Nik Omar Jangan Percaya Dakyah Islam Terancam Ia Hanya Agenda Politik


Tanggapan bahawa kedudukan Islam terancam di bawah pentadbiran PH didakwa sengaja diwujudkan untuk memainkan sentimen agar imej kerajaan persekutuan buruk, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Isu berkenaan juga, katanya, sengaja dibesar-besarkan untuk menarik sokongan rakyat kepada pihak pengkritik dan menampakkan mereka sebagai parti yang kuat.

"Dalam politik kita memang nak parti kita kuat, tetapi (untuk menguatkan part) jangan sampai ke peringkat mengada-adakan benda yang tak ada. Dalam sudut agama perkara ini dilarang, dan ia tidak menguntungkan negara," katanya.
Anak kepada bekas menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, keutamaan rakyat negara ini seharusnya ditumpukan kepada negara, bukan parti atau politik kepartian.

Nik Omar berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program Makan Colek dan Santai Ramadan di Kota Bharu, semalam.

Terdahulu, isu Islam terancam diketengahkan oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya, dengan memberikan markah "kosong peratus" terhadap prestasi pemerkasaan Islam oleh kerajaan PH.


Tak macam dulu

Pada 4 Mei lalu, Isma melalui Gerakan Pembela Ummah menganjurkan himpunan "mempertahankan kedaulatan Islam" di ibu negara atas alasan Islam sekarang terancam.

Perhimpunan itu turut melibatkan pemimpin pembangkang termasuk PAS dan Umno.

Bagaimanapun selepas itu NGO itu menganjurkan program keagamaan dengan kerjasama agensi kerajaan PH di Selangor.

Majlis itu ialah tadarus dan khatam al-Quran anjuran Biro Wanita Isma Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Namun, Aminuddin tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Islam terancam di bawah PH meski pun pentadbiran baru memberikan ruang kepada pertubuhan itu untuk menganjurkan program dengan kerjasama agensi kerajaan.

Sementara itu Nik Omar menjelaskan, isu tersebut dimainkan untuk membentuk persepsi negatif terhadap PH walaupun pada hakikatnya keadaan adalah sebaliknya.

"Sebenarnya tak ada masalah, bahkan pada tahun pertama lagi kerajaan PH beri peruntukan tambahan (untuk kegiatan Islam) lebih kurang RM100 juta."Takdirnya, saya juga terlibat dalam pengurusan negara, diberi amanah urus satu agensi di bawah seliaan menteri hal ehwal agama dan kita lihat macam mana (keadaan sekarang)."Contoh paling ketara, sumbangan bertambah kepada institusi pendidikan sama ada sekolah tahfiz swasta atau pondok seluruh Malaysia - itu pun sudah memberikan gambaran betapa pembangunan Islam diberi tumpuan," katanya.
Nik Omar berkata isu tersebut mungkin terserlah susulan kerajaan memberi ruang lebih terbuka terhadap kebebasan media.

"Maka individu, organisasi diberi peluang, hatta kita tengok beberapa kali perhimpunan diadakan tanpa gangguan, jauh berbeza pengurusan kerajaan sebelum ini," katanya.
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/05/nik-omar-jangan-percaya-dakyah-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Islam Terancam Jangan Adakan Benda Tak Ada Kata Nik Omar

Islam Terancam Jangan Adakan Benda Tak Ada Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 364 hits
Kata pemimpin Yadim itu isu tersebut diuar uarkan pihak tertentu antara lain untuk menunjukkan mereka kuat dan dapat sokongan ramai
Umat Islam Perlu Lebih Memahami Intipati Al Quran Berbanding Ritual Kata Nik Omar

Umat Islam Perlu Lebih Memahami Intipati Al Quran Berbanding Ritual Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 444 hits
Umat Islam perlu sedar tentang pentingnya penghayatan terhadap pesanan yang terkandung dalam al Quran dan sunnah Nabi berbanding melaksanakan ritual keagamaan itu tanpa disertai dengan pemahaman Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysi...
Islam Terancam Ini Di Tengah Bandaraya Kalau Masjid Lain Boleh Ke Penang

Islam Terancam Ini Di Tengah Bandaraya Kalau Masjid Lain Boleh Ke Penang

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 473 hits
TERAWIH MALAM PERTAMA MASJID NEGERI PULAU PINANG menyaksikan A JEMAAH MUSLIMIN12 Shaf B JEMAAH MUSLIMATTingkat Bawah14 Shaf Tingkat AtasHampir C JUMLAH KESELURUHAN3160 JEMAAH SOLATSepanjang Bulan Ramadan Masjid Negeri Menyediakan 1 Pusat As...
Indef Pertumbuhan Ekonomi Ri Hanya 5 Persen Jangan Salahkan Perang Dagang

Indef Pertumbuhan Ekonomi Ri Hanya 5 Persen Jangan Salahkan Perang Dagang

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 274 hits
Faktor internal di dalam negeri lebih berperan terhadap pertumbuhan ekonomi negara dibanding faktor eksternal seperti tendensi perang dagang
Islam Terancam Dibawah Barisan Nasional Ini Buktinya

Islam Terancam Dibawah Barisan Nasional Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 481 hits
DOKUMEN IKSIM MAKAN DUIT ZAKAToleh Ustaz Abu Hafiz Salleh HudinKetika ada sahabat menghantar laporan media berkenaan dengan IKSIM saya agak emosi bila menerima salinan dokumen ini Geram dan marah dahulu timbul kembali setelah berbulan dimak...
Politik Melayu Islam Jaminan Masa Depan Umno

Politik Melayu Islam Jaminan Masa Depan Umno

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 463 hits
Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun UMNO ke 73 dan Majlis Berbuka Puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZILKUALA LUMPUR...
Ekstremisme Politik Islam Membimbangkan

Ekstremisme Politik Islam Membimbangkan

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 433 hits
MOHD ARIF JUHANI Minggu lalu gempar di media sosial apabila pelaku dalam kes bakar kereta Mufti Perlis dikatakan merupakan anggota jabatan di bawah sebuah parti politik Islam Malaysia Punca perbuatan jenayah itu pula dikatakan rentetan isu ...
Lemhannas Sebut Jangan Sampai People Power Untuk Kepentingan Politik

Lemhannas Sebut Jangan Sampai People Power Untuk Kepentingan Politik

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 266 hits
Menurutnya positive people dan positive power akan meningkatkan pemahaman orang atas apa yang harus mereka siapkan untuk masa depan Jangan sampai ada terjun ke dunia yang tidak mereka tahu sehingga hanya menjadi follower
Sentimen Melayu Islam Terancam Mainan Parti Kalah Cuba Tutup Kesalahan

Sentimen Melayu Islam Terancam Mainan Parti Kalah Cuba Tutup Kesalahan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Tindakan blok pembangkang memainkan sentimen agama Islam dan hak Melayu yang kononnya terancam di bawah pentadbiran Pakatan Harapan didakwa bertujuan menyelamatkan diri daripada kesilapan lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mo...
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Market Trends To Shape Your Business

Why Choosing The Right Patent Illustration Services Can Make Or Break Your Application

Man United Setuju Harga Lammens Bakal Cabar Onana

12 Maut Empat Hilang Jambatan Runtuh Di China Utusan Malaysia

Ribuan Warga Sumanep Diserang Campak Ragut 17 Nyawa Siakap Keli

Apakah Pas Pasti