Novel Melayu Pertama Dari Sarawak



Novel Melayu pertama dari Sarawak?
KUCHING: Lebih banyak kajian dan perbincangan akademik perlu dibuat bagi memberi justifikasi yang tepat dalam menamakan novel Melayu pertama.
Hal ini disebabkan walaupun Hikayat Faridah Hanum tulisan Syed Syeikh Al Hadi yang terbit pada 1925 selalu dirujuk sebagai novel Melayu pertama, ia adalah kisah yang mengambil latar tempat di Mesir.
Justeru terdapat pandangan lain yang lebih cenderung untuk mengangkat novel Iakah Salmah terbitan 1927 tulisan Ahmad Rashid Talu. Naskhah itu lebih dianggap tepat kerana mengambil latar masyarakat kota di Pulau Pinang.
Namun, sebenarnya hampir 50 tahun sebelum itu sudah terdapat sebuah karya bertulisan jawi diterbitkan di Sarawak yang mengangkat kisah sosiobudaya masyarakat Melayu di sana ketika zaman penjajahan James Brooke iaitu Hikayat Panglima Nikosa.
Naskhah tulisan Ahmad Syawal Abdul Hamid itu bukan hanya menampilkan Sarawak sebagai latar cerita malah wataknya adalah orang tempatan. Malah sebahagian rakaman naskhah itu misalnya tumbuh-tumbuhan yang dicatatkan dalam karya itu hanya boleh ditemui di sana.
Justeru bagi Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Che Abdullah Che Ya ketika tampil sebagai panel dalam Bicara Pusaka Bangsa Siri Tiga yang disiarkan di laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) minggu lalu berkata, naskhah itu perlu diberi perhitungan yang sebaiknya sebagai novel Melayu pertama.
“Kita tidak boleh melihat sifat fizikal Hikayat Panglima Nikosa yang hanya setebal 29 halaman sebagai sebab untuk menolaknya menjadi novel Melayu pertama.
“Hal ini disebabkan pada zaman itu istilah cerpen atau novel belum lagi wujud dalam sastera Melayu. Apa yang ada ketika itu adalah cerita lucu. Namun Hikayat Panglima Nikosa lebih panjang daripada itu,” katanya.
Sosio budaya Melayu Sarawak
Tegas Che Abdullah, naskhah itu adalah dokumentasi penting sosio budaya masyarakat di Sarawak yang turut merangkumi ekonomi dan politik.
Malah dalam naskhah itu juga dirakamkan sifat dan kepimpinan termasuk dalam generasi muda yang hidup bermuafakat selain pengurusan negara yang sistematik.
Novel berkenaan yang dicetak secara litografi pada 1876, ditemui dalam simpanan Rhodes House Library of Oxford, England oleh Sarawak Literary Society. Ia pernah berada dalam simpanan bekas residen Inggeris ke Perak, Sir Hugh Low. Mengikut catatan sejarah, Low pernah bekerja dengan Brooke sebelum itu.
DBP sebelum ini turut membincangkan mengenai kedudukan naskhah berkenaan dalam acara Bicara Pusaka Bangsa Siri Dua yang menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif New Sarawak Tribune dan SV News Sdn Bhd, Dr Jeniri Amir dan Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak, Dr Fatimah Subet.
Jeniri berkata, Hikayat Panglima Nikosa adalah naskhah penting kerana ia lahir dalam zaman peralihan sastera lisan dan bercetak. Hal ini akan menjadikannya terus relevan dan akan terus dikaji.
Malah, novel itu adalah testimoni masyarakat Melayu di Sarawak ketika itu sudah tersusun dan hidup bermasyarakat berbanding bangsa lain. Bagaimanapun, setakat ini tidak banyak diketahui mengenai Ahmad Syawal sebagai penulisnya jika dibandingkan dengan seorang lagi tokoh sastera Melayu moden iaitu Abdullah Munshi.
“Catatan mengenai Ahmad Syawal hanya ditemui dalam buku tulisan Margaret Brooke yang terbit pada 1903. Berdasarkan tulisan itu, Ahmad Syawal adalah orang yang berkedudukan disebabkan pengalaman, pengetahuan dan mungkin kerana pekerjaannya ketika itu.
“Namun saya percaya ia juga disebabkan sumbangannya dalam sastera dan budaya,” katanya.
Kuching pusat intelektual
Katanya, pada zaman naskhah itu dicetak Kuching adalah pusat intelektual, ketamadunan dan kebudayaan Melayu. Hal itu malah sudah dirakamkan dalam Sarawak Gazette, penerbitan yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan ditangani Charles Brooke. Sarawak Gazette yang mula terbit pada 1870 dicetak menggunakan peralatan milik kerajaan negeri.
Hal ini katanya menjelaskan kemungkinan naskhah itu diterbitkan sendiri oleh penulisnya namun ia memerlukan kajian yang lebih lanjut.
“Hal ini juga menjelaskan kedudukan Hikayat Panglima Nikosa yang berbeza dengan hikayat lain pada zamannya. Ia menampilkan sifat invidualisme pengarangnya yang mana ada menyertakan nama pengarangnya dalam naskhah berbanding karya lain yang tidak menamakan penulisnya.
“Malah, ia juga bukanlah cerita lipur lara sebaliknya merakamkan sosio budaya masyarakat Melayu Sarawak pada zaman itu,” katanya.
Tambah Jeniri, naskhah itu memuatkan warna tempatan dengan nama tumbuhan dan senjata yang biasa ditemui di Sarawak. Namun nama watak utamanya Nikosa agak asing dan jarang ditemui dalam kalangan orang Melayu di negeri itu.
Namun, pelukisan wataknya menampilkan karakter yang penuh wibawa dan digambarkan sebagai pemimpin yang berintegriti dan prihatin.
“Lebih banyak kajian mengenai naskhah dan pengarang ini seharusnya dibuat malah bukan mustahil untuk melobi naskhah ini untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ,” katanya. BH
Novel Melayu pertama dari Sarawak?
Baca Artikel Menarik :
Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat Ada pihak kurang senang isu guna helikopter Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO] Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi Resepi ikan dori percik merecik Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN Layari Laman Facebook MYKMU
Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

The post Novel Melayu pertama dari Sarawak? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/04/novel-melayu-pertama-dari-sarawak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak 5 Tahun Korban Termuda Covid 19 Di Sarawak

Budak 5 Tahun Korban Termuda Covid 19 Di Sarawak

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 210 hits
Kanak kanak tersebut yang memiliki komorbiditi obesiti meninggal dunia pada 6 Oktober lalu di Hospital Miri Gambar hiasan Kanak kanak 5 tahun korban termuda COVID 19 di Sarawak KUCHING Seorang kanak kanak berusia lima tahun menjadi korban t...
Fosm Holding Online Exhibition On Botany In Sarawak

Fosm Holding Online Exhibition On Botany In Sarawak

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 237 hits
Sarawak botanists collecting plants in Bario November 1974 Photo provided by Paul Chai KUCHING An online exhibition on Plant People Unearthing Botany in Sarawak by Friends of Sarawak Museum is now open for public viewing In a sta
Sarawak Agrees To Reopening Borders After Pm S Announcement But Travellers Need To Apply For Entry

Sarawak Agrees To Reopening Borders After Pm S Announcement But Travellers Need To Apply For Entry

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 330 hits
SDMC said only fully vaccinated individuals are allowed to travel to the state Picture by Shafwan ZaidonKUCHING Oct 10 Sarawak will open its border for Malaysians from other states without any need for a police permit from tomorrow agreeing...
Gunung Berapi Di Kepulauan Sepanyol Meletus Buat Kali Pertama Sejak 5 Dekad

Gunung Berapi Di Kepulauan Sepanyol Meletus Buat Kali Pertama Sejak 5 Dekad

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 172 hits
Gunung berapi di pulau La Palma Sepanyol meletus pada Ahad memaksa ribuan penduduk meninggalkan kediaman masing masing Ini kali pertama gunung berapi Cumbre Vieja yang terletak di Kepulauan Canary Lautan Atlantik itu meletus dan memuntahkan...
Dr Suzanna Pertama Di Asia Tenggara Raih Anugerah Imrf

Dr Suzanna Pertama Di Asia Tenggara Raih Anugerah Imrf

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia Demikian pepatah Melayu yang sesuai menggambarkan kejayaan yang diraih seorang pegawai penguatkuasa wanita Malaysia di pentas duniaKomander Dr Suzanna Razali 40 menjadi wanit...
Pandelela Among Recipients Of Datukship In Sarawak

Pandelela Among Recipients Of Datukship In Sarawak

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 197 hits
Former Dewan Negara deputy president Abang Ahmad Urai Datu Abang Mohideen heads the list of recipients who will receive awards and medals in conjunction with the 85th birthday of the Yang di Pertua Negeri Abdul Taib Mahmud today Abang Ahmad...
Kapal Tambahan Dikerah Jaga Perairan Eez Sabah Sarawak

Kapal Tambahan Dikerah Jaga Perairan Eez Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 389 hits
Datuk Sabri Zali berkata kapal itu adalah tambahan kepada dua lagi aset TLDM di Beting Patinggi Ali dan berhampiran terumbu Pulau Layang Layang yang sentiasa diawasi 24 jam di sepanjang Laut China Selatan Gambar hiasan SANDAKAN Tentera Laut...
Sabah Sarawak Voters In Peninsula Advised To Change Voting Address Deputy Minister

Sabah Sarawak Voters In Peninsula Advised To Change Voting Address Deputy Minister

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 224 hits
PARLIAMENT Sabah and Sarawak voters who live and work in the peninsula will not be allowed to cast postal votes anytime soon De facto Deputy Law Minister Mas Ermieyati Samsudin indicated that amendments to election rules to facilitate this ...
Baleh Hep Cofferdam Stable Safety Intact Assures Sarawak Energy

Baleh Hep Cofferdam Stable Safety Intact Assures Sarawak Energy

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 261 hits
The Sarawak Energy headquarters in Kuching KUCHING The cofferdam constructed for the Baleh Hydroelectric Project remains stable and safely intact Sarawak Energy said in a statement issued last night 8220 Over the Baleh HEP s ongoing co
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah

Tak Lupa Diri Juara Program Nyanyian Masih Tebar Roti Canai Di Kedai Mentua

Nahas Ngeri Melaka 6 Maut Kemalangan Mpv Bas Persiaran Dan Treler

Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024