Nik Safiah Karim Bunga Bahasa Negara


 


Bunga Bahasa NegaraOleh Dr. Naza Sani AgusAnugerah Profesor Emeritus kepada Nik Safiah Karim, iaitu gelaran paling berprestij yang diterima daripada Universiti Malaya pada tahun 2004 memang layak disandang oleh beliau.  Sumbangan yang telah beliau berikan sepanjang dan selepas bergelar penjawat awam bermula dari tahun 1963 hingga 1994 tidak terhitung terhadap pemartabatan bahasa Melayu dan perjuangan hak wanita.
Ibarat permata yang sentiasa menyinar, beliau antara wanita ulung yang menjadi Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dari tahun 2006 hingga 2016. Malahan beliau juga antara wanita yang menduduki Kursi Pengajian Melayu di universiti ternama dunia.
Usia tidak pernah menoktahkan keghairahan menulis kerana pena dan kertas telah sebati dalam diri dan merupakan kebahagiaan buat beliau. Minat terhadap penulisan yang berputik sewaktu zaman kanak-kanak lagi dan terus mekar semarak sehingga kini. Buktinya selepas bersara pada tahun 1994, beliau menghasilkan tidak kurang daripada 10 buah buku karya asli dan beberapa buah buku yang diedit. Di samping itu, sebagai Profesor Emeritus, beliau turut menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah dan bertugas sebagai penasihat bahasa di beberapa buah kolej.
Ketokohan beliau dalam bidang Pengajian Melayu terutamanya Linguistik Melayu membuktikan jantina dan latar belakang pendidikan bukan penentu masa depan seseorang.  Benarlah kata pepatah Melayu di mana ada kemahuan, di sana ada jalan kerana usaha dan keinginan menjadi faktor penting dalam kejayaan beliau.
Beliau merupakan anak perempuan bongsu kepada Nik Mas dan Abdul Karim di kampung Banggol, Kota Bharu yang dilahirkan 82 tahun lalu pada era 30-an.  Sebagai anak desa, bergelumang dengan kebun getah dan kebun pisang adalah perkara biasa tetapi yang luar biasanya ialah membaca tetap merupakan hobi beliau.  Buku yang tersusun rapi di almari kepunyaan ayahnya Abdul Karim menjadi santapan beliau saban hari.
Personaliti beliau menyerlah dengan keindahan budi pekerti, santun peribadi dan pandai menghargai orang tua. Sebagai bukti, beliau tidak lupa mengirimkan sebahagian wang gaji kepada orang tuanya setiap bulan.  Maka slogan “Budi Bahasa Budaya Kita” yang dicipta beliau telah menjadi ikutan generasi kini dalam memupuk nilai-nilai murni serta semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Melakar sejarah sebagai pengasas dan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia selama 18 tahun, Nik Safiah Karim telah menghasilkan tidak kurang daripada 30 buah buku tentang bahasa Melayu dan menjadi rujukan sehingga kini. Kepakaran beliau dalam ilmu linguistik dan bahasa Melayu diiktiraf merentas negara. Pengiktirafan ini sangat bererti kerana beliau menjadi rujukan kepada negara Singapura dan Brunei dalam menghasilkan buku teks.
Bagaimanapun, sebelum menjadi individu yang hebat dan disegani dalam dunia akademik, Nik Safiah Karim mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk sampai ke tahap tersebut. Banyak pengorbanan dan kepayahan perlu ditempuhinya sebelum tugu kejayaan erat dalam genggaman.  Namun berbekalkan prinsip apa yang disemai itulah yang bakal dituai, beliau terus komited menabur bakti.
SUMBER INSPIRASI ALAM PENDIDIKAN
Berbeza dengan dunia artis yang nama mereka boleh meletup sekelip mata tanpa tahu dari mana asal-usulnya, Nama besar Nik Safiah Karim dalam dunia pendidikan tidak datang dengan serta-merta tetapi beliau bertatih dari bawah. Mantan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya ini lahir dalam keluarga ulama yang mementingkan pendidikan. Hal tersebut merupakan anugerah yang amat disyukuri.  Beliau dibesarkan dalam suasana didikan agama tetapi menikmati alam persekolahan di sekolah aliran biasa, iaitu Government Girls English School yang kemudiannya ditukarkan nama kepada Sekolah Rendah Zainab.
Daripada didikan ayahnya, Nik Safiah Karim banyak belajar tentang agama dan pandangan keislaman secara tidak formal dan sehingga saat ini beliau tetap dengan pandangan Islam. Lalu dari mana beliau belajar tentang ilmu pendidikan sehingga beliau menjadi seorang pendidik yang berprestasi?
Bibit kecemerlangan Nik Safiah Karim mulai terserlah apabila mendapat tawaran memasuki Malay Girls College di Kuala Lumpur pada tahun 1953. Senario ketika itu agak menakjubkan apabila pelajar dari Kelantan merantau ke negeri lain untuk melanjutkan pelajaran.  Pengajian diteruskan ke tingkatan enam di St. Francis Institution, Melaka dalam aliran sastera.  Kerana minat, beliau memilih mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris, Geografi dan Sejarah semasa menduduki peperiksaan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1959.
Universiti Malaya merupakan pelabuhan ilmu seterusnya buat beliau pada tahun 1960 dalam bidang Ekonomi. Tahun kedua, beliau memilih untuk membuat pengkhususan dalam bidang Pengajian Melayu. Dari situlah minat beliau terhadap linguistik Melayu bercambah. Nik Safiah Karim menamatkan pengajiannya pada tahun 1963 dengan menggenggam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Melayu.
Majlis konvokesyen yang diadakan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur merupakan saat indah dalam perjalanan ilmu beliau kerana menerima ijazah daripada Canselor Universiti Malaya ketika itu, iaitu Tunku Abdul Rahman. Jiwa terasa terbang, berbunga-bunga ketika graduan berarak ke pentas sambil lagu From Dawn to Darkness dialunkan. Seorang wanita yang menerima ijazah pada masa itu adalah sesuatu yang luar biasa dan dapat dibanggakan kerana tidak ramai mendapat pendidikan tinggi di universiti.
Kembara ilmu Nik Safiah Karim tidak terhenti setakat itu, beliau telah menerima tawaran menyambung pengajian pada peringkat sarjana. Seterusnya, beliau dilantik menjadi tutor di Universiti Malaya sebelum menjadi pensyarah. Sebaik selesai menyiapkan kajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Sastera, beliau bertuah kerana terus dilantik sebagai pensyarah di Universiti Malaya.
Menurut Nik Safiah Karim, sepanjang menjadi pensyarah di Universiti Malaya selama hampir 10 tahun, beliau mungkin sudah boleh berasa selesa dan tidak perlu menyambung pengajian ke peringkat kedoktoran. Namun, atas sebab cintakan ilmu, beliau berasa perlu memiliki gelaran doktor (PhD) dan Amerika Syarikat menjadi destinasi melanjutkan pengajian kerana ilmu linguistik di negara tersebut lebih maju berbanding dengan negara lain.
Aliran pemikiran yang berpengaruh pada tahun 1960-an dan 1970-an ialah transformasi-generatif. Aliran tersebut dimulakan seorang ahli bahasa di Massachussetts Institute of Technology bernama Noam Chomsky dan perkembangan aliran tersebut berlaku dengan pesat sehingga banyak sarjana yang ingin mendalami bidang tersebut dan berhijrah ke Amerika Syarikat.
Hasrat beliau untuk menyambung pengajian di negara orang disokong oleh suaminya, Mohd Zain Omar yang ketika itu berkhidmat sebagai pensyarah ITM Shah Alam (kini UiTM Shah Alam). Malahan suami beliau turut bersetuju untuk menyambung pendidikan peringkat sarjana dalam bidang pentadbiran pendidikan.
Akhirnya, Universiti Ohio menerima mereka suami isteri. Mereka berlepas ke Ohio pada tahun 1972 bersama-sama dua orang anak mereka. Pengalaman menimba ilmu di Amerika Syarikat tidak dapat dilupakan dan antara kenangan indah apabila kegembiraan menimba ilmu dan pulang membawa segulung ijazah kedoktoran Linguistik Transformasi Generatif.
Begitulah hebatnya liku-liku perjalanan hidup pejuang bahasa Profesor  Emeritus Dato’ Dr. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim. Perjuangan beliau mendakap ilmu demi memartabatkan bahasa Melayu menjadi sumber inspirasi dalam dunia pendidikan yang penuh warna-warni. Namun begitu, beliau tetap kukuh ibarat karang di dasar lautan yang tidak pernah berubah walau diterjah gelombang gagah.
klikweb




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mimbarkata.blogspot.com/2023/01/nik-safiah-karim-bunga-bahasa-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Pernah Terima Ancaman Bunuh Kata Ketua Hakim Negara

Saya Pernah Terima Ancaman Bunuh Kata Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 129 hits
freemalaysiatoday com January 9 2023 7 00 PMTengku Maimun Tuan Mat berkata dalam kes melibatkan tokoh tertentu komen yang ditujukan kepada badan kehakiman agak keterlaluan berat sebelah dan berbaur politik PUTRAJAYA Ketua Hakim Negara Tengk...
Ketua Hakim Negara Dedah Cubaan Takut Takutkan Badan Kehakiman

Ketua Hakim Negara Dedah Cubaan Takut Takutkan Badan Kehakiman

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 135 hits
Hidir Reduan Abdul RashidKetua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat bersuara menentang percubaan pihak tertentu untuk menakut nakutkan badan kehakiman dalam kes politik yang dibicarakan tahun lepas Semasa ucapan pada Tahun Pembukaan Tahun Un...
Wanting To Clear His Name The Edge Owner Tells Former Bank Negara Assistant Governor To Withdraw 1999 Sd

Wanting To Clear His Name The Edge Owner Tells Former Bank Negara Assistant Governor To Withdraw 1999 Sd

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 82 hits
Tan Sri Tong Kooi Ong wants former Bank Negara assistant governor Datuk Abdul Khalid Murad to withdraw the statutory declaration he made back in 1999 where he accused the former of hiding billions of ringgit in master accounts belonging to ...
Masih Harga Berbaloi Tiket Masuk Ke Zoo Negara Cipta Memori Indah Bersama Anak Anak

Masih Harga Berbaloi Tiket Masuk Ke Zoo Negara Cipta Memori Indah Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 147 hits
Pengalaman bersama anak anak dan suami pergi ke Zoo Negara Ikutkan saya tidak mahu pergi ke Zoo Negara apabila memikirkan harga tiket masuk ke Zoo Negara yang agak mahal bagi saya yang kurang berkemampuan Namun lain pula jadinya semuanya ti...
Kejagung Kerugian Negara Akibat Korupsi Rp144 2 Triliun Dan Usd61 9 Juta Selama 2022

Kejagung Kerugian Negara Akibat Korupsi Rp144 2 Triliun Dan Usd61 9 Juta Selama 2022

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 125 hits
Jaksa Agung Muda Tindak Pidana Khusus Kejaksaan Agung Febrie Adriansyah memaparkan capaian kinerja jajarannya di sepanjang tahun 2022 dalam penanganan kasus korupsi dan penyelamatan kerugian keuangan negara
Kerugian Negara Dalam Perkara Korupsi Harus Pasti Tidak Boleh Hanya Ditafsirkan

Kerugian Negara Dalam Perkara Korupsi Harus Pasti Tidak Boleh Hanya Ditafsirkan

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 127 hits
Agus juga menjelaskan bahwa konteks perbuatan melawan hukum haruslah ada niat perbuatan melakukan pidana atau mens rea
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live