Norma Baharu Bola Sepak Latihan Tanpa Sentuhan



SUKAN
SEMUA pasukan dan kelab Liga Malaysia (Liga M) kini boleh menarik nafas lega selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi kebenaran untuk semua sukan berpasukan dan sukan tempur memulakan latihan bermula 15 Jun ini.Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata semua sukan itu dibenarkan berlatih tanpa sentuhan badan dengan melakukan penjarakan sosial tiga hingga lima meter.Bagaimanapun, beliau menegaskan sukan berpasukan seperti bola sepak, hoki, ragbi dan bola jaring serta sukan tempur seperti karate, taekwondo dan silat masih tidak dibenarkan dimainkan secara ‘match play’.“Ini secara langsung memberi kebenaran kepada pasukan bola kebangsaan dan pasukan negeri atau kelab di bawah MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) dan akademi lain yang berdaftar untuk memulakan latihan secara tidak bersentuhan badan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Am Individu dan SOP Pengurusan yang ditetapkan.“Ia merupakan langkah permulaan sepertimana di negara luar, Liga Bola Sepak Inggeris yang telah memulakan fasa pertama dengan latihan tanpa sentuhan. Namun, kita guna SOP sendiri dengan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya pada sidang media di Menara KBS, hari ini.Bagaimanapun, katanya jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu melaksanakan latihan penuh yang melibatkan sentuhan, FAM perlu membuat permohonan kepada MKN.Atlet negara teruja kembali ke Bukit JalilKatanya, latihan itu akan menggunakan pendekatan konsep program ‘Road to Tokyo’ iaitu ‘quarantine based’ bagi menjamin keselamatan atlet, jurulatih serta pegawai bertugas.“Sebelum ini FAM datang untuk mohon mulakan liga. Tapi untuk latihan mungkin kita boleh kemuka permohonan ke MKN dari semasa ke semasa untuk latihan kemahiran penuh. Boleh dapat kelulusan itu jika ikut SOP ketat seperti program RTT,” katanya.Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang antara lain memberi lampu hijau dan ruang untuk sektor sukan dan rekreasi dibuka semula dengan pematuhan SOP akan ditetapkan.Dalam perkembangan lain, Reezal Merican berkata sukan permotoran masih tidak dibenarkan untuk menganjur kejohanan dan pertandingan bagi mengelakkan daripada himpunan orang ramai namun ‘track day’ bagi sukan permotoran dua roda dan empat roda dibenarkan untuk pengujian kenderaan.Namun, beliau berpendapat sukan permotoran boleh dibuka semula kerana sukan berkenaan tidak melibatkan kontak rapat.Sementara itu, Reezal Merican berkata KBS akan mengumumkan pemberian dana kepada persatuan sukan kebangsaan yang terkesan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).“Saya tahu persatuan sukan terkesan teruk dalam tempoh ini. Saya akan buat pengumuman pemberian dana bagi membolehkan mereka melakukan beberapa perkara untuk meneruskan aktiviti sukan. Buat masa sekarang, saya tidak mahu umum jumlah lagi.“Dalam masa sama saya juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk pemberian dana kepada sukan permotoran juga,” katanya.Dalam perkembangan yang sama, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengingatkan persatuan sukan para kebangsaan bahawa segala aktiviti sukan masih tertakluk kepada SOP walaupun kerajaan memberi kelonggaran untuk sektor sukan dan rekreasi dibuka semula bermula 15 Jun ini.Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata pasukan yang ingin kembali menjalani latihan berkumpulan dan bersentuhan perlu menyediakan garis panduan untuk dikemukakan permohonan kepada MKN menerusi KBS.Pada masa yang sama, MPM juga bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak memberi kebenaran kepada beberapa sukan berpasukan yang amat berbahaya dan boleh memudaratkan kesihatan atlet.  – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sukan, perlu diselaraskan menurut syariat. Maaf, tambah sikit! Sila rujuk Menteri JPM Bahagian Agama atau negeri-negeri seperti Kelantan/Terengganu. Tidak salah Persekutuan ikut negeri, demi kebaikan bersama kan?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/norma-baharu-bola-sepak-latihan-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemain Profesional Tempatan Sedia Harungi Norma Baharu Bola Sepak

Pemain Profesional Tempatan Sedia Harungi Norma Baharu Bola Sepak

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 408 hits
KUALA LUMPUR 8 JUN Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia percaya pemain profesional tempatan bersedia menerima norma baharu dalam saingan bola sepak di negara ini termasuk mematuhi tatacara operasi piawai ketat PFAM dalam satu ke...
Covid 19 Sambut Aidilfitri Dengan Norma Baharu

Covid 19 Sambut Aidilfitri Dengan Norma Baharu

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 352 hits
Dunia menyaksikan 5 5 juta angka Wabak COVID 19 saat umat Islam menyambut AidilFitri Di Asia pula berjumlah 960 418 kes Sementara di Malaysia pula berjumlah 7 245 kes Berikut adalah data data penting kes Wabak COVID 19 di peringkat Global T...
Liga Bola Sepak Mungkin Kembali Lebih Awal

Liga Bola Sepak Mungkin Kembali Lebih Awal

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR 3 JUN Terdapat kemungkinan aktiviti profesional bola sepak termasuk Liga Malaysia kembali lebih awal dari dijangkakan kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia Stuart Ramalingam Buat masa ini FAM sedang menyediakan du...
Penerbangan Batal Akibat Perintah Berkurung Pemain Bola Sepak Tidur Di Lapangan Terbang 74 Hari

Penerbangan Batal Akibat Perintah Berkurung Pemain Bola Sepak Tidur Di Lapangan Terbang 74 Hari

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 402 hits
Penerbangan batal akibat perintah berkurung pemain bola sepak tidur di lapangan terbang 74 hariMuller kini dipindahkan ke sebuah hotel dan akan tinggal di situ sehingga penerbangan antarabangsa beroperasi semula Skiphonda com myLearn MoreSE...
Pfam Keputusan Kerajaan Jadi Tonik Berguna Buat Komuniti Bola Sepak

Pfam Keputusan Kerajaan Jadi Tonik Berguna Buat Komuniti Bola Sepak

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 281 hits
Barisan kepimpinan Persatuan Pemain Pemain Bolasepak Profesional Malaysia menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih buat kerajaan Malaysia apabila membenarkan aktiviti latihan bola sepak dimulakan bermula 15 Jun ini Badan yang bertindak m...
Adel Taarabt Bakat Terbaik Yang Pernah Dilahirkan Bola Sepak Morocco

Adel Taarabt Bakat Terbaik Yang Pernah Dilahirkan Bola Sepak Morocco

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 517 hits
Kini usianya sudah menjangkau 31 tahun Bakat semulajadi yang dianugerahkan kepadanya sehingga pernah digelar Si Ahli Sihir ternyata tidak mampu membawa beliau ke tahap prestasi sebenar Perlahan lahan nama Adel Taarabt pudar dan hilang dari ...
Jadikan Amalan 3w Sebagai Norma Baharu Alias

Jadikan Amalan 3w Sebagai Norma Baharu Alias

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 311 hits
Oleh Safwan SyakirKUALA NERUS 6 Jun Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan tiga elemen iaitu Wash Wear dan Warn 3W sebagai Norma Baharu dalam memutuskan penularan Covid19 di negeri ini Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan...
Gaya Raya 12 Selebriti Yang Bergelar Datuk Datin Dalam Suasana Norma Baharu

Gaya Raya 12 Selebriti Yang Bergelar Datuk Datin Dalam Suasana Norma Baharu

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 748 hits
Setiap kali kedatangan Syawal ramai yang mula memuat turun gambar raya sekeluarga Selebriti juga tidak ketingglan untuk memuat turun gambar keluarga bersama Kali ini kita cuba mengintai bagaimana sambutan raya yang disambut oleh selebriti y...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization