Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain Ini Pandangan Pakar


“Mama, kawan adik ajak main dekat luar, boleh kan?”, tanya seorang kanak-kanak kepada ibunya yang kelihatan agak kebingungan. Ini kerana tiada seorang pun yang berada berdekatan dengan anaknya itu!
  Mungkin kalian sebagai ibu bapa pun pernah mengalami situasi sebegini bukan? Sebenarnya, anak anda itu bukan berhalusinasi sebaliknya berimaginasi dalam berkawan.
Untuk pengetahuan anda, inilah yang dinamakan sebagai kawan imaginasi. Jika kalian masih ingat, mungkin semasa kecil pun anda pernah mengalaminya.
Persoalannya, adakah perkara ini normal dan apakah kesan di sebaliknya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi.
Kawan imaginasi – adakah ia normal?
Kita sering sahaja dimomokkan dengan ketidaknormalan mempunyai kawan imaginasi.
Dalam kalangan masyarakat kita sendiri pun ada yang percaya bahawa itu ada kaitannya dengan makhluk halus atau ghaib.
Hakikatnya, tidak.
Sebenarnya mempunyai kawan imaginasi semasa usia kanak-kanak itu adalah satu perkara yang normal.
Namun, itu tidak bermakna ibu bapa perlu membiarkannya sahaja tanpa berwaspada.
Menurut Pakar Psikologi Dr. Cami Winkelspecht yang bertugas di Nationwide Children’s Hospital, kawan imaginasi adalah salah satu realiti perkembangan seorang kanak-kanak.
Secara tipikalnya, mereka akan melalui fasa ini pada sekitar tempoh awal persekolahan kanak-kanak. Fasa ini pula selalunya akan datang dan pergi tanpa ibu bapa sendiri sedar.
Dalam pada itu, mempunyai rakan imaginasi juga boleh mendatangkan beberapa manfaat kepada si kecil!
Apa manfaatnya terhadap kanak-kanak?
Hakikatnya, lebih banyak kesan positif berbanding negatif jika si anak mempunyai kawan imaginasi. Antara manfaatnya terhadap kanak-kanak termasuklah:
#1. Anak anda akan lebih selesa bercakap
Jika anak anda tidak ada mood untuk memberitahu ibu bapa mengenai apa yang dilakukan di sekolah, dia mungkin akan bercakap tentangnya dengan ‘kawan’ tersebut.
Ini penting untuk anda mendapatkan sedikit klu.
  #2. Anak anda akan lebih mudah belajar
Anak anda memerlukan sokongan dan galakan untuk belajar setiap perkara yang baharu.
Si kecil mungkin lebih bersemangat untuk mengemas katil atau mainan dengan bantuan ‘kawan’ mereka itu.
#3. Ia adalah tempat untuk anak anda meluahkan perasaan
Kadangkala, kanak-kanak memang sukar untuk meluahkan apa yang mereka sedang fikir atau rasa kepada penjaga.
Namun, ‘kawan’ mereka inilah tempat mereka mengadu. Jadi, gunakanlah mereka sebagai ‘spy’ anda.
#4. Ia mengajar ibu bapa lebih kreatif
Ada masanya ibu bapa sendiri pun akan mengalami masalah untuk berinteraksi dengan si kecil bukan?
Jadi, manfaatkan ‘kawan’ mereka ini dalam bermain atau bermesra dengan anak anda. Ia sudah tentu akan meningkatkan kreativiti ibu bapa dan juga si kecil sendiri.
Apa yang ibu bapa perlu lakukan?
Sekarang kita sudah tahu bahawa terdapat beberapa manfaat kepada anak jika mempunyai kawan imaginasi.

Pun begitu, apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk tidak menghalang perkembangan si kecil?
Elakkan bercakap secara langsung – Jangan cuba untuk bercakap secara langsung dengan ‘kawan’ mereka itu. Sebaliknya, minta anak anda menjadi orang tengah. Ini penting untuk melatih kemahiran interaksi si kecil.
Layankan kerenah anak anda – Jangan pula anda terus menafikan kewujudan ‘kawan’ mereka itu. Adalah lebih baik untuk anda layankan sahaja segala perbuatan si kecil untuk mengelak dari mereka rasa dikritik oleh anda sendiri.
Jangan biar anak anda lepas tangan – Kebiasaannya, si kecil akan menggunakan ‘kawan’ mereka ini untuk lari dari masalah. Sebagai contoh, anak anda mungkin akan menuduh mereka yang membuat mainan bersepah. Ibu bapa perlu tegas dan minta mereka berdua mengemas bersama-sama.
Jumpa pakar sekiranya berlanjutan – Ya, ia mungkin normal namun anda harus berhati-hati jika ia berpanjangan sehingga kanak-kanak mencecah usia remaja. Jika ini berlaku, segera bawa anak anda berjumpa pakar kanak-kanak.
Kesimpulan
Jika anak anda gemar bercakap seorang diri ataupun sering berceritakan tentang teman yang sering menemaninya bermain, ibu bapa usahlah terus menghukum si kecil berhalusinasi atau bermasalah mental.
Ia normal untuk kanak-kanak yang masih kecil, namun jika ia mengganggu perkembangan si anak, dapatkan rundingan dari pakar perubatan.
Sumber: Hello Doktor
The post Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/normalkah-jika-anak-berimaginasi-ada-teman-bermain-ini-pandangan-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lupa Pantau Diet Anak Di Rumah Ini Pesan Pakar Nutrisi Yang Anda Wajib Ambil Tahu

Jangan Lupa Pantau Diet Anak Di Rumah Ini Pesan Pakar Nutrisi Yang Anda Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 423 hits
Bagi ibu bapa yang bekerjaya kami yakin sepanjang musim wabak ni segalanya jadi terhad Mana taknya sambil sibuk bekerja dari rumah tanggungjawab kepada keluarga tetap tak boleh diabaikan Malah ada juga yang dah mula runsing soal diet anak a...
250 Pakar Pediatrik Tidak Setuju Anak Frontliners Diasingkan Di Taska

250 Pakar Pediatrik Tidak Setuju Anak Frontliners Diasingkan Di Taska

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 285 hits
Sekumpulan ahli pediatrik dilaporkan tidak bersetuju dengan pengenalan SOP terbaru berhubung pengurusan anak anak petugas barisan hadapan atau frontliners di taman asuhan kanak kanak lapor portal CodeBlue Luahan rasa tidak setuju itu hadir ...
5 Pengalaman Yang Bakal Kamu Lalui Sebagai Anak Kos Baru Namanya Juga Pemula Jadi Terkesan Berat

5 Pengalaman Yang Bakal Kamu Lalui Sebagai Anak Kos Baru Namanya Juga Pemula Jadi Terkesan Berat

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 418 hits
Sebelum memutuskan untuk ngekos pastikan dulu kalau kamu punya mental yang cukup kuat dan tahan banting
5 Tanda Akil Baligh Bagi Anak Perempuan

5 Tanda Akil Baligh Bagi Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 801 hits
5 Tanda Akil Baligh Bagi Anak PerempuanAssalamualaikum 5 Tanda Akil Baligh Bagi Anak Perempuan Semoga kita semua berbahagia di samping keluarga Seronok apabila menimang cahaya mata Akan tetapi mereka akan membesar dan terus membesar Tanggun...
Tips Jadi Anak Yang Soleh Dan Solehah

Tips Jadi Anak Yang Soleh Dan Solehah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 307 hits
Assalamualaikukm Hai Ekceli nak share something sebenar nye Emel yang aku dapat dari my lovely kazen Emel tu tentang satu ceramah agama Tajuk die Dahsyat nya Doa Seorang Ibu Orang yang forward emel ni nak kongsi point penting yang die dapat...
Air Tangan Anak Dara

Air Tangan Anak Dara

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 521 hits
Sebagai menghargai usahanya Mama save lah kat sini Sebagai seorang ibu kita berharap anak2 membesar menjadi wanita sempurna mahir masak solehah dan berjaya dunia akhirat aamiin By the way hanya yg approved by Chef Mirror je Mama upload ye t...
Anak Sihat Aktif Tak Duduk Diam Suka Bertanya Itu Pun Rezeki Ibu Ayah

Anak Sihat Aktif Tak Duduk Diam Suka Bertanya Itu Pun Rezeki Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 319 hits
Rezeki yang tak nampak tetapi situasi ini selalu berlaku dalam rumah Along sudah tu Jangan nyakat adik lagi Kang ada yang menangis Bek bek bek bek Along buat muka mengejek pada adiknya Uwekkk Angah balas dengan menjelirkan lidahnya Bingit r...
Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki