Pencinta hidangan itik yang telah lama mengidam hidangan itik Peking yang lazat ini harus bersedia kerana dalam bulan Oktober, chef-chef di Restoran Zuan Yuan dan pasukannya akan mempamerkan hidangan istimewa ini dalam pelbagai gaya masakan yang menyelerakan! Yang penting, restoran ini mempunyai sijil halal! Tak sabar nak mencuba daging itik yang dimasak garing dengan isi yang lembut?
Terdapat lima hidangan dalam menu untuk dipilih – Nasi Goreng dengan Daging Itik Cincang dan Sos Cili Szechuan, Mi Telur dan Daging Itik yang Dicarik, Hidangan Goreng Wok dengan Kacang Hitam atau Garden Green, Daung Bawang dan Halia serta Bawang Putih Emas dan Lobak Merah Rangup.
Sudah kah kami buat anda makin berselera dan teruja? Cepat, menu promosi khas ini hanya berlangsung dari 1 hingga 31 Oktober 2018. Ia berharga dari RM98.00 untuk setiap hidangan dengan seekor itik dan boleh dinikmati untuk makan tengahari dari jam 12.00 hingga 2.30 petang atau untuk makan malam dari 6.00 malam hingga 10.30 malam.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |