Norzah Satu Satunya Penulis Wanita Menulis Buku Politik


 BELASUNGKAWA
SAYA berasakan tidak lengkap selagi tidak merakam kenangan dan keistimewaan yang dimiliki Norzah Kepol. Allahyarham telah dijemput Allah tanggal 10 April, 2022 kira-kira jam 8:30 malam di rumahnya di Selayang Baru dalam usia 57. Pemergiannya mengejutkan dan dirasai oleh setiap orang mengenalinya selaku wartawan politik. Allahyarham telah mengalami sakit sejak tiga tahun lalu lagi tetapi didiamkan. 
Seperti saya katakan dalam catatan di FB, Norzah adalah orang kecil yang ramai tidak mengetahui akan kelebihan dimilikinya. Ini kerana beliau bukan wartawan berstatus tokoh apa lagi bertaraf negara dan datang dari akhbar arus perdana. Tetapi apa dimilikinya terutama semangat kewartawanan ia sangat bererti kepada saya khasnya, dan warga dunia penulisan buku-buku politik serta penerbitan akhbar tabloid.
Betapa kerdilnya beliau di sisi setengah pihak, sejarah penghasilan buku politik dan penerbitan akhbar tabloid yang dikenali akhbar nyamuk, namun tidak boleh mengkesampingkan begitu sahaja peranan dimainkan Norzah. Bila ditelusuri nama-nama akhbar nyamuk yang pernah singgah dimuka bumi ini, maka nama Norzah pasti akan dicatat sama. 
Dua buah akhbar.
Sekurang-kurang dua buah akhbar yang merakam atau mengaitkan namanya, Buletin Utama dimana beliau di situ selalu editor atau pun wartawan kanan. Akhbar itu diterbitan oleh bekas wartawan Allahyarham Jamaluddin Bakar yang juga bekas Exco Pemuda Umno dari Johor. Kenapa saya mengatakan peranan Norzah di akhbar ini penting, kerana ada mesej daripada Jamaluddin kepada saya kalau ingin menulis atau mengkritik persembahan Buletin Utama, agar saya memberi tahu Norzah. 
Boleh dikatakan diakhbar inilah Norzah mendapat didikan dan bimbingan kewartawan. Pendedahan selaku wartawan banyak diberikan oleh Jamaluddin. Bahkan Norzah boleh dianggap sebagai nadi kepada akhbar ini. Walaupun Norzah bukan siapa-siapa, misalnya bekas wartawan kanan berpengalaman dari akhbar perdana, tetapi kepercayaan kepadanya oleh Jamaluddin turut menguntungkan kedua pihak.  Norzah bukan sahaja bertindak sebagai wartawan tetapi juga sebagai pencari iklan dan pemasaran. 
Minatnya kepada dunia politik dan penulisan politik sangat ketara, apabila Allahyarham tidak segan silu dan hemah mendekati para penulis politik sebagai rakan. Boleh dikatakan semua penulis politik yang veteran dikenali dan didekatinya untuk menimba ilmu. Syed Hussen Al Attas, bolehlah dianggap orang yang mendorong Norzah untuk jadi penulis politik. 
Terdapat sebuah buku yang mereka tulis bersama. Malahan Syed Hussein juga menganggap Norzah sebagai anak angkatnya dalam penulisan. Norzah memanggil Syed Hussein bukan Pak Habib, tetapi membahasakannya sebagai "abah". 
Belajar daripada pengalaman.
Bagi saya Allahyarham seorang yang belajar daripada pengalaman dan pergaulan luas baik dengan penulis politik maupun orang-orang politik. Beliau juga tidak peduli kepada apa kritikan dan sedia menerima teguran. Inilah bagi saya kehebatan dan ketahanan beliau yang tidak semua dimiliki oleh wartawan khasnya wartawan akhbar nyamuk. Ini satu keistimewaan. 
Kerajinan dan minatnya kepada penulisan politik jelas, apabila setiap kali parlimen bersidang beliau akan mucul di parlimen menemui ahli Yang Berhormat untuk mendapatkan komen dan ulasan daripada mereka. Norzah akan tunggu berapa lama pun selagi ia tidak mendapat komen daripada oknum yang diingini.  Tanpa segan silu beliau akan menyuakan tape recorder kepada mana-mana YB atau menteri yang dihajatinya sambil melempar soalan. 
Saya mempunyai beberapa kenangan dengan beliau yang tidak pernah terlupa selamanya. Selain menjadi wartawan, secara tidak langsung Allahyarham juga menjadi mediator antara ahli parlimen wanita khususnya daripada Umno dengan wartawan atau penulis politik. Ini saya ada pengalaman sendiri yang agak istimewa. 
Suatu hari di parlimen, beliau memberi tahu saya yang Dr Mashitah Ibrahim bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ingin berjumpa dengan saya. Saya tidak tahu apakah tujuannya, tetapi Norzah beriya meminta saya menemui Mashitah. Dia mengaturkan prrtemuan di lounge dan kami bertemu. Saya masih ingat dipertemuan itu saya menegur sesuatu tentang diri Dr Mashitah yang saya lihat tidak begitu manis. Saya meminta Dr Mashitah memakai sarung tangan kerana beliau dilihat terdedah berlaku persalaman dengan orang termasuk lelaki.
Merah padam juga muka Dr Mashitah dengan teguran saya itu. Keesokannya Norzah memberi tahu saya yang Dr Mashitah menyebut-nyebut apa yang berlaku di lounge itu seakan terkilan. Alhamdulilah selepas itu saya lihat bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memakai sarung tangan.


Selain itu, beberapa ahli parlimen wanita lain juga saya bertemu yang diaturkan oleh Norzah. Beberapa pemimpin Puteri Umno juga dibawa untuk berjumpa atas alasan ingin mendapat maklumat politik. Allahyarham akrab dengan ramai pemimpin Puteri Umno.
Allayarham sebenarnya membantu ramai orang politik khasnya daripada pembangkang dengan premis dimiliknya tersebut. Pada tahun 1990-an, ahli politik pembangkang tidak mempunyai media untuk menyampaikan masej ataupun kenyataan mereka. Akhbar arus perdana seperti Utusan dan Berita Harian dan lain-lain, hanya memberi ruang kepada pihak kerajaan sahaja. Ini menjadikan ahli politik pembangkang sukar untuk menyalurkan apa-apa pandangan dan kenyataan mereka. 
Saat inilah peranan akhbar tabloid yang dianggap "nyamuk" itu penting. Antaranya ialah akhbar tempat Norzah bekerja, Buletin Utama selepas itu Buletin Rakyat. Akbar-akhbar itulah menampung menyiarkan berita daripada parti pembangkang. Dalam kata lain akhbar itu menjadi antara tempat untuk anggota pembangkang bersuara selain daripada beberapa tabloid lain termausk Siasah, Era Rakyat dan lain-lain. Awal tahun 1990-an belum ada media dalam talian atau pun medsos. 
Sebut sahaja tokoh atau pemimpin pembangkang mana yang tidak diberikan ruang oleh Norzah menerusi akhbarnya, semua mendapat ruang. Cakaplah apa hendak cakap dan luahkan Norzah akan siarkan dalam akhbar berkenaan. Dan ahli-ahli politik pembangkang pula secara tidak langsung menjadikan akhbar tempat Norzah bekerja itu sebagai sumber maklumat mereka untuk umum. 
Mengenai jasa dan budi ini, Norzah ada merunggut kepada saya sewaktu bertemu, tentang keterkilanannya. Menurutnya selepas tokoh-tokoh pembangkang menjadi kerajaan dan ada dilantik menjadi menteri selama 22 bulan beliau ada minta bertemu pun tidak dilayani lagi, kecualilah dengan Khalid Samad, itupun saya yang mengaturkannya.  
Seperkara lagi yang tidak boleh saya sembunyikan dan ramai yang tidak tahu, peranan dan tanggungjawab Norzah sebagai pekerja surat khabar dan laksana pengarang sangat beretika dalam kerjaanya. Beliau memahami peranan wartawan dan tahu menghargai keringat para penyumbang dalam akhbarnya. Kekuatan akhbar ditanganinya dibantu oleh para penulis yang menjadi kolomnis. 
Antara yang menjadi kolomnis dalam akhbarnya termasuk Allahyaraham Subky Latiff, Yahya Ismail, Syed Hussein Alattas dan saya sendiri serta yang lain-lain. Keragaman pemikiran kolomnis inilah menjadikan akhbar Buletin Rakyat maupun Buletin Utama, menarik minat umum. Norzah campur semua bentuk pemikiran dan pandangan dalam akhbarnya, menjadi sebuah medium yang bebas dan terbuka.
Sebagai seorang pengarang dan penanggungjawab kepada akhbar berkenaan, Norzah tidak menerima tulisan atau mengundang kolominis itu percuma begitu sahaja. Sebaliknya semua tulisan dan kolomnis itu akan dibayar. Bila setiap tiga bulan sekali, maka akan sampailah cheq ke rumah sebagai imbuhan. Walaupun tidak banyak, tetapi adalah buah hati dan ingatan daripadanya. 
Bukan sahaja kepada saya, tetapi kepada kolomnis dan penulis lain juga. Ini sudah pasti honorarium sebagai saguhati juga dibayar kepada kartunis Rosidi Ismail alias, Rossem yang menyumbangkan karikatur kartun pada setiap minggu di akhabat berkenaan. 
Apa dilakukan Norzah itu adalah pengertian tinggi terhadap nasib dan keperluan penulis. Ia lebih mulia daripada sesetengah penerbit atau akhbar yang meminta tulisan menyiarkan tetapi tidak ada apa-apa bayaran terima kasih pun. Bukan itu sahaja untuk beri credit pun sukar. Hatta dari penerbit hebat sekalipun "keterlupaan" disengaja itu berlaku, tetapi ia tidak berlaku kepada akhbar Norzah. 
Itu saya katakan walaupun beliau bukan lahir dari sebuah institusi besar tetapi peranan dan tanggungjawab sebagai editor dan sekaligus merangkap penerbit sangat luhur dan berbudi. Semoga Allah peliharakan roh Allahyarham di makam mukhlisin. Amin. [wm.kl.12:24 pm 13/04/2022]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/04/norzah-satu-satunya-penulis-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penulis Buku Ditahan Polis Kerana Menghina Nabi Muhammad Beritabenar 11 04 2022

Penulis Buku Ditahan Polis Kerana Menghina Nabi Muhammad Beritabenar 11 04 2022

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 197 hits
Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia pada Isnin menahan seorang penulis buku di negara itu bagi membantu siasatan ke atas satu kenyataan berkaitan poligami yang dimuat naik ke laman media sosial Facebook miliknya yang didakwa meng...
Fakta Mengenai Satu Satunya Yang Di Pertuan Agong Berstatus Bujang

Fakta Mengenai Satu Satunya Yang Di Pertuan Agong Berstatus Bujang

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 122 hits
Tanggal 13 Disember 2016 merupakan satu lagi hari bersejarah Malaysia apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke V ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong Malaysia yang ke 15 Berikut adalah diantara fakta yang perlu umum tahu mengenai...
Keterlaluan Politik Buku Bertemu Ruas

Keterlaluan Politik Buku Bertemu Ruas

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 156 hits
Mamat ini mempunyai alasan yang jelas terpulanglah kepada bossku dan penyokongnya untuk membalas hujah masih nak ubah tiang gol masih nak tuding sana tuding sini Mahathir zety konspirasi Hakikatnya dulu bangga sangat ke hulu ke hilir apa ma...
Melampau Jantan Berselawat Pakai Baju Tidur Wanita

Melampau Jantan Berselawat Pakai Baju Tidur Wanita

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 149 hits
Melampau jantan berselawat pakai baju tidur wanita Itu kembar saya Itu bukan saya Demikian kata pelakon Iqram Dinzly ketika diminta mengulas mengenai video tular memaparkan individu mirip dirinya yang memakai pakaian tidur wanita dengan ber...
Wanita Terhibur Lihat Anak Tidur Meniarap Persis Bos Besar Sambil Diurut Kucing Hitam

Wanita Terhibur Lihat Anak Tidur Meniarap Persis Bos Besar Sambil Diurut Kucing Hitam

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 301 hits
Siapa yang pernah atau sedang membela kucing pasti anda tahu yang kucing sebenarnya suka mengurut Mengurut atau kneading yang dilakukan oleh kucing sebenarnya membawa maksud tertentu tau Untuk pengetahuan anda urutan yang dilakukan oleh kuc...
Wanita Mca Says Child Safety Needs To Be Taken Seriously

Wanita Mca Says Child Safety Needs To Be Taken Seriously

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 187 hits
Wanita MCA wants better child protection measures against sexual crimes This comes after a study on sexual crimes against minors revealed that from 2020 to 2021 cases have increased by 42 percent This had even made it necessary for the esta...
Hiburan Nak Pergi Tandas Pun Takut Penempatan Kuarantin Daif Wanita Gesa Kkm Perbaiki Fasiliti Hospital

Hiburan Nak Pergi Tandas Pun Takut Penempatan Kuarantin Daif Wanita Gesa Kkm Perbaiki Fasiliti Hospital

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 190 hits
Baru baru ini tular di laman satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Alia Nordin yang meluahkan kekecewaan sebagai seorang pesakit Covid 19 sebuah hospital kerajaan Menerusi hantaran tersebut dia bersama anaknya yang baru berus...
Hiburan Jangan Buang Tau Wanita Kongsi Fungsi Kulit Bawang Yang Ramai Tak Tahu

Hiburan Jangan Buang Tau Wanita Kongsi Fungsi Kulit Bawang Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 159 hits
Rasanya bawang merupakan bahan perlu ada dan kerap digunakan dalam setiap masakan kerana ianya akan membangkitkan rasa juadah yang disediakan Antara jenis jenis bawang yang sering digunakan adalah seperti bawang besar bawang kecil bawang pu...
Ahli Parlimen Permatang Pauh Rasmikan Bot Koperasi Wanita

Ahli Parlimen Permatang Pauh Rasmikan Bot Koperasi Wanita

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 160 hits
Koperasi Ibu Tunggal dan Wanita SPT berjaya mengusahakan dua bot pelancongan di Jeti Nelayan Kampung Terus Penanti Pulau Pinang Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar yang merasmikan bot berkenaan peluang perniagaan pelancon...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian