Nikmati Makanan Cina Halal Di Jibby Chow Ss15 Courtyard Subang Jaya


Nikmati Makanan Cina Halal Di Jibby Chow SS15 Courtyard Subang Jaya | 2 minggu lepas, kami sekeluarga macam biasa la akan jalan-jalan cari makan di luar kawasan bila ada kelapangan. Jjcm kami kali ni, kami sepakat nak terjah Jibby Chow yang terletak di SS15 Courtyard Subang Jaya.  Apa yang membuatkan kami teruja nak mencuba makanan di sini, kalau korang nak tahu restoran Jibby Chow menghidangkan makanan cina yang halal. Lepasni kalau tekak teringin nak makan chinese food, bolehlah ke sini

Nikmati Makanan Cina Halal Di Jibby Chow SS15 Courtyard Subang JayaBuat pengetahuan semua, selain restoran Jibby Chow, Jibby & Co serta Jibby East juga merupakan rangkaian restoran di bawah naungan syarikat yang sama iaitu Serai Group.  Tapi di Jibby Chow mereka hanya menghidangkan pelbagai makanan cina halal dan apa yang penting, Restoran Jibby Chow ni mempunyai Sijil Halal yang sah. No worries, so dah tau kan tempat makan yang menarik di Subang Jaya

Di Jibby Chow, terdapat banyak pilihan makanan dan menu yang menarik boleh dipilih. Disebabkan ini adalah makan malam kami sekeluarga, kami sepakat untuk memilih 6 jenis menu masakan dan 2 jenis minuman. Menu yang kami pilih tu sesuai la untuk Thahirah yang tengah ada selera nak makan sekarang ni. Tengok gambar di bawah, dia yang merasmikan dulu hehe

Bila tengok hidangan di atas meja, nampak warna-warni makanan di situ. Bagi mereka yang nak makan nasi, korang boleh memilih sama ada beras wangi, RM3.50 semangkuk atau beras basmathi dengan harga RM4.00 semangkuk

Chow Signature RM30.00Maaf ye nasi kinah tak sempat nak ambik gambar sebab Thahirah nak makan dulu. Buat pengetahuan semua, Chow signature ni adalah hidangan yang patut korang cuba yang mana, hidangan ni digandingkan dengan beras jasmine dan dihidangkan didalam mangkuk Mongolian Style di makan bersama dengan rusuk kambing Australia serta dihiasi dengan kailan Hong Kong dan minyak cili. Serius rasanya sangat sedap, daging dia lembut je dan langsung tak pedas. Korang patut cuba Chow Signature ni bila ke sini

Buffalo Wings In Chilli BBQ and Toasted Sesame RM18.00Menu kedua yang patut korang cuba ialah buffalo wings in chilli bbq and toast sesame. Makan dengan nasi memang mmm walahhhh. Korang jangan salah faham ye, ni bukan kerbau tau. Sebenarnya ni adalah paha ayam. Walaupun ada cili sikit tapi bagi kinah takdela pedas pun. Anak-anak pun boleh makan dan kinah confirm sangat menu buffalo wings menjadi pilihan mereka.  
Clams, Ginger and Chilli In Clear Broth RM13Bagi yang menggemari sup, boleh cuba clams, ginger and chilli in clear broth. Rasanya agak pedas kerana halia tu. Kuantiti lala pun banyak. Memang puas hati kami menghirup sup clams ni. Kalau perut rasa berangin boleh cuba sup clams ni. Memang terbaik..

Siken Tofu, Minced Chicken and Century Egg RM25.00Menu seterusnya ialah Siken Tofu. Dalam menu siken tofu ni, ada tofu, campuran ayam dan juga century egg. Sejujurnya, ini kali pertama kinah mencubanya, dan rasanya pun not bad. Anak-anak pun boleh makan sebab tak pedas langsung. Kalau korang nak tahu, siken tofu ni kinah sorang je yang hadap heheh

Mee Curry RM22.00Bagi peminat mee kari, korang boleh cuba mee kari di Jibby Chow ni. Mee kari di sini bukan biashe biashe ye, sebab portion nya besar. Kinah dengan yop siap kongsi tau. Memang puas makan mee kari Jibby Chow ni. Tengok tu siap ada udang, telur rebus, tofu, kacang panjang dan juga sambal cili. 
Kam Heong and Prawn Fried Rice RM18.00Istimewanya nasi goreng kam heong ni, nasinya menggunakan beras basmathi. Portion nasi goreng ni memang banyak. Rasa dia memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata sebab memang sedap dan cukup rasa. Udangnya pulak besar dan segar. Makan dia saja pun kenyang

Untuk minuman pula, kami sepakat memilih minuman seperti
 Chrysanthemum Chinese Tea RM3.00
Lama dah tak minum teh chrysanthemum ataupun teh bunga seperti ni. Kebiasaannya teh bunga yang biasa kita minum manis sedikit. Tapi tidak chrysanthemum chinese tea ni ye. Umum mengetahui, teh cina tidak mengandungi sebarang gula. So, minuman seperti ni lebih healthy

Kowloon Calamansi RM12.00Minuman kowloon calamansi ni sedap betul, tambah dengan musim panas  yang melanda negara sekarang ni laju je nak menghirup hehe. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa tu calamansi, kalau korang nak tahu calamansi tu limau kasturi. Limau kasturi digandingkan dengan asam boi minum dengan ais memang terbaik la
Overall, kinah memang puas hati makan di Restoran Jibby Chow ni. Walaupun harganya agak mahal, tapi puas hati dengan harga yang kita bayar tu sebab mereka mementingkan kualiti makanan. Kalau ditanya dalam banyak-banyak menu, kinah suka Buffalo Wings, Kam Heong with Prawn Fried Rice dengan Siken Tofu tu. Memang sedap. 
Nak Menang Baucer Makan Di Jibby ChowKinah ada berita baik untuk semua, kinah nak beri korang baucer makan percuma sebanyak RM80.00 setiap seorang di Jibby Chow. Baucer ni tidak ada had pembelian ye. Sekarang, Kinah mencari dua orang yang bertuah sahaja. Bagaimana nak menang

Mudah saja. Hanya Follow blog apekinah.com, Instagram @kinahnazari dan FB page ApekinahdotcomTinggalkan komen "Saya Nak Menang Baucer" pada komen di bawahKalau rajin boleh tag kawan-kawan.
*** Pemenang dipilih berdasarkan random dan akan diumumkan pada 8 Mac 2020 nanti. InsyaAllah
Bagi yang ingin berkunjung ke Jibby Chow, boleh terus ke lokasi mereka
Jibby Chow RestaurantG.02 Ground Floor, SS15.CourtyardJalan SS 15/4d, SS15, 47500Subang Jaya, SelangorWaktu operasi : Dibuka pada setiap hari dari 10.00 pagi - 10 malam
Untuk Maklumat LanjutWebsite https://www.seraigroup.com.myFacebook Page https://www.facebook.com/jibbygroupInstagramhttps://instagram.com/jibbygroup

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2020/03/nikmati-makanan-cina-halal-di-jibby-chow.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Subang Jaya Medical Centre Reopens Emergency Room

Covid 19 Subang Jaya Medical Centre Reopens Emergency Room

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 241 hits
CORONAVIRUS Subang Jaya Medical Centre temporarily closed its emergency room to perform a thorough and extensive terminal cleaning and disinfection after three cases of Covid 19 were reported at the hospital Ramsay Sime Darby Health Care in...
20 Restoren Makanan Halal Di Jepun

20 Restoren Makanan Halal Di Jepun

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 442 hits
Jepun merupakan antara destinasi pelancongan terutamanya daripada Malaysia Majoritinya adalah beragama Islam Jadi mencari makanan halal di Jepun itu pastinya menjadi keutamaan kepada mereka Tetapi tahukah anda sebenarnya jika diamati dengan...
Yang Bestnya Aku Dapat Ludah Makanan Orang Cina Chef Buat Onar Di Hotel Genting Highlands Dipecat Serta Merta

Yang Bestnya Aku Dapat Ludah Makanan Orang Cina Chef Buat Onar Di Hotel Genting Highlands Dipecat Serta Merta

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 830 hits
Yang bestnya aku dapat ludah makanan orang Cina Chef buat onar di hotel Genting Highlands dipecat serta mertaBekerja di bahagian FNB sememangnya bukan mudah lebih lebih lagi jika sesebuah restoran itu merupakan restoran pilihan para pelangg...
2 100 Produk Makanan Berlogo Halal Tidak Diiktiraf Dirampas

2 100 Produk Makanan Berlogo Halal Tidak Diiktiraf Dirampas

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 589 hits
KLANG 10 MAC Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor merampas 2 100 unit produk makanan kerana didapati menggunakan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam satu serbuan hari ini Pengarah...
Pemenang Baucer Makan Di Jibby Chow

Pemenang Baucer Makan Di Jibby Chow

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 458 hits
Pemenang Baucer Makan Di Jibby Chow Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada semua Seperti yang dijanjikan hari ni kinah nak umumkan pemenang baucer makan di Jibby Chow Sepertimana yang korang tahu kinah mencari dua orang pemenan...
Isteri Juara Program Da I Ditahan Polis Menipu Pelanggan Dalam Urusan Sijil Halal Kkm Bagi Produk Jamu

Isteri Juara Program Da I Ditahan Polis Menipu Pelanggan Dalam Urusan Sijil Halal Kkm Bagi Produk Jamu

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 357 hits
Menurut laporan Harian Metro seorang isteri kepada juara program Da i telah ditahan oleh pihak polis di pejabatnya semalam yang terletak di Desa Melawati Kuala Lumpur Alamak Agak agak siapa ya Kalau korang nak tahu isteri Da i tersebut dita...
Menipu Dalam Urusan Sijil Halal Amp Kkm Untuk Produk Jamu Isteri Juara Program Da I Ditahan Polis

Menipu Dalam Urusan Sijil Halal Amp Kkm Untuk Produk Jamu Isteri Juara Program Da I Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 353 hits
Seorang wanita berusia 40 tahun yang juga merupakan isteri kepada juara program Da i ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati Kuala Lumpur semalam selepas dipercayai menipu seorang pelanggan Wanita itu ditahan berikutan laporan polis di...
Isteri Da I Farhan Didakwa Menipu Wang Untuk Dapatkan Sijil Halal

Isteri Da I Farhan Didakwa Menipu Wang Untuk Dapatkan Sijil Halal

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 270 hits
ISTERI juara program Da i musim kedua dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menipu seorang wanita Noorainul Naqim Mohd Radzi 40 yang juga isteri kepada Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad bagaimanapun mengaku tidak be...
7 Poin Pernyataan Amp Terkait Penembakan 2 Warga Sipil Di Intan Jaya

7 Poin Pernyataan Amp Terkait Penembakan 2 Warga Sipil Di Intan Jaya

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 249 hits
Negara Bertanggung Jawab Atas Tentara Indonesia Menembak Mati 2 Warga Sipil di Intan Jaya Aliansi Mahasiswa PapuaPernyataan SikapAparat Indonesia telah menembak mati dua warga sipil di Kab Intan Jaya Papua pada 18 Februari 2020 Selain dua w...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense