Nikmati Kelazatan Oligo Sambil Berkongsi Kegembiraan Bersama
Nikmati Kelazatan Oligo Sambil Berkongsi Kegembiraan Bersama
Syarikat Power Root Sdn Bhd melancarkan kempen dan sumbangan dalam usaha membantu misi kemanusiaan penduduk Gaza. Sumbangan bernilai RM250K telah disalurkan ke Gaza melalui Media Prima dan Bulan Sabit Merah UAE.
Alhamdulillah, semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu penduduk Gaza meneruskan kehidupan seharian mereka. Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, jom sama sama kita tunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi, solidariti kita untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza
Bagaimana kita sebagai Rakyat Malaysia dapat membantu. Dengan setiap pembelian produk keluaran Power Root Sdn Bhd iaitu Oligo serbuk, korang dapat menyumbang sebanyak RM0.50, dan untuk produk sedia diminum korang dapat menyumbang sebanyak RM0.10 ke bantuan solidariti ini. Power Root akan membuat sumbangan berdasarkan setiap unit yang terjual.
Jadi apa tunggu lagi, sama sama kita membeli agar dapat menyumbang dalam membantu meringankan beban rakyat Palestin.
Semoga dengan adanya kempen dan sumbangan seperti ini akan dapat mengumpul bantuan yang lebih besar kepada penduduk Gaza sekali gus menyatakan solidariti kita bersama mereka. InsyaAllah.
Jumlah sumbangan sehingga 17 Mac 2024 adalah sebanyak RM303,229
Ceria Gembira Nikmati Bersama
♫♪ Oligo Coco minuman yang hebat. Ceria gembira nikmati bersama. Oligo Coco, Oligo Coco. Panas dan sejuk menjadi hidangan. Lazat diminum bersama tersayang. Oligo Oligo .. Oligo Coco ♫♪♫♫♪♫♫♪♫. Ceria gembira nikmati bersama.
Ada yang tengah nyanyi ke tu? Dulu KakYa selalu dengar lagu Oligo ni kat radio dan jugak televisyen. Setiap kali dengar, auto KakYa akan nyanyi sama. Siapa ingat lagu ni, dia legend .. Hahaha.. Lirik yang santai dan mudah untuk di ingat ini, menjadi siulan kanak kanak dan orang dewasa.
Oligo sepertimana yang kita maklum adalah salah satu produk minuman malt coklat 100% Halal buatan Malaysia yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia kerana ianya produk yang lazat serta kaya dengan nutrien yang berkhasiat. Sangat sesuai untuk kanak kanak dan juga dewasa. Paling penting produk ni Halal.
Oligo Minuman Coklat Berkhasiat Untuk Berbuka Puasa Dan Bersahur
Bulan puasa kalini KakYa dan family memilih Oligo untuk kami kekal bertenaga sepanjang puasa. Nak kekal bertenaga kenalah ambil Oligo. Waktu berbuka boleh minum sejuk dan waktu bersahur boleh di minum panas.
Bersama Dato' Azizul Hasni Awang, Pelumba Basikal Negara dan Duta Oligo
Oligo adalah minuman coklat berkhasiat dan padat dengan kebaikan sekaligus menjadikan korang cergas setiap hari. Oligo diperbuat daripada Koko Belgium, malt dan juga susu dengan rasa coklat yang sedap dan lazat serta diperkaya dengan Oligofruktosa, sejenis prebiotik yang dapat membantu meningkatkan sistem pencernaan dan mengurangkan sembelit.
Selain daripada itu, Oligo minuman malt coklat ini turut mengandungi kalsium untuk membina tulang yang kuat dan sihat serta berperanan memastikan peredaran darah yang baik.
Minuman coklat yang lazat ini mengandungi Vitamin B5 dan B12 bagi membantu korang untuk lebih bertenaga sepanjang hari. Jadi kalau korang nak rasa lebih bertenaga sepanjang berpuasa, apakata korang cuba Oligo. Bagi korang yang belum tahu KakYa nak warwarkan kat sini, Oligo malt coklat ini di datangkan dalam 6 variasi iaitu;
• Oligo 3 In 1• Oligo 950gram Refill Pack• Oligo Calcium 200ml• Oligo Calcium 240ml• Oligo Protein 240ml• Oligo Instant Cup
Banyak variasi untuk korang pilih ikut citarasa korang. Untuk KakYa dan family, kalau keluar jalan jalan KakYa lebih suka beli yang dalam tin atau kotak. Senang nak minum, bukak jer terus minum. Kalau kat rumah, KakYa selesa beli Oligo 950gram Refill Pack. Bancuh jer time nak minum.
Oligo boleh dibeli di pasaraya berdekatan dengan korang atau kalau korang rasa cam malas nak keluar rumah, boleh jer beli secara online.
Untuk info lanjut mengenai Oligo, sila layari laman tertera;
Website: https://oligo.com.my/Facebook: https://www.facebook.com/oligomalaysia/Instagram: https://www.instagram.com/oligomalaysia/?hl=enTiktok: https://www.tiktok.com/@oligomalaysia
Ok sekian dulu perkongsian KakYa untuk kali ini. Selamat berbuka puasa dan bersahur sahabat semua. Jangan lupa berbuka dan bersahur bersama Oligo untuk tenaga berpanjangan sepanjang bulan puasa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2024/03/nikmati-kelazatan-oligo-sambil-berkongsi-kegembiraan-bersama.html