Rezeki ALLAH dikongsi bersama
. Minggu ni tak sempat nk belanja makan pada staffnurse & doc2 HSB yg rajin melayan kami & mnjaga baik anak kami NICU … jadi kami Sy, suami @jaiezzany & anak2 @danishhakimofficial @marissadaniaaaa_ @m_danishaa @danish_edry @daiyandayana semua belanja 2 freezer utk NICU ni bagi menampung susu badan ibu2 yg pam kan susu utk baby2 mereka disini termasuklah Sy
. YAKIN DENGAN JANJI ALLAH Apa sahaja yg diniatkan kerana ALLAH, jangan teragak2. Bagi je.. yakin ALLAH akan ganti semula
. Yerrr.. itulah yg sedang kami sekeluarga usahakan kerana kami sangat yakin dgn janji ALLAH, apa yg kita sedekahkan sewaktu hidup di dunia.. itulah harta kita di akhirat “sana” . Bila kita mulakan amalan baik ini yang jarang dibuat org, kemudian diikuti pula oleh pihak lain akan mendapat pahala yang melimpah-ruah sebagaimana disebut dalam hadis bernombor 1893 Riwayat Muslim, “Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” . Hidup jangan berkira dgn ALLAH & hidup biar bermanfaat utk org lain. Semoga ALLAH redha… Aminnn
. Ps: Terus doakan Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami & anak2 pramatang yg lain di NICU agar terus kuat & bertahan sampai berjaya balik rumah masing2 & membesar menjadi Hamba ALLAH dan Umat Muhammad yg beriman, Aminnn 

Ada appoinment dgn Dr hari ni utk cek jahitan. Alhamdullillah semua ok, semua baik2 saja. Bacaan BP pun dah stabil, 122/85. Syukur walaupun Yebby Yabadi tak diam, tapi ALLAH tolong huhu..
. Dr Yusrina suka tadi dpt Pulut Kuning Kak Zarina. Kita kata kita order semua jenis. Dr nak yg mana? Kitaorg feberet Pulut Sambal Ikan Bilis Petai . Dr pun confiusss sbb semua kitaorg cakap sedap sebenarnya hehe.. sudahnya Dr nk rasa dua. Silakan Dr. Dr happy, kita org pun happy jugaaa. Jumaat depan ada rezeki kami belanja makan lagi ye heee 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |