Nisabakri Cipta Kejayaan Sekali Lagi


Hello pembaca kesayangan,

Kali ni Misz-ella nak kongsikan kisah kejayaan seorang wanita hebat yang juga merupakan teman baik Misz-ella sendiri.



Beliau ialah Puan Sri Shariffa Nisa atau lebih dikenali sebagai Puan Sri Nisa Bakri, nama yang tidak asing lagi di blog Dari Jari-Jari Halusku ini.



Bertempat di Faroz Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, Puan Sri Nisa Bakri telah mengadakan pertemuan dengan para media dan bloggers serta sahabat rapat untuk berkongsi kisah kejayaan beliau memenangi Anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 anjuran Awen (ASEAN Women Entrepreneur Network). Anugerah ini adalah anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan kepada wanita-wanita dari setiap Negara ASEAN yang telah mencipta kejayaan luarbiasa dalam bidang perniagaan samada dari industri perniagaan kecil, sederhana, industri perniagaan besar mahupun perniagaan mikro.

Perjalanan Puan Sri Nisa untuk mendapat anugerah ini bukanlah mudah kerana saingan yang agak sengit. 40 pencalonan diterima dari kalangan ahli perniagaan wanita Malaysia dan hanya sembilan (9) orang pemenang dipilih untuk menerima anugerah tersebut pada malam anugerah yang diadakan pada 21hb Jun 2019 di Hotel JW Marriot, Bangkok, Thailand yang lalu.
Sebenarnya Misz-ella dah banyak berkongsi dengan pembaca semua tentang kesungguhan Puan Sri Nisa Bakri dalam melakukan perkara yang disukainya iaitu memasak - bermula dari suka-suka, akhirnya menjadi kerjaya.
Beliau menulis buku I am Not A Chef sebuah buku masakan yang sangat unik berkonsepkan gaya hidup – Romance, Food and Love yang dilancarkan pada bulan November 2015.
Beliau juga adalah pemilik Serasi Catering dan mempunyai perencah masakan jenama beliau sendiri iaitu nisabakri. Pada tahun 2015, Puan Sri Nisa Bakri memulakan program ‘Wakaf Ramadan Food Mission’dimana beliau menyediakan perkhidmatan membekal makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program ini membolehkan orang ramai mendekati golongan yang kurang bernasib baik melalui masakan Puan Sri Nisa Bakri sendiri. Program ini masih berlangsung sehingga ke hari ini.
Melalui perencah masakan nisabakri, Puan Sri Nisa mendidik masyarakat, wanita khususnya agar sentiasa berada di dapur menyediakan masakan buat keluarga walaupun wanita hari ini sentiasa sibuk dengan jadual harian yang padat. Beliau menjadikan aktiviti memasak di dapur lebih mudah, cepat, berkualiti dan berkhasiat dengan menggunakan perencah masakan nisabakri.
Puan Sri Nisa sendiri mengamalkan gaya hidup sihat di dalam kehidupan beliau. Disebalik perwatakannya yang lemah lembut dan manja, dia belajar kick boxing, okay *you dont play-play tau .. hehehe* Dia juga akan bersenam pada waktu lapang dan sentiasa mengambil berat akan pemakanan harian beliau. Kesemua perencah masakan nisabakri tidak mengandungi MSG, bahan pengawet atau apa-apa bahan yang boleh membahayakan kesihatan dan melalui perencah masakan nisabakri, beliau mendidik orang ramai agar mengamalkan ‘easy healthy cooking’. 



Sehingga ke hari ini, tujuh (7) jenis perencah masakan nisabakri boleh didapati di pasaran iaitu Pes Asam Pedas Tuanku, pes Mee Kari, pes Masala Ayam, pes Kari seafood, pes Rendang Ayam Betutu, pes gulai Sayuran dan pes Mee Kari Terangkat Leleh. Nak cuba tak? Sila  dapatkan di 18 cawangan Mydin Hypermarket seluruh Malaysia atau dengan cara hubungi nombor telefon 012-3147094. Tekan-tekan nombor tu, lepas tu perencah masakan nisabakri dah sampai depan rumah, dihantar oleh abang poslaju. Mudah, kan.



Pada tahun 2016, Puan Sri Nisa Bakri muncul di kaca tv tempatan dan antarabangsa untuk mempromosikan masakan tradisional Malaysia di kaca tv tempatan mahupun antarabangsa dengan beberapa siri rancangan masakan beliau dan memasuki pasaran Indonesia pada tahun 2017 dengan memperkenalkan Sambal Rasia dan Sambal Lemak Cili Api. Beliau turut muncul di dalam Metro TV Jakarta pada tahun 2018 dengan membawa nama nisabakri.
Puan Sri Nisa Bakri juga berpeluang menyediakan masakan tradisional Malaysia untuk 40 orang delegasi Malaysia di Spain pada tahun 2017 di sebuah Restoran Spanish di Jaen yang dimiliki oleh Chef Antonio, seorang Chef Michelin bertaraf 3 bintang.

Ingat lagi kisah nisabakri di Kota London yang pernah Misz-ella kongsikan di blog ini? Kalau you all dah lupa, sila tekan link ini ye.


Selepas pulang dari Kota London, Puan Sri Nisa Bakri sekali lagi mencipta sejarah apabila diberi pengiktirafan sebagai Top Outstanding Gourmet Ambassador di World Gourmet Award 2018dan baru-baru ini telah dilantik sebagai Culinary Advisor oleh World Gourmet Award Association 2019.


Sebenarnya, apa yang buat Misz-ella merasa terinspirasi dengan Puan Sri Nisa  ini adalah kesungguhan beliau dalam melaksanakan perkara yang beliau sukai. Dia suka masak, dia buat sungguh-sungguh. Dia akan cipta satu resepi  baru dan akan olah resepi tu berulangkali sampai dia jumpa formula yang digemari oleh orang ramai. Kalau you all nak tau, Mee kari Puan Sri Nisa Bakri lain dari yang lain tau, Kari Kepala Ikan beliau pun lain, tak sama dengan yang dihidang di restoran kari kepala ikan yang lain. Puan Sri Nisa Bakri juga sangat kreatif dalam penyediaan makanan bila dia mencipta Kerabu Kacang Botol dengan buah delima dicampur buah oren dan bunga kantan .. best .. best .. sangat best! Macam-macam lagi idea Puan Sri Nisa Bakri ni .. dia selalu bersemangat bila bercerita tentang bab penyediaan makanan. 


Puan Sri Nisa membuktikan bahawa kita hanya perlu jadi diri sendiri dan pergi jauh dengan cara tersendiri asalkan ada kemahuan dan kesungguhan. Bermula dari sekadar hobi suka memasak untuk jamu sahabat handai, beliau telah membawa jenama nisabakri hingga ke persada antarabangsa.  Segala penat lelah, usaha gigih tanpa kenal jemu dan komitmen yang beliau berikan melayakkan beliau diberi pengiktirafan sebagai salah seorang dari penerima Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok baru-baru ini.


Akhirkata, Misz-ella akhiri blog post khas untuk sahabat baik Misz-ella ini dengan sekeping gambar kenangan kami beramai-ramai meraikan kejayaan Puan Sri Nisa kesayangan kami ini. Tahniah sekali lagi dan semoga terus bersinar membawa nama Malaysia lebih jauh lagi. In sha Allah. Amin. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2019/08/nisabakri-cipta-kejayaan-sekali-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rampasan Dadah 3 667kg Kejayaan Terbesar Jkdm Dan Pdrm

Rampasan Dadah 3 667kg Kejayaan Terbesar Jkdm Dan Pdrm

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 222 hits
NILAI 23 Ogos Rampasan 3 667kg dadah jenis kokain dan ketamin di Selangor dengan nilai keseluruhan RM676 juta 18 Ogos lepas adalah antara kejayaan terbesar Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia setakat ini Ini berdasarkan...
Pembangunan Negara Bergantung Kepada Kejayaan Menangani Isu Sosial

Pembangunan Negara Bergantung Kepada Kejayaan Menangani Isu Sosial

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 164 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Salam Kejayaan Buat Semua Blogger

Salam Kejayaan Buat Semua Blogger

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 173 hits
Apabila saya mula blogwalking ke blog blog rakan rakan seperjuangan dan melihat blog sendiri Sudah lama rasanya saya tidak aktif menulis Alasan sibuk tiada masa dan anak bukanlah alasan yang wajar Yang wajarnya saya sepatutnya lebih berdisi...
Kekuatan Veteran Umno Banyak Membantu Kejayaan Umno

Kekuatan Veteran Umno Banyak Membantu Kejayaan Umno

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 225 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Kerjasama Erat Dan Rapat Malaysia Brunei Kunci Kejayaan Hubungan Dua Hala

Kerjasama Erat Dan Rapat Malaysia Brunei Kunci Kejayaan Hubungan Dua Hala

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 230 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Niat Nak Bahagiakan Ibu Kejayaan Founder Seri Lady Jadi Sumber Inspirasi

Niat Nak Bahagiakan Ibu Kejayaan Founder Seri Lady Jadi Sumber Inspirasi

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 487 hits
Niat Nak Bahagiakan Ibu Kejayaan Founder Seri Lady Jadi Sumber Inspirasi l Assalamualaikum Redha Allah terletak pada redha ibu bapa Bila kedua redha ni dah ada InsyaAllah kebahagiaan dan kejayaan pasti jadi milik kita Hari ni Ana nak share ...
Gagal Kejayaan

Gagal Kejayaan

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 152 hits
GAGAL KEJAYAAN Kebanyakan orang yg GAGAL adalah mereka yg tdk menyadari betapa dekat dirinya dgn titik KEJAYAAN di saat dia memutuskan utk menyerah
Walt Disney Studios Cipta Rekod Catat Kutipan Box Office Sebanyak 8 Billion Dolar Tahun Ini

Walt Disney Studios Cipta Rekod Catat Kutipan Box Office Sebanyak 8 Billion Dolar Tahun Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 329 hits
Ketua Pegawai Eksekutif Disney Bob Iger telah mengumumkan bahawa Walt Disney Studios telah mencapai kutipan sebanyak 8 bilion di pentas box office global tahun ini Kutipan tersebut sekaligus mengatasi rekod kutipan pada tahun 2016 dimana Di...
Boboiboy The Movie 2 Cipta Rekod Filem Tempatan Catat Kutipan Melebihi Rm1 Juta Pada Hari Pembukaan

Boboiboy The Movie 2 Cipta Rekod Filem Tempatan Catat Kutipan Melebihi Rm1 Juta Pada Hari Pembukaan

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 579 hits
Filem animasi terbaru tempatan BoboiBoy The Movie 2 telah mencatatkan rekod kutipan filem animasi tertinggi pada hari pembukaan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1 18 juta Menurut pautan yang dikongsikan laman Instagram rasmi Astro ...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun

Mad Science A Harley Sportster Grand Prix Racer By A Nuclear Chemist