebagai pelajar praktikal di syarikat tempat dia bekerja yang seterusnya mengheret dia ke kancah kehidupan yang penuh keterpaksaan demi sayangnya terhadap adiknya Imani Jihan. Demi keselamatan dan kesihatan adiknya Jasmine terpaksa menerima tawaran tuanpunya syarikat yang menjerat konflik jiwa untuk menjadi isteri dan ibu kepada pewaris Valiente Corporation mengikut perjanjian yang dipersetujui dan mengikut syarat-syarat dari Jasmine sendiri
Menjadi buah mulut dituduh menggatal dengan empunya syarikat cukup menyesakkan jiwa Jasmine namun perkahwinan tetap diteruskan tanpa kehadiran adik serta ibu bapa yang meninggalkannya malahan menjadi rahsia dari orang ramai.
Kehadiran Seth Uzair membuat Draco berasa cemburu dan banyak sikap cemburunya ditonjolkan tapi Jasmine seakan tidak mengerti..hehe mungkin sebab bimbang atau terlalu lurus
Menjadi isteri pada kertas dan tiada hak ke atas suami serta tidak boleh mengambil tahu hal peribadi suami memang menyakitkan dan bila kandungan pertamanya gugur disebabkan oleh ibu mertua pun menambah beban dijiwa
Falling in love is not my thing Jasmine, but I need a baby - DracoDek sebab marah dan cemburu, Jasmine melarikan diri dengan pertolongan Mak Mah dan David tapi amat malang dia dituduh curang dengan si bodyguard bila Jasmine dijumpai dan pada waktu yang sama Jasmine dalam saat melahirkan anaknya. Kedegilan serta kemarahan Jasmine mengakibatkan dia kehilangan anaknya. Rayuan tidak langsung memberi belas pada Draco dan mujur kehadiran grandma secara tiba-tiba merubah segalanya dan menukar perancangan yang telah Draco buat
"memang hati aku sakit dan kerana hati aku sakit, aku akan sakitkan hati kau sampai kau sendiri tak dapat menahan kesakitan itu. biar kau terseksa sebagaimana kau seks aaku selama ni Jasmine" - Draco
Namun dendam Zahra bekas tunangan Draco dan Iskandar bekas pekerja Draco mengakibatkan Jasmine kehilangan anaknya sekali lagi dan melalui detik mencemaskan bila dia sendiri diculik
"Jaga... Letizia baik-baik" - Jasmine"No sayang! No.. no sayang! You kena kuat Jasmine. You tak boleh tinggalkan I Jasmine! Tak boleh! - Draco
Nota komen UF
Geram, suka, teruja sama banyak bila membaca novel ni dan jujur UF menyukai jalan cerita ni tapi bila part over kaya ni dan terlampau ni memang UF kurang suka sebab entahlah sebab terasa agak tidak logik atau mungkin garapan kurang sampai pada UF atau mungkin sebab UF bukan orang kaya kan jadi penceritaan tu agak over tapi tu pendapat UF je dan mungkin tidak pada pembaca lain. Bahagian yang UF suka watak sinikal Draco yang jatuh hati pada Jasmine, yea la isteri cantik tapi sifat sombongnya tu memang menyakitkan hati tu tak termasuk sifat pervertnya terhadap Jasmine dan betapa bebasnya pergaulan si Draco dengan teman wanita serta bekas tunangannya. Mungkin sebab kurangnya ajaran agama dan berdarah campuran berlebihan hingga melebihi batas pergaulan
UF mengharap ada kisah yang lebih ditonjokan untuk watak Bobby, kawan lelaki yanga baik dengan Jasmine dan juga Seth Uzair yang kaya tapi kekayaannya tak setanding Draco. Watak-watak ni untuk memberi impak pada Draco dan tekanan jiwa. Bagi UF watak bongkak Draco harus ada watak second hero yang sama kaya untuk ada persaingan yang lebih sengit untuk konflik jiwa Jasmine tapi bila difikirkan balik konflik jiwa jadi isteri, mengandung dan sifat suami kacak lagi kaya serta digilai wanita serta bekas tunangan pun dah cukup menyerabutkan jiwa Jasmine
Novel kisah lelaki kaya berdarjat dan bongkak, baca SINI
Overall mungkin penulis nak bagi tekanan pada Jasmine bukan Draco tapi MY DEVIL HUSBAND tu agak sesuai dengan watak suami yang playboy dan menggunakan kekayaan untuk mendapatkan apa yang dia hendak. Berkahwin untuk mendapatkan pewaris yang sah, anak yang sah taraf tapi tidak mahu dibebani dengan mengahwini isteri yang akan menyaratkan beban, penuh drama dan kemungkinan tamatkan harta membuatkan Draco mengambil jalan mudah mengikat kontrak dengan Jasmine tapi soal hati memang tak boleh buat apa-apa kan. Siapa nak tahu perkembangan dan novel seterusnya dari penulis boleh la add di FB Farahana Hana
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.umifuzy.com/2019/04/novel-my-devil-husband-fara-hana.html