Nikmati Pelbagai Produk Gourmet Terbaik Dari South Australia
Bila bercakap mengenai makanan, pastikan kita akan memilih produk yang terbaik dan bermutu tinggi untuk disajikan buat keluarga tercinta. Tidak kira dari pemilihan bahan-bahan segar hinggalah ke seleksi makanan ringan, semuanya haruslah dari sumber yang dipercayai.
Berita baik buat semua! Inilah masanya untuk anda meneroka pelbagai produk terbaik dari Australia Selatan. Gourmet South Australia membawakan pelbagai produk premium ke Malaysia untuk dicuba dan diteroka menerusi pameran khas di lokasi-lokasi terpilih.
Pameran ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri keenakan serta keunikan produk-produk khas dari Austalia Selatan tanpa perlu terbang jauh ke bumi kanggaru.
Berlangsung dari 23 September hingga 5 Oktober di Isetan KLCC dan Isetan Lot 10, pameran ini juga diadakan di AEON One Utama, AEON Bukit Tinggi dan AEON Queensbay Mall bermula dari 23 September hingga 6 Oktober 2021.
Menerusi pameran ini para pengunjung berpeluang mencuba pelbagai produk Selatan Australia di bawah 14 jenama makanan dan minuman yang sebelum ini belum pernah ada di pasaran tempatan.
Jus buah segar dan jus sayur di bawah label Besa Juice, aneka buah awet dari Peel & Tonic, sos pasta buatan tangan dari Lucia’s Fine Foods, madu asli dari Buzz Honey, tuna dari Dinko Tuna adalah beberapa makanan enak yang menanti pengunjung pameran di Isetan.
Manakala di AEON pula, pengunjung dapat menikmati aneka perisa aiskrim tanpa tenusu dari Gelista, rangkaian oat berkualiti tinggi dari Healthy Garden, tomato dan timun mini premium dari P’Petual, sayuran hijau dari Rainbow Fresh, madu Manuka dan madu asli dari Novafarms, produk badam segar dari Casarosa Almonds, seleksi kerepek jagung dari Nature’s Delight, produk berasaskan kentang yang sihat dari Zerella Fresh, dan juga rangkaian produk berkhasiat dari Healthy Heart’s.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk menerokai keenakan makanan dari Australia Selatan. Semuanya adalah antara yang terbaik dan pastinya memberikan kepuasan berganda.
Produk Gourmet South Australia juga boleh didapati secara atas talian menerusi AEON dan juga Isetan.
The post Nikmati Pelbagai Produk Gourmet Terbaik Dari South Australia appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/09/nikmati-pelbagai-produk-gourmet-terbaik.html