Melampau Jantan Berselawat Pakai Baju Tidur Wanita
Melampau jantan berselawat pakai baju tidur wanita
Itu ‘kembar’ saya…
“Itu bukan saya,”.
Demikian kata pelakon, Iqram Dinzly ketika diminta mengulas mengenai video tular memaparkan individu mirip dirinya yang memakai pakaian tidur wanita dengan berlatar muzik alunan selawat.
Iqram ketika dihubungi berkata, karakter itu dikenali sebagai Princess Iqy Dinzly dan tujuannya adalah untuk menyentuh hati netizen agar membuat pilihan sama ada mahu berselawat atau menyaksikan perkara maksiat.
“Dia adalah Princess Iqy Dinzly. Dia berikan pilihan sama ada nak selawat atau nak saksikan ‘pelacur-pelacur bilik kaca’ dan ‘penari tiang dalam bilik kaca’,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Iqram, apa yang dipaparkan di akaun TikTok @iqramdinzlycious dalam video secara langsung itu juga adalah satu bentuk teguran kepada golongan transgender yang disifatkan sebagai semakin berani.
“Satu lagi, kaum transgender semakin berleluasa dan semakin berani di media sosial. Itu satu teguran juga.
“Selain itu, ia juga teguran untuk wanita-wanita bertudung yang umpama berbogel dengan pakaian yang ketat,” katanya.
Iqram juga menyeru semua pihak supaya memadam hantaran-hantaran yang tidak senonoh di media sosial dan mengambil keberkatan dengan kehadiran bulan Ramadan kali ini.
“Saya tak boleh nak cakap sebab saya tak pandai langsung menggunakan media sosial. Apa pun, ambillah kesempatan dengan kehadiran bulan Ramadan.
“Tolonglah pada gambar-gambar yang menunjukkan punggung dan payudara semua terutamanya golongan pempengaruh.
“Kandungan-kandungan sebegini boleh menjurus ke arah yang tidak bermoral antaranya berlaku jenayah rogol dan sebagainya.
“Jangan sampai rogol itu menjadi perkara biasa di Malaysia,” katanya.
Menurutnya, sekiranya netizen ingin melihat diri Iqram yang sebenar, nantikan drama terbaharu lakonannya yang akan ditayang tidak lama lagi.
“Sekarang, kalau nak tengok Iqram Dinzly yang betul, tengok drama Mem dan Bibik Bibik yang akan ditayangkan di TV3 bermula esok.
“Selepas itu, ada beberapa drama lain lagi antaranya Dilema Wanita dan satu lagi drama arahan pengarah Erma Fatima,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial video lelaki mirip Iqram yang mendapat kecaman daripada netizen dan dianggap mempersendakan agama dengan mengenakan pakaian tidur wanita yang seksi berserta alunan selawat.
Video itu tular di TikTok dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.
Terbaharu, Iqram kini menjalani penggambaran drama berjudul Cinta Hilang Kata, berganding dengan pelakon Sophia Albarakbah. HM
Melampau jantan berselawat pakai baju tidur wanita
Baca Artikel Menarik:
KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
Hadi dijangka bertemu Mahathir
Khayla perlukan bantuan segera
Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/03/melampau-jantan-berselawat-pakai-baju-tidur-wanita/