Nik Abduh Perlu Memahami Perasaan Kenapa Netizen Bertukar Menjadi Anti Rohingya


Amat mudah untuk berkata-kata, tetapi amat sukar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Hanya mampu mendiamkan diri dan berharap perkara tersebut akan reda dengan sendiri. Tanpa disedari ia ibarat bom jangka yang bakal meletus pada bila-bila masa. 
Apakah sebelum ini rakyat malaysia membantah dan memboikot kedatangan rohingya. Sama sekali tidak, malah ramai mengalukan untuk membantu. Tetapi setelah bertahun lamanya, puak rohingya ibarat lupa daratan dan lupa segala jasa baik orang melayu yang membenarkan mereka tinggal dimalaysia. Apa yang rakyat malaysia harapkan hanya penyelesaian terhadap pelarian rohingya dan pendatang asing lain yang memasuki malaysia yang dilihat secara tidak terkawal. 
Kita mahu malaysia dibangunkan dengan cara malaysia, mereka yang mahu tinggal disini mestilah belajar dan memahami serta bergaul cara malaysia yang kepelbagaian kaum. 
Tidak salah nik abduh mahu mententeramkan rakyat malaysia daripada berterusan anti-rohingya. Tetapi sebagai parti kerajaan pada hari ini, rakyat mahukan penjelasan, tindakan yang akan diambil bago membendung gerombolan pendatang pelarian asing yang akhirnya memberi tekanan kepada sosio kesejahteraan masyarakat malaysia


Tulisan Nik Abduh | Ramadhan Untuk Rohingya
Dua hari lepas, saya menulis pendek untuk bangsa Rohingya yang berada di Malaysia sebagai pelarian yang dihalau, ditindas dan dibunuh di negara sendiri, Myanmar

Hujan dan udara sejuk awal bulan Ramadhan nampaknya gagal memadam kepanasan dan kemarahan sebahagian daripada anda terhadap bangsa Rohingya. Jika begitu, apalah tulisan saya.

Saya ingatkan anda agar merahmati bangsa tertindas itu, atau jika tidak mampu, maka diam dan jangan sesekali menghina mereka. Saya ingatkan anda dengan dosa. Dosa besar

Saya tarik anda untuk merenung bulan Ramadhan yang penuh rahmah dan kasih sayang. Bulan sabar. Bulan taqwa. Bulan hidayah. Bulan kesyukuran dan bulan kemurahan nurani para pendiri Ramadhan

Kemudian secara nyata dan tegas, saya ingatkan anda dengan tipu daya musuh yang terus menerus merancang siang dan malam untuk memfitnah dan merobek kasihan belas dunia, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia terhadap bangsa Rohingya. 
Saya ingatkan bahawa ia adalah racun atau virus yang ditularkan di media sosial dan jangan sesekali menghirupnya dengan mudah dan tanpa sedar

Segera lakukan penjarakan sosial daripada berita palsu dan hukuman kejam terhadap bangsa yang tertindas ini. Kemudian, mereka pula adalah saudara semuslim kita. Muslim itu terlalu kental nilai persaudaraan Islam sesama mereka

Kemudian, saya sudahkan tulisan saya dengan mencoret nama Ustaz Ebit Lew sebagai kekuatan buat anda sebagai penjulangnya untuk segera membuang kebengisan dan berakhlak mulialah sebagaimana beliau. 
Saya menulis,
"Jangan diri merasa hebat menjulang Ustaz Ebit Lew sebagai duta kasih sayang negara, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak mulianya menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas."
Malang, saya dimarahi

Jika begitu, mari saya tukarkan nama Ustaz Ebit Lew dengan insan yang lebih baik dan lebih anda sayangi daripada Ustaz Ebit Lew

Baca begini,
"Jangan diri merasa hebat menjulang Rasulullah  صلى الله عليه وسلم sebagai duta kasih sayang kemanusiaan, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak mulia baginda menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas."
Agar anda tahu bahawa bulan Ramadhan yang penuh kasih sayang sedang menangisi anda yang sedang menjadi penyambung lidah musuh memerangi bangsa Rohingya yang tertindas

Ramadhan menangisi anda

Agar anda tahu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berdukacita dengan akhlak anda sebagai umatnya yang menjengkeli dan menghina saudara sendiri yang sedang menumpang di rumah anda sementara menunggu keluasan daripada Allah untuk kembali ke kampung halaman mereka

Rasulullah berdukacita dengan anda

Agar anda tahu bahawa Ustaz Ebit Lew tidak mulia sendiri. Mulia beliau adalah pada akhlaknya. Manakala akhlaknya adalah cedokan nur cahaya akhlak baginda صلى الله عليه وسلم. 
Akhlak Ustaz Ebit Lew bukan akhlak anda.
Anda beralasan seribu bahawa kemarahan anda ada sebabnya. Mereka bangsa yang tidak tahu berterima kasih

Itu premis kukuh anda

Mari saya bawa anda kepada keluasan akhlak. Biar Allah memuji anda dengan akhlak yang anda lesenkan diri anda untuk mencerca bangsa tertindas, saudara muslim anda

Ambil peringatan ini daripada lidah pertama yang membacanya di muka bumi,
1) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum menghina kaum yang lain. Boleh jadi kaum yang dihina itu adalah lebih baik daripada kaum yang menghina.. " - Surah al Hujurat: 11
Adakah anda merasa bangsa Melayu lebih mulia di sisi Allah daripada bangsa Rohingya

 2) Dalam riwayat al Bukhari, dinyatakan berlaku perbalahan antara dua individu Muhajirin dan Ansar. Ia berlarutan dengan masing-masing menyeru sokongan golongan masing-masing, "Wahai Ansar. Wahai Muhajirin". Baginda mendengarnya lalu bersabda, "Tinggalkannya (seruan jahiliyah). Sesungguhnya ia adalah bangkai (yang telah ditinggalkan oleh Islam)

Baginda tidaklah segera datang menyelesaikan isu asal perbalahan sebagaimana segeranya baginda menyelesaikan isu penyelesaian secara jahiliyah yang lebih besar keburukannya ke atas umatnya

Perbalahan adalah adat kehidupan. Penyelesaiannya mestilah secara Islam, bukan dengan hukum jahiliyah

Jangan memburukkan bangsa Rohingya. Itu adalah bangkai seruan jahiliyah. Ia dosa. Dosa besar

3) Apabila baginda al Rasul dipaksa berpatah balik daripada tanah Taif akibat dilontar dengan batu dan dihina oleh penduduknya, baginda berhenti di perjalanan menuju Mekah.  Baginda menitip doa sepanjang zaman golongan tertindas kepada Allah. Antaranya,
"Kepada siapakah ya tuhanku Engkau mahu serahkan daku? Adakah kepada orang jauh yang membenci dan mengasariku? Atau kepada musuh (orang dekat iaitu orang Mekah sendiri) yang berkuasa ke atas segala urusanku?"
Bagaimana, saat anda lancang menuntut bangsa Rohingya agar dihantar pulang, jika anak-anak kecil Rohingya yang sedang menghafaz al Quran dan para guru mereka di bilik-bilik kecil di seluruh negara ditimpa ketakutan, lalu berdoa dengan doa Rasulullah itu

"Ya tuhan kami, kepada siapa Engkau mahu serahkan kami? Kepada negara kami yang membunuh kami? Atau kepada bumi ini yang semakin membenci kami menumpang di sini?"
Rasulullah adalah insan tertindas di bumi sendiri di kota Mekah. Sebelum baginda adalah bapa kita, baginda adalah bapa golongan tertindas di tempat pertama. Baginda adalah bapa bangsa Rohingya yang tertindas

Berapa banyak doa golongan tertindas untuk rakyat Malaysia yang membantu mereka. Doa daripada bumi Palestin, Syria, Yaman, Arakan dan serata dunia berjajaran menuju langit berkat bantuan yang rakyat Malaysia curahkan kepada mereka

Keharmonian negara kita adalah atas sebab doa para malaikat Allah untuk kita. Juga doa segala makhluk di bumi dan di laut untuk kita. Juga doa daripada anak-anak kecil, orang-orang tua, wanita dan juga golongan tertindas yang kita bantu

Jangan sesekali mendinding doa ini daripada sampai kepada Allah. Asbab kita sejahtera adalah dengan keberkatan doa golongan tertindas yang kita bantu dan perjuangkan

Jangan sombong Malaysiaku.
Sejak bila akhlak buruk sesetengah individu atau kumpulan tertentu dibalas dengan dihalau dari negara

Akhlak adalah soal akhlak

Ada undang-undang untuknya. Malaysia negara hukum. Kuatkuasakan undang-undang untuknya

Samada rakyat negara asing yang mencari rezeki di negara kita atau PATI atau pelarian, kerenah yang mereka lakukan mesti diadili dengan undang-undang. Hak kekal hak sehinggalah dicabuli

Saya hanya menulis untuk pelarian yang sedang menumpang di bumi bertuah ini. Saya belum pun lagi menulis berkaitan pelarian Rohingya di luar negara yang sedang ketakutan dan mencari perlindungan

Ia dua penyelesaian yang berbeza

Musuh merancang untuk merosakkan keamanan dalam negara kita sebagaimana merancang tipu daya untuk menindas umat Islam yang lemah di luar sana. 
Malaysia dan rakyatnya ada nama baik di serata dunia sebagai penolong golongan yang tertindas. Ia tidak disukai oleh musuh Islam kerana ia memberi harapan dan kekuatan kepada golongan yang tertindas untuk bangkit mempertahankan diri dan hak. Justeru mereka merancang merosakkan negara daripada dalam. Mari menyedarinya

Ada isu lain dalam negara yang lebih besar dan merbahaya daripada isu pelarian Rohingya. Bagaimana dengan isu kemasukan berpuluh ribu warga asing dari negara China tanpa pulang keluar? 
Sentiasalah waspada demi agama dan negara tercinta. Waspada itu ibadah

Mari muliakan diri dengan akhlak yang mulia. Itulah anugerah Ramadhan yang menanti kita

اللهم اهدنا لأحسن الأخلاق لا يهدى لأحسنها إلا أنت واصرف عنا سيئها لا يصرف عنا سيئها إلا أنت. 
"Ya Allah, hidayatilah kami kepada akhlak yang terbaik. Tiada yang menunjuki kepadanya selain-Mu. Dan elakkan kami daripada akhlak yang buruk. Tiada yang mampu mengelakkan kami daripadanya selain-Mu."

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/04/nik-abduh-perlu-memahami-perasaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Langkawi Bakal Bertukar Menjadi Pulau Rohingya

Pulau Langkawi Bakal Bertukar Menjadi Pulau Rohingya

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1481 hits
Sebuah Pulau bagai Permata di negeri Kedah Sebuah pulau yang menjadi kebanggaan negara Sebuah pulau yang menjadi pulau pelancongan negara Sebuah pulau lagenda Akhirnya makin bertambah dengan pendatang yang lari kononnya nak suaka politik Ka...
Isu Rohingya Lebih Baik Kamu Diam Yb Ustaz Nik Abduh

Isu Rohingya Lebih Baik Kamu Diam Yb Ustaz Nik Abduh

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 511 hits
Rohingya RamadhanJika anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya maka diam saja Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar DOSA BESAR Ia membunuh nilai Ram...
Dap Linked People Behind Anti Rohingya Messages Says Deputy Minister

Dap Linked People Behind Anti Rohingya Messages Says Deputy Minister

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 310 hits
Deputy Federal Territories Minister Edmund Santhara has blamed DAP linked netizens for the recent rise in hate speech and xenophobic messages targeting the Rohingya community amid the Covid 19 outbreak Speaking to Malaysiakini and KiniTV Sa...
Ahli Penunjuk Perasaan Anti Lockdown Di Amerika Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti Covid 19

Ahli Penunjuk Perasaan Anti Lockdown Di Amerika Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 296 hits
Baru baru ini kita telah dikejutkan dengan berita perhimpunan berani mati yang dilakukan oleh rakyat Amerika Syarikat ekoran berita palsu berkenaan pandemik COVID 19 yang tersebar Berita palsu tersebut telah membuatkan ramai rakyat AS mempe...
Mcmc Probes Anti Rohingya Remarks In Radio Interview

Mcmc Probes Anti Rohingya Remarks In Radio Interview

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 488 hits
The radio interview came amind a bout of xenophobic attacks on the Rohingya community PETALING JAYA The Malaysian Communications and Multimedia Commission is looking into a radio interview in which a local NGO leader had made disparaging re...
Cakap Pun Tak Betul Minta Hak Sama Rata Ucapan Presiden Rohingya Dihentam Netizen

Cakap Pun Tak Betul Minta Hak Sama Rata Ucapan Presiden Rohingya Dihentam Netizen

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 847 hits
Sejak semalam isu pelarian Rohingya yang didakwa meminta kesamarataan hak di Malaysia telah mengundang pelbagai persepsi negatif oleh rakyat Malaysia Presiden kepada Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia iaitu Zafar Ahm...
Tengku Emma Diburu Netizen Akibat Gesa Malaysia Benarkan Pelarian Rohingya Masuk

Tengku Emma Diburu Netizen Akibat Gesa Malaysia Benarkan Pelarian Rohingya Masuk

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 1830 hits
Baru baru ini pula terdapat beberapa kapal yang dipercayai cuba menyeludup masuk lebih ramai lagi pelarian Rohingya ke Malaysia namun telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Sementara itu Duta TERC ke Malaysia Tengku Emma Zuriana Tengku...
Presiden Rohingya Dihentam Netizen Cakap Pun Tak Betul Minta Hak Sama Rata

Presiden Rohingya Dihentam Netizen Cakap Pun Tak Betul Minta Hak Sama Rata

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 872 hits
Presiden kepada Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia iaitu Zafar Ahmad Abdul Ghani teruk dihentam di media sosial berikutan tersebarnya surat yang meminta beberapa kelonggaran buat pelarian Rohinya kepada kerajaan Mala...
Kisah Seekor Mewauns Yang Ganas Bertukar Menjadi Tukang Masak

Kisah Seekor Mewauns Yang Ganas Bertukar Menjadi Tukang Masak

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 350 hits
NORSHIDAH MOHD DAUDBeginilah suasana di wall para MEWAUN selepas hancing di kencing pemimpin Melayu Islam sendiriBukan dia sorang je camni yang lain lain pun samaKalau dulu asal ade isu je mereka lah juaraSekarang masing masing bz memasak d...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market

Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health

It Is The Government Not Capitalists That Should Be Allowed Near The Malaysian Healthcare System

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Kerang

Tergamak Bakar Isteri Hanya Disebabkan Pengecas Telefon

Bawa Bertenang Belum Lagi Adui Amelia Christie

Pakai Veil Tertera Tulisan Bride Siti Saleha Beri Bayangan Bakal Naik Pelamin

Amerika Syarikat Pertimbang Melarang Penjualan Penghala Tp Link

Zahid Syukur Harap Tidak Ada Pihak Pertikai Keputusan Mahkamah Terhadap Rosmah