Nota Ringkas Untuk Atasi Cemburu Anak Bakal Dapat Adik Fahami Rintihan Hati Anak


Apakah benar, bila kita baru dapat baby dan ada abang atau kakak baby itu nampak cemburu? Bagaimana nak atasinya? Ikuti perkongsian daripada Ibu Rose ini.

Amaran: Perkongsian ini panjang. Namun, Ibu harap anda membaca dengan penuh tenang dan ceria
Apabila anda hendak mendapat anak baru, anda perlu menyediakan si abang atau si kakak dari segi fizikal, mental, emosi dan jiwa.
Jika anak itu di bawah 2 tahun, dia masih kecil dan cara menanganinya berbeza dengan anak yang 4 atau 5 tahun.
Oleh itu Ibu akan kongsikan dua tahap umur ini untuk anda yang Ibu kasihi.
Sediakan anak dari 4 sudut:
1. Fizikal
Perlu bijak menggunakan badan fizikalnya. Untuk anak di bawah 2 tahun, ajar dia untuk membelai baby. Sebab pada usia ini, anak tidak begitu pandai mengawal kekuatan tangannya. Oleh itu, selalu anak pada usia ini, bila berjumpa baby, dia akan nampak seorang menampar baby. Tetapi sebenarnya dia hanya hendak memegang. Tapi bila selalu sangat dimarah, maka dia akan benci pada baby baru itu.
Bila baby dah lahir, pada bulan pertama dukunglah dia jika dia minta. Buatlah lebih kurang sama apa yang anda buat pada baby, pada dia. Mungkin tidak perlu sampai sebulan.
Jika anda dah sediakan minda dan emosinya sebelum baby lahir, anak itu cepat faham, dia lagi banyak buat benda dari adik kecilnya. Elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.
Untuk yang lebih 3 tahun, dia mungkin tidak akan minta di dukung, tapi untuk mengelakkan cemburu, banyakkan membelai anak itu. Kiss, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap kiss and peluk.
2. Minda
Minda perlu ilmu. Oleh itu berilah ilmu mengenai pertumbuhan adiknya sebelum lahir dan setelah lahir. Bacalah buku dan tunjuk gambar baby. Cerita bagaimana rupa baby pada setiap bulan dan ajak dia pegang baby dalam perut itu. Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
3. Emosi
Keperluan hati ialah kasih sayang. Oleh itu pastikan abang atau kakak berasa lebih disayangi setelah ada adik. Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
Emosilah yang paling perlu dijaga. Oleh itu banyak menyediakan emosinya untuk menerima kedatangan adiknya. Jika ada orang cuba menanam cemburu, contoh; ‘nanti dah ada adik, mak tak de masa nak layan kamu…padan muka’ , cepat-cepat di situ anda counter balik dan kata, ‘ nanti dia dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
Anda suami isteri perlu bekerjasama memastikan ada masa khas untuk si kakak atau si abang. Adakan special time. Tak perlu lama, 20 minit sehari pun cukup.
4. Jiwa
Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. Oleh ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. Selalu raikan perbuatan baiknya dan katakan dia seorang yang rajin, sayang mama and papa dan sayang adik. Dia sangat dikasihi dan anda bangga dengannya.
Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
Di sinilah ibu bapa selalu kecundang, sebab hanya arah dan suruh si kakak dan abang. Tidak mengambil masa menyediakan mereka tentang kefahaman berbakti. Lantaran itu menyebabkan anak berasa dia tidak disayangi lagi. Inilah yang menyebabkan dia memberontak lalu mengamuk.
Anak yang besar itu juga memerlukan ruang dan masa untuk adjust dengan perubahan itu. Walaupun anda sudah menyediakan dari semua sudut, persediaan tidak sama dengan melaluinya. Oleh itu, jika dia mengamuk, SABAR dan tenangkan dia dengan kata-kata kasih.
Pada masa cucu Ibu Azzara mendapat adiknya, Muhamad, usia dia sudah 4 tahun. Mamanya sudah sediakan dia di empat sudut ini. Namun, pada hari ke empat Ibu lihat dia nampak senang marah. Ibu pun bertanya kepadanya, “Az-Zahraa rasa tak selesa dekat hati ya. Rasa sedih tapi Az-zahraa suka dapat adik, tapi rasa sedih sikit ya,” dia menggangguk. Ibu pun menyatakan kepadanya, tak mengapa, itu bukan tanda dia tak sayang adiknya. Itu cuma kerana bila adiknya lahir, banyak perubahan dalam hidupnya.
Tidur pun adakalanya terganggu sebab adik menangis. Ibu tenangkan hatinya dan Ibu kata ” Mari kita buang tenaga marah itu dan tumbuk bantal ni. Tumbuklah bantal tu sampai Az-Zahraa puas hati. Az-Zahraa pun melakukan untuk 2-3 minit. Lepas tu dia mengatakan kepada Ibu dia sudah rasa selesa kembali. Ibu pun memberitahunya, jika dia rasa tidak selesa lagi di hatinya, dapatkan saja bantal special itu dan tumbuk.
Dalam masa kurang seminggu, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan itu dengan baik.
Mamanya pun sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Dan dia khaskan masa bersama Az-Zahraa setiap hari. Tidak pernah Az-Zahraa cemburu dengan adiknya. Bila ditanya, dia akan mengata; “I am mama little helper. I love Pocoyo (gelaran yang dia beri kepada adiknya).
Ibu harap perkongsian ini membantu anda. Kepada Allah kita bersyukur. Hanya dialah yang mendatangkan ilham baik kepada kita ibu bapa yang penyayang dan berazam mahu menjadi penyayang.
Semoga kita senantiasa menjaga perhubungan penuh kasih-sayang di dalam keluarga. Bila perhubungan ahli keluarga baik dan sihat, maka keluarga penuh kasih.
Love you so much!
Nota Ringkas Atasi Anak Jeles Bila Dapat Adik Baru:
1. Fizikal
– Dukung jika diminta, cium, belai, peluk selalu
2. Minda
– Minda perlu ilmu
– Bacalah buku dan tunjuk gambar baby, bagaimana perkembangannya di dalam perut
– ajak dia pegang baby dalam perut itu.
– Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
3. Emosi
– Keperluan hati ialah kasih sayang.
– Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
– Selalu kata, ‘ nanti dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
– Adakan special time. 20 minit sehari pun cukup.
4. Jiwa
– Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik.
– Ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik.
– Selalu raikan perbuatan baiknya.
– Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya.
– Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
Salam Kasih
Kredit:Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Nota Ringkas Untuk Atasi Cemburu Anak Bakal Dapat Adik. Fahami Rintihan Hati Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nota-ringkas-untuk-atasi-cemburu-anak-bakal-dapat-adik-fahami-rintihan-hati-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henry Golding Bakal Timang Anak

Henry Golding Bakal Timang Anak

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 276 hits
Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood Henry Golding berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Liv Lo Dalam satu hantaran di Facebook bintang filem Crazy Rich Asians itu berk...
Lelaki Bakar Rumah Tak Puas Hati Adik Ipar Tumpang Rumah Member Nak Ceraikan Adik Dia

Lelaki Bakar Rumah Tak Puas Hati Adik Ipar Tumpang Rumah Member Nak Ceraikan Adik Dia

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 249 hits
Ahad lalu 15 November 2020 sebuah rumah orang dilaporkan dibakar oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan adik iparnya Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata kejadian itu berlaku pada jam 5 ...
Empat Tahun Menanti Awie Bakal Timang Anak Keenam

Empat Tahun Menanti Awie Bakal Timang Anak Keenam

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 579 hits
Hampir empat tahun menanti selepas mendirikan rumah tangga pada 2016 penyanyi dan pelakon popular Datuk Awie memaklumkan beliau dan isteri bakal menimang cahaya mata keenam pada tahun hadapan Awie atau Ahmad Azhar Othman 52 tahun berkata ka...
Tips Anak Dapat Adik Baru

Tips Anak Dapat Adik Baru

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 585 hits
Hasil pembacaan harini saya nak share dengan semua apa nak buat apabila anak dapat adik baru Ya Allah semoga kita dapat applikasikan bersama ya 1 Spent quality time dengan anak sulung masa adik tidur Main sembang ajak buat apa apa yang buat...
Jenazah Anak Berbau Dan Dihurung Serangga Akibat Lukakan Hati Ibu Mingguan Wanita

Jenazah Anak Berbau Dan Dihurung Serangga Akibat Lukakan Hati Ibu Mingguan Wanita

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 431 hits
Tanpa sedar dia lukakan hati ibunya ajal pula awal menjemput Jenazah Alisya berbau dan dihurung serangga berterbangan Walhal dia seorang isteri yang taat
Zikir Untuk Lembutkan Hati Anak

Zikir Untuk Lembutkan Hati Anak

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 2244 hits
ZIKIR UNTUK LEMBUTKAN HATI ANAK mendidik anak bukan lah perkara mudah Ianya seperti mencorak sehelai kain putih Perlu dilakukan dengan berhati hati dan tanpa putus asa Kadang kala sikap anak menguji kesabaran ibu bapa Disinilah ujian sebena...
Risau Terkurang Beri Perhatian Baby Kembar Bakal Lahir Ainan Tasneem Bimbang Anak Sulung Terpinggir

Risau Terkurang Beri Perhatian Baby Kembar Bakal Lahir Ainan Tasneem Bimbang Anak Sulung Terpinggir

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 461 hits
Umum mengetahui penyanyi Ainan Tasneem bakal melahirkan anak kembarnya sedikit masa lagi Namun dalam keterujaan menyambut kelahiran bayi kembarnya Ainan meluahkan rasa kebimbangannya pada anak sulungnya Ainan Salsabiela Menerusi instagram m...
Bakal Tampil Dengan Lagu Baru Malique Too Phat Ubati Rindu Di Hati Peminat

Bakal Tampil Dengan Lagu Baru Malique Too Phat Ubati Rindu Di Hati Peminat

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 462 hits
Meskipun jarang sekali melihatnya di mana mana persembahan muzik dan media sosial kerjaya seni penyanyi rap dan juga komposer salah seorang ahli kumpulan Too Phat Malique Ibrahim masih berjalan rancak dan sentiasa mewarnai industri hiburan ...
Kamu Satu Dalam Sejuta Diuji Kans3r Wanita Syukur Anak Saudara Temui Jejaka Pilihan Hati

Kamu Satu Dalam Sejuta Diuji Kans3r Wanita Syukur Anak Saudara Temui Jejaka Pilihan Hati

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 290 hits
Meskipun ramai yang berkata sukar ingin mencari cinta sejati namun tidak mustahil ia wujud bagi segelintir pasangan yang bercinta tanpa mengira rupa paras atau keadaan fizikal
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100

Dior188