Nik Omar Serah Hak Urus Sekolah Agama Milik Keluarga Pada Kerajaan Kelantan


Minda Rakyat


PETALING JAYA: Isu perebutan Maahad Darul Anuar (Mada) yang diasaskan keluarga Datuk Nik Aziz Nik Mat selesai, selepas anak sulung lelaki bekas mursyidul am PAS itu, Nik Omar menyerahkan hak pengurusan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) di bawah kerajaan negeri.

Majlis penyerahan hak pengurusan itu berlangsung hari ini, di mana penasihat pengurusan Mada, Nik Azam Nik Wajis mewakili Nik Omar sebagai pengerusi lembaga pengarah sekolah berkenaan.

“Alhamdulillah, kemelut selesai dengan baik. Semoga semua diberkati Allah. Selamat maju jaya Maahad Darul Anuar,” kata adik Nik Omar yang juga Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh hari ini.

Mada ialah sekolah agama di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, yang diasaskan bapa Nik Aziz, Nik Mat Raja Banjar pada 1963 dan dikendalikan YIK sehingga 2008.

Nik Omar dilantik sebagai pengetua untuk menguruskan Mada selaku sekolah swasta sejak 2008, tetapi kemelut tercetus selepas beliau meninggalkan PAS dan menjadi calon Amanah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka pada pilihan raya umum ke-14.

Tindakannya itu menyebabkan keluarga Nik Aziz dikenali sebagai Keluarga Besar Nikmatillah yang mendakwa ialah pemegang amanah sekolah itu, mengemukakan permohonan kepada YIK untuk mengambil alih pengurusan Mada, 4 Oktober lalu.

Nik Omar sebelum ini dilaporkan mendakwa ada pihak cuba mengucar-kacirkan pengurusan sekolah itu.

Dalam surat kepada YIK bertarikh 18 Oktober lalu, Nik Omar berkata, ahli lembaga pengarah ialah satu-satunya badan berdaftar dengan Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dan pentadbiran Mada.


Nik Hamdi Abdul Ghani (2 dari kanan) bersalam dengan Nik Azam 
Nik Wajis (2 dari kiri) yang mewakil Nik Omar sambil disaksikan 
Nik Din Nik Mat (tengah, berkaca mata) pada sesi penyerahan hak 
pengurusan Maahad Darul Anuar kepada Yayasan Islam Kelantan, hari ini.

Ahli Jawatankuasa Keluarga Besar Nikmatillah, Nik Din Nik Mat berkata, YIK dengan persetujuan keluarga itu melantik Nik Hamdi Abdul Ghani sebagai pengetua baru Mada, menggantikan Nik Omar yang kini dilantik sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) oleh kerajaan pusat.

“Proses pengambilalihan Mada oleh YIK berjalan dengan baik dan sangat harmoni.

“Pihak Nik Omar menyerahkan pengurusan sekolah kepada YIK, jadi tidak ada lagi isu berbangkit, Nik Omar juga tidak ganggu pengurusan YIK,” kata adik Nik Aziz itu.

Sementara itu, Nik Hamdi berkata, hampir 100 permohonan diterima Mada daripada pelajar baru tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun depan.

Katanya, guru di bawah pengurusan lama Mada sudah dipanggil untuk sesi temuduga dan mereka yang dipilih YIK mempunyai tauliah sama dengan sekolah agama lain di Kelantan.

“Pelajar lama akan diserap terus, jika mereka mahu kekal belajar di sana,” katanya sambil memaklumkan sekolah itu menyediakan asrama kepada pelajarnya.

“Terima kasih kepada pengurusan lama, saya harap Mada dapat meneruskan kegemilangan, kecemerlangan pelajar, baik dari segi akademik mahupun akhlak.”

Bekas pelajar sokong YIK kembali urus Mada

Beberapa bekas pelajar Mada menyambut baik keputusan YIK mengambil alih pengurusan Mada.

“Kama harap Mada kembali meriah seperti dahulu, di mana ribuan pelajar menimba ilmu di sana ketika di bawah YIK sebelum ini, persekitaran sekolah juga meriah,” kata bekas pelajar yang hanya dikenali sebagai Mohd Hafiz.

Seorang lagi bekas pelajar, Abdul Malek berharap YIK dapat menghidupkan kembali suasana di Mada yang seakan-akan “mati” di bawah pengurusan terdahulu.

“Sejak Mada tidak berada di bawah YIK selepas 2008 dan berada di bawah kendalian Nik Omar sebagai sekolah swasta, keadaan struktur sekolah terbiar, pelajar juga tidak ramai, guru-guru berkurangan, persekitaran sekolah juga sepi seakan mati, bilik darjah rosak, asrama tidak berpenghuni.

“Dulu, ketika Mada berada di bawah YIK, suasana hidup setiap kali kuliah Maghrib pada Rabu dan Khamis, kuliah subuh setiap Jumaat, persekitaran masjid dipenuhi pelajar dan orang luar.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/nik-omar-serah-hak-urus-sekolah-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Wajar Kerajaan Rombak Subjek Agama Di Sekolah Kebangsaan Kata Puteri Umno

Tidak Wajar Kerajaan Rombak Subjek Agama Di Sekolah Kebangsaan Kata Puteri Umno

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 325 hits
Cadangan atau keputusan kerajaan membabitkan rombakan kurikulum berkaitan subjek Agama amat tidak wajar kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Zahida Zarik Khan Beliau berkata dalam kehidupan manusiawi perlu ada keseimbangan antara duniawi dan u...
Isu Subjek Agama Di Sekolah Iguru Selar Dr M

Isu Subjek Agama Di Sekolah Iguru Selar Dr M

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 305 hits
Diterbitkan 24 Dis 2018 12 49 tengah hariIkatan Guru guru Muslim Malaysia menyelar kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan sekolah kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama Presidennya Azizee Hassan berkata kenyat...
4750 Harga Barang Sekolah Kerajaan Perlu Campur Tangan Sinar 23 12 18

4750 Harga Barang Sekolah Kerajaan Perlu Campur Tangan Sinar 23 12 18

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 372 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia berpendapat kerajaan perlu campur tangan dalam memastikan harga barangan persekolahan kekal relevan Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan mencadangkan kerajaan membeli barangan persekolahan secara p...
Kerajaan P Pinang Akan Atasi Masalah Banjir 3 Sekolah

Kerajaan P Pinang Akan Atasi Masalah Banjir 3 Sekolah

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 359 hits
Kerajaan P Pinang akan atasi masalah banjir 3 sekolahPosted By on December 28 2018Kerajaan Pulau Pinang sedia mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda tiga buah sekolah di Mak Mandin setiap kali berlaku hujan lebat Adun Bagan Jerm...
Semak Semula Kurikulum Sekolah Belajar Agama Islam Mungkin Cukup Sekali Seminggu Dr Mahathir

Semak Semula Kurikulum Sekolah Belajar Agama Islam Mungkin Cukup Sekali Seminggu Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengingatkan rakyat mengenai kepentingan menguasai Bahasa Inggeris bagi menimba ilmu pengetahuan Saya ingin mengingatkan setiap orang Bahasa Inggeris bukan hanya untuk orang En...
Tindakan Ceroboh Maahad Darul Anuar Tidak Berakhlak Dan Beretika Kata Nik Omar

Tindakan Ceroboh Maahad Darul Anuar Tidak Berakhlak Dan Beretika Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 425 hits
MALAYSIA DATELINE Pengerusi Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz amat dukacita dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menceroboh maahad berkenaan secara tidak beretika dan berakhlak awal pagi tadi Kata beliau...
Sekolah Kebangsaan Sudah Jadi Sekolah Agama Tun Mahathir

Sekolah Kebangsaan Sudah Jadi Sekolah Agama Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 339 hits
AHMAD MUSTAKIM ZULKIFLI 21 Disember 2018 11 05 PM KUALA LUMPUR Sekolah kebangsaan sudah menjadi sekolah agama kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana M
Pm Kurikulum Sekolah Akan Dirombak Tumpuan Bukan Pada Agama Saja

Pm Kurikulum Sekolah Akan Dirombak Tumpuan Bukan Pada Agama Saja

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 299 hits
Diterbitkan 22 Dis 2018 12 54 tengah malamKurikulum sekolah kebangsaan akan diubahsuai bagi memberi lebih masa kepada mata pelajaran yang berguna dan tidak bertumpu kepada pembelajaran agama semata mata kata Perdana Menteri Dr Mahathir Moha...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Persiapan Kejohanan Merentas Desa

Ayu Damit Feat Emeer Bakri Cukup Kita Chord

70 Patriotic 4th Of July Crafts That Will Spark Joy And Creativity This Independence Day

Norza Leaves Bam On A High

Experts Public Deserves Answers On High Profile Macc Probes

Tempoh Gajah Mengandung