Nostalgia Seterika Arang
Aku datang dari keluarga susah, tinggal di kampung — dibesarkan oleh arwah atok dan uwan aku sementara mak dan ayah aku bekerja di bandar mencari rezeki. Ketika orang lain telah menerima 'air dalam besi, api dalam kaca' tapi kami masih lagi menggunakan lampu pelita, gasolin, mandi pula di perigi tapi aku tak pernah mengeluh. Aku tak pernah rasa kurang, baik dari segi tempat tinggal mahupun kasih sayang. Cucu kesayangan.
Kawasan nak masuk ke rumah kami agak ke dalam dan hanya motosikal yang boleh lalui tapi walau tiada kemudahan elektrik, aku masih lagi pergi ke sekolah, pakaian pun tidak berkedut seribu, arwah atok dan uwan aku pastikan aku dan adik aku tidak tertinggal pelajaran
'Air dalam besi, api dalam kaca' — telah dipasang sewaktu aku di sekolah menengah. Waktu ini aku telah berpindah ke bandar mengikut mak dan ayah aku. Bertukar sekolah di bandar tapi jiwa aku tetap budak kampung. Arwah atok dan uwan aku sempat merasa kemudahan yang diberi sehingga ke hujung nyawa. Al-Fatihah.
Bila tiada kemudahan elektrik, macam mana nak gosok baju?Aku tetap menggunakan seterika cuma bukan seterika elektrik seperti sekarang ini. Seterika yang aku gunakan - Seterika Arang

Seterika Arang

Arang yang telah dibakar dimasukkan ke dalam ruang ini
Kena sentiasa kipas untuk elakkan arang dari cepat padam
Kalau padam, seterika tak panas dan baju berkedutlah
Aku..
Tugas menggosok baju ketika menjelang Aidilfitri untuk semua ahli keluarga termasuk family adik-beradik mak aku adalah milik aku. Tak ingat umur berapa tapi dari sekolah rendah aku telah diajar menggosok baju menggunakan seterika arang ni. Letih tapi seronok sebab sambil kena bahang seterika tu, bahang raya pun turut terasa. Betapa tinggi rasa percaya semua orang terhadap aku waktu itu. Alhamdulillah.. tiada baju rosak — gila kau kalau baju raya rosak, mahu sepanjang hayat aku jadi bahan ungkitan
Tapi.. selepas arwah uwan aku meninggal, cari semula seterika tu dah tak jumpa. Aku tak tahu siapa yang ada menyimpannya. Sedih.
@RemajaPurba: Sumber gambar dari en. Google
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2019/03/seterika-arang.html