Nota Tazkirah Ramadhan Kembali Kepada Tujuan Menjadi Hamba Allah Menurut Minhajul Abidin
NOTA TAZKIRAH RAMADHAN
Muhammad Nuruddin bin Bashah
Tarikh: 9 Mac 2025
bersamaan 8 Ramadhan 1445
KEMBALI KEPADA TUJUAN
MENJADI HAMBA ALLAH MENURUT MINHAJUL ABIDIN[1]
Menurut
kitab Minhajul Abidin karya Imam Al-Ghazali, tujuan utama hamba adalah
untuk beribadah kepada Allah:
وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا
لِيَعْبُدُونِ ٥٦
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan
jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Al
zariyat ayat 56)
Al-Ghazali
menekankan bahawa manusia diciptakan bukan untuk bersenang-senang di
dunia, tetapi untuk beribadah dan menuntut ilmu.
Dalam
konteks Ramadhan ibadah adalah berpuasa.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ
كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٨٣
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu
diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al Baqarah 183)
Ingin capai matlamat beribadah kepada Allah mesti
HADAPI 7 BUKIT/ AQABAH/HALANGAN/PERINGKAT
INI.
·
A’qabatul Ilmi (Peringkat Ilmu)
·
A’qabatut Taubah (Peringkat
Taubat)
·
A’qabatul A’wai’q (Peringkat
Menghadapi Perkara Yang Menghalang Ibadah, yang mencegah orang yang mulai
masuk berjalan (permulaan perjalanan) daripada melakukan ibadah, dan taat
kepada Allah Ta’ala.)
·
A’qabatul A’warid (Peringkat
Menghadapi Perkara Yang Memesongkan Ibadah, menyekat perjalanan orang-orang
yang sedang dalam perjalanan (pertengahan perjalanan), tetapi tidak sampai
membatalkan perjalanan, atau mencederakan dan membinasakan perjalanan.)
·
A’qabatul Bawai’th (Peringkat
Berhdapan Dengan Perkara Yang Mendorong Ibadah)
·
A’qabatul Qawadih (Peringkat
Berhadapan Dengan Perkara Yang Mencacatkan Ibadah, boleh membatalkan, mencederakan, dan membinasakan
perjalanan seseorang yang sedang dalam perjalanannya untuk mendekatkan dirinya
kepada-Nya.)
·
A’qabatul Hamdi Wa Syukri
(Peringkat Mengucap Puji dan Syukur)
Untuk menuju Ibadah kepada Allah
Halangan ketiga dalam Minhajul Abidin wajib kita hadapi tanpa kita ketepikan
halangan yang lain.
Menghadapi Penghalang (Aqabah) ketiga (عقبة العوائق): Menyedari godaan-godaan yang dapat menghalangi ibadah.
Ada 4 perkara dalam Aqabah
A’waiq yang menghalang seseorang muslim
untuk beribadah iaitu Dunia, Makhluk, Syaitan, Nafsu.
1.
Dunia
Untuk berhadapan dengan godaan
duniawi. Hendaklah seseorang muslim itu bersifat zuhud. Tujuan zuhud adalah
agar dapat istiqamah dan membanyakkan ibadah dan membesarkan amalan
dan nilainya.
Abu Darda` menyatakan:
زَاوَلتُ أن أجمع بين العبادة والتجارة
فلم يَجتَمِعا ،فَأَقبَلتُ علي العبادة وتَرَكتُ التجارةَ
Mafhumnya : Aku berusaha untuk menghimpunkan
antara ibadat dan perniagaan,tetapi aku dapati kedua-duanya tidak pernah dapat
berkumpul,lantas aku menumpukan perhatianku kepada ibadat serta aku
meninggalkan perniagaan.
Umar bin al-Khattab r.a. menyatakan:
لو كَانَتا مُجتَمَعينِ لِأحد
غيري لَاجتَمعتَا لي لِما أَعطَاني اللهُ سبحانُه من القوةِ واللَينِ
Mafhumnya : Andainya dunia dan akhirat dapat
berkumpul ke atas diri orang lain daripadaku nescaya ianya akan berkumpul ke
atas diriku lantaran Allah S.W.T. telah mengurniakan kekuatan dan kelembutan
hati kepadaku.
Rasulullah SAW bersabda dari Abu Mas’ud :
ركعتان من رجُلٍ عالمٍ زاهِدٍ قلبُهً خير وأَحَبُ الي الله جل جلاله من عبادةِ المتَعبدين الي آخر الدَهرِ
أبدا سرمدا
Mafhumnya : Dua rakaat sholat seorang ‘alim
lagi zahid hatinya itu adalah terlebih baik lagi dikasihi Allah daripada ibadat
ahli ibadat ( tanpa ilmu dan sifat zuhud ) ,meskipun dia beribadat sehingga
akhir masa selama-lamanya sekalipun.
2.
Makhluk/ Manusia (Fasiq, Munafiq, Kafir
Harbi)
Rasulullah SAW bersabda:
عليكم بالجماعةِ فانَ يدَ اللهِ
تعالي على الجماعةِ وانَ الشيطانَ ذِئبُ الِانسانِ يَأخُذُ الشَاذَةَ والناجيةَ والقاصيةَ والفاذةَ
Mafhumnya:”Wajib
keatas kamu menyertai jama’ah[2] maka
sesungguhnya tangan Allah Ta’ala yakni pertolonganNya keatas jama’ah dan
bahawasanya syaitan merupakan serigala keatas manusia.Dia akan menerkam orang
yang hidup terpencil,bersendirian dan yang berjauhan dari jama’ahnya dan hidup
berseorangan.” (Lafaz Riwayat Muaz bin Jabal lain matan hadithnya iaitu
إن الشيطان ذئب الإنسان كذئب الغنم، يأخذ السيرة
والقاصية والناحية, saya berpendapat Imam Ghazali meriwayat
secara mafhum sahaja. )
Dan Rasulullah SAW bersabda
lagi:”
وقال انَ الشيطانَ مَع الواحدِ وهو مِنَ الَاثنَينِ ابعَدُ
Sesungguhnya syaitan
itu bersama dengan orang yang hidup berseorangan dan dia berada lebih jauh dari orang yang
berdua.” )Riwayat Tirmiziو Imam Ghazali guna kalimah
الفَذِ
bukan الواحِدِ bermakna boleh dianggap Imam al Ghazali tidak
menggunakan matan dari Imam Tarmizi. )
Rasulullah SAW bersabda lagi
daripada Abdullah Bin Amru :
اِلزَمْ بيتَك ، واملِكْ عليك لسانَك ، وخُذْ بما تُعرِفُ
ودَعْ ما تُنكِرُ ، وعليك بأمرِ خاصَّةِ نفسِك ، ودَعْ عنك أمرَ العامَّةِ
Mafhumnya : Hendaklah
anda menetap di rumah anda,dan kawallah lidah anda serta ambillah apa yang anda
ketahui,dan tinggalkanlah apa yang anda engkari serta wajiblah anda
menjalankan urusan khusus (yang baik untuk diri anda) serta jauhilah urusan
umum (yang boleh merosakkan diri anda). (Riwayat Imam Ahmad dan Abu
Daud, lafaz
Imam Ghazali berlainan dalam Minhajul Abidin
وعليك
الخاصَّةِ ودَعْ عنك اِلزَمْ بيتَك dan tiada diketahui asal hadis setakat saya
mencari dan saya anggap ia satu mafhum
hadis)
Sabda Nabi SAW tentang
kerosakan sosial kita hari ini
قال أيامُ الهَرجِ , قيل وما أيام الهرج؟ قَال حِين لا يَأمَن الرجلُ جَلِيسَهَ
Itulah hari hari Haraj. Sahabat
bertanya apakah hari hari haraj? Nabi berkata hari ketika mana seorang lelaki
tidak lagi berasa aman dengan rakannya. (Riwayat Abu Daud)
Dalam menghadapi halangan yang
ditimbulkan oleh manusia yang fasiq, munafik dan kafir harbi, maka hendaklah
seseorang Muslim :
1. Bersabar dengan kesusahan dan kesukaran yang ditimbulkan
oleh mereka.
2. Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu
Kifayah
3. Beramala dengan ilmu Fardhu AIn dan Fardhu Kifayah
4. Berdakwah kepada mereka
5. Berhadapan dengan mereka sebagaimana mereka menyerang
kita. Jika diserang dengan ekonomi kuffar, kita perangi dengan ekonomi Islam
berlandaskan syariat dll.
6. Berdoa kepada Allah
3.
Syaitan
۞ أَلَمْ
أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا۟ ٱلشَّيْطَـٰنَ ۖ
إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّۭ مُّبِينٌۭ ٦٠
"Bukankah Aku telah
perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan?
Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! (Yasin ayat 60)
Cara Syaitan menggoda:
·
Menghiasi kebatilan
قَالَ رَبِّ بِمَآ
اَغْوَيْتَنِيْ لَاُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى الْاَرْضِ وَلَاُغْوِيَنَّهُمْ
اَجْمَعِيْنَۙ
(Iblis) berkata,
“Tuhanku, karena Engkau telah menyesatkanku, sungguh aku akan menjadikan
(kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi dan sungguh aku akan menyesatkan
mereka semua, (Hijr 39 )
·
Menamakan maksiat dengan istilah
yang menarik
فَوَسْوَسَ اِلَيْهِ الشَّيْطٰنُ
قَالَ يٰٓاٰدَمُ هَلْ اَدُلُّكَ عَلٰى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا
يَبْلٰى
Maka, syaitan
membisikkan (fikiran jahat) kepadanya. Ia berkata, “Wahai Adam, maukah aku
tunjukkan kepadamu pohon khuldi (keabadian) dan kerajaan yang tidak akan
binasa?”Toha
120
·
Menamakan ketaatan dengan istilah
yang menakutkan
وَاِذَا قِيْلَ لَهُمْ اٰمِنُوْا
كَمَآ اٰمَنَ النَّاسُ قَالُوْٓا اَنُؤْمِنُ كَمَآ اٰمَنَ السُّفَهَاۤءُۗ اَلَآ
اِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاۤءُ وَلٰكِنْ لَّا يَعْلَمُوْنَ
Apabila dikatakan
kepada mereka, “Berimanlah kamu sebagaimana orang lain telah beriman,” mereka
menjawab, “Apakah kami akan beriman seperti orang-orang yang bodoh itu
beriman?” Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang bodoh, tetapi
mereka tidak tahu. (Al Baqarah 13)
·
Menggoda melalui kegemaran
seseorang.
Sukan, hiburan, wanita, politik sesat
·
Menggoda secara beransur-ansur
۞ يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا
تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِۗ وَمَنْ يَّتَّبِعْ خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ
فَاِنَّهٗ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاۤءِ وَالْمُنْكَرِۗ
Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan!
Siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia (syaitan)
menyuruh (manusia mengerjakan perbuatan) yang keji dan mungkar. (Al Nur 21)
·
Menghalang manusia mengikut jalan
kebenaran
قَالَ فَبِمَآ اَغْوَيْتَنِيْ
لَاَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيْمَۙ
(Iblis) menjawab, “Karena Engkau telah
menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang
lurus. (Al
Araf 16)
·
Menyamar seperti penasihat
وَقَاسَمَهُمَآ اِنِّيْ لَكُمَا
لَمِنَ النّٰصِحِيْنَۙ
(syaitan) bersumpah kepada keduanya,
“Sesungguhnya aku ini bagi kamu berdua benar-benar termasuk para pemberi
nasihat.” (Al
A’raf 21)
Untuk berhadapan dengan halangan
yang dilahirkan oleh syaitan ini, maka hendaklah kita :
1. Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain.
2. Gunakan ilmu Tauhid dan Feqah untuk mengenal halal dan
haram.
3. Gunakanlah ilmu tasauf untuk menyuluh sifat mazmumah yang
terkandung di dalam diri kita dan kikislah sifat tersebut dengan menggantinya
dengan sifat mahmudah.
4. Sentiasa berlapar
5. Memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang
direjam
4. Nafsu (Nafsu Ammarah, Lauwamah,
Mulhamah)
Bahagian
ini tidak sempat dikupas dalam tazkiraz yang serba ringkas.
[1] Kitab Minhajul Abidin ditulis oleh
Imam Al-Ghazali dalam konteks kehidupannya yang panjang, yang berlangsung dari
abad ke-5 Hijriah (450-505 H) atau tahun 1058 hingga 1111 M. Selama periode
ini, Al-Ghazali dikenal sebagai seorang guru besar di Perguruan Nizamiyah dan
berkomitmen untuk mencari pengetahuan yang hakiki serta pengalaman spiritual.
Karya ini mencerminkan pemikiran Sufisme Al-Ghazali dan berfungsi sebagai
panduan bagi individu yang ingin memahami dan mengamalkan ibadah dalam Islam.
[2] واختلف أهل العلم في المقصود بالجماعة، قال أبو إسحاق الشاطبي -رحمه
الله- في كتابه الاعتصام: اخْتَلَفَ النَّاسُ فِي مَعْنَى الْجَمَاعَةِ
الْمُرَادَةِ فِي هَذِهِ الْأَحَادِيثِ عَلَى خَمْسَةِ أَقْوَالٍ:
Ahli Ilmu berselisih pendapat tentang maksud golongan
yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini berdasarkan lima pendapat:
أَحَدُهَا:
أَنَّهَا السَّوَادُ الْأَعْظَمُ مِنْ أَهْلِ الْإِسْلَامِ وَهُوَ الَّذِي يَدُلُّ
عَلَيْهِ كَلَامُ أَبِي غَالِبٍ: إِنَّ السَّوَادَ الْأَعْظَمَ هُمُ النَّاجُونَ
مِنَ الْفِرَقِ، فَمَا كَانُوا عَلَيْهِ مَنْ أَمْرِ دِينِهِمْ فَهُوَ الْحَقُّ،
وَمَنْ خَالَفَهُمْ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً، سَوَاءٌ خَالَفَهُمْ فِي شَيْءٍ
مِنَ الشَّرِيعَةِ أَوْ فِي إِمَامِهِمْ وَسُلْطَانِهِمْ، فَهُوَ مُخَالِفٌ
لِلْحَقِّ.
Salah satunya adalah السَّوَادُ
الْأَعْظَمُ مِنْ أَهْلِ الْإِسْلَامِ , Mazhab, apa sahaja yang mereka
ikuti dalam agama mereka adalah benar, dan sesiapa yang berselisih dengan
mereka mati dalam keadaan mati jahiliah, sama ada dia berselisih dengan mereka
dalam mana-mana syariah atau dalam Imam dan kuasa mereka, ia bertentangan
dengan kebenaran.
الثَّانِي:
أَنَّهَا جَمَاعَةُ أَئِمَّةِ الْعُلَمَاءِ الْمُجْتَهِدِينَ، فَمَنْ خَرَجَ
مِمَّا عَلَيْهِ عُلَمَاءُ الْأُمَّةِ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً، لِأَنَّ
جَمَاعَةَ اللَّهِ الْعُلَمَاءُ، جَعَلَهُمُ اللَّهُ حُجَّةً عَلَى الْعَالَمِينَ.
Kedua: Ia adalah golongan imam mujtahid , maka sesiapa yang keluar dari apa
yang dilalui oleh ulama ummah akan mati
dalam keadaan mati sebelum Islam, kerana jamaah
Allah adalah para ulama, semoga Allah menjadikan mereka hujjah bagi alam
sekaliannya.
الثَّالِثُ: أَنَّ الْجَمَاعَةَ
هِيَ الصَّحَابَةُ عَلَى الْخُصُوصِ.
Ketiga: Bahawa golongan itu adalah para Sahabat khususnya.
الرَّابِعُ: أَنَّ
الْجَمَاعَةَ هِيَ جَمَاعَةُ أَهْلِ الْإِسْلَامِ، إِذَا أَجْمَعُوا عَلَى أَمْرٍ
فَوَاجِبٌ عَلَى غَيْرِهِمْ مِنْ أَهْلِ الْمِلَلِ اتِّبَاعُهُمْ، وَهُمُ
الَّذِينَ ضَمِنَ اللَّهُ لِنَبِيِّهِ عليه الصلاة والسلام أَنْ لَا يَجْمَعَهُمْ
عَلَى ضَلَالَةٍ.
Keempat: Golongan itu ialah jamaah
orang-orang Islam Jika mereka bersepakat dalam sesuatu perkara, maka
wajib bagi selainnya itu mengikuti mereka, dan mereka Orang-orang yang dijamin
Allah kepada Nabi-NyaSAW , bahawa Allah
tidak akan menyatukan mereka di atas kesesatan.
الْخَامِسُ: مَا
اخْتَارَهُ الطَّبَرِيُّ الْإِمَامُ مِنْ أَنَّ الْجَمَاعَةَ جَمَاعَةُ
الْمُسْلِمِينَ إِذَا اجْتَمَعُوا عَلَى أَمِيرٍ. اهـ.
Kelima: Apa yang dipilih oleh Al-Tabari, imam, bahawa kumpulan adalah
kumpulan orang Islam jika mereka bersetuju dengan pemimpin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://laman-munawwarah.blogspot.com/2025/03/nota-tazkirah-ramadhan-kembali-kepada.html