Nohhhh 32 0 Haram Hisap Rokok Tu Ulamak Larang Kang Tak Pasai Kena Kapiaq
Orang Jawa kata 𝙚𝙣𝙚𝙢𝙮 𝙤𝙛 𝙢𝙮 𝙚𝙣𝙚𝙢𝙮 𝙞𝙨 𝙢𝙩 𝙛𝙧𝙞𝙚𝙢𝙙.

𝗩𝗮𝗽𝗲 sebenarnya 𝗱𝗶𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵𝗶 oleh syarikat rokok sebab vape 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 mereka. Semenjak vape jadi popular, bisnes tembakau merudum teruk. Jadi kalau kerajaan nak hapuskan rokok, kerajaan kenalah 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗼𝗺𝗽𝗿𝗼𝗺𝗶 dengan vape.
Aku tak kata vape tu elok tapi memerangi rokok dan vape pada masa yang sama tak akan menguntungkan kerajaan. Takkan menang punya. Kena lawan dari per satu.
Faktanya, ramai yang berjaya tinggalkan rokok asbab vape. Ramai yang aku tengok berjaya berhenti terus. 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘃𝗮𝗽𝗲 pun dah tak hisap.
Tindakan mengharamkan penjualan vape ni tidaklah mengejutkan sangat. Tapi yang menghairankan, rokok 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗷𝘂𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀. Itu yang timbul tanda tanya, haramkan vape ni 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 syarikat rokok ke?
Sedangkan kesan buruk vape belum dapat dibuktikan lagi. Memanglah ada satu dua kes. Tapi yang hisap vape ni 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴. Ada yang dah hisap vape berbelas tahun. Sihat lagi.
Malah lebih lebih sihat berbanding masa hisap rokok dulu. Setakat beberapa kes kesihatan terkait vape tak gambarkan keadaan sebenar. Cuba bandingkan pula dengan rokok.
Kenapa kerajaan 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗿𝗼𝗸𝗼𝗸 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗼𝘁𝗮𝗹? Ke sebab ada lebai yang merokok jadi tak berani nak haramkan rokok?
Kalau nak main isu kaum pun boleh. Pengusaha vape kebanyakannya 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Kerajaan negeri sengaja 𝗻𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗽𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗸𝗲? Tapi kita bukan walaun. Kita tak main isu begitu.
Nak kata vape ni budak-budak sekolah pun ramai hisap, begitu juga rokok. Dari dulu lagi memang dah ramai budak sekolah yang hisap rokok.
Masa aku sekolah lebih 30 ahun dulu, 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗣𝗮𝗸 𝗠𝗮𝘁 memang jadi 𝘱𝘰𝘳𝘵 pelajar ketika pulang dari sekolah. Masa tu yang top 𝗚𝘂𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗚𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺. Ramailah budak sekolah aku singgah Kedai Pak Mat. Bukan sekarang je budak sekolah terlibat. Dari dulu lagi.
Nak haramkan vape, haramkanlah rokok dulu. Kalau tak, kita boleh kata kerajaan negeri 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗿𝗼𝗸𝗼𝗸 dengan haramkan penjualan vape. Aku 𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 kerajaan Terengganu haramkan sekali penjualan rokok. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/05/nohhhh-32-0haram-hisap-rokoktu-ulamak.html