Ni Sebab Kenapa Saya Tak Upgrade Ke Wordpress






Ni Sebab Kenapa Saya Tak Upgrade Blog Ini Ke Wordpress - Ada orang tanya.. bang.. blog abang ni dah ada sejak 2007 lagi. Dah 15 tahun. Kenapa tak upgrade ke Wordpress?
Jawapan saya - Sebab blog ini bukan blog utama saya.
Tiada sebab yang kuat nak upgrade. Biarlah. Blog ini bukan blog baru di buka sempena 14 Februari 2022 nun. Tapi dah lama.
Saya menulis di sini untuk berkongsi ilmu, berkongsi pengalaman dan berkongsi kepakaran. Blog ini bukan tempat untuk saya cari duit mahupun buat duit.
Blog ini saya tidak monetize pun sebab niat utama adalah untuk menulis content sahaja. Biarlah ia jadi blog "Blogspot" sahaja.
Ooo mentang-mentanglah blog ni blog "Blogspot" sahaja kau pandang rendah blog abang ni ya dik? 
Tak apalah. Tu hak kau. Pandang rendah atau pandang tinggi terpulanglah.
Saya bukan baru dalam dunia blogging. Blogging and managing blogs is my full time job. 
Cuma memilih untuk tidak menonjol dan lebih suka bergerak secara underground sahaja bukan viral di dunia mainstream. 
Biar orang tahu dan kenal nama saya tapi bukan muka saya.
Kita hidup bukan untuk kejar populariti dan kejar perhatian manusia. 
Saya hidup untuk berbakti kepada ibu bapa, kepada ahli keluarga, kepada pasangan juga kepada masyarakat. Saya tidak suka tayang duit hasil dari blogging. 
Tapi biasalah. Kat mana-manapun ada saja orang look down. 
Topik kali ni lari sedikit dari topik asal blog ini.
Sebelum kau tanya soalan tadi di atas tu dik actually abang ni dah upgrade dah pun ke blog Wordpress di bulan Julai 2007 masa zaman kau masih sekolah rendah lagi. Atau maybe kau belum lahir masa tu barangkali.
Dalam tahun 2022 ni saya dah miliki lebih kurang 20 blog self hosted Wordpress. Sebelum ni 30 blog Wordpress kesemuanya tapi yang lagi 10 tu saya dah tak larat nak sambung 'hayat' mereka sebab trafik sedikit sahaja. 
Rugi bayar hosting dan bayar domain masa mula-mula setup dulu sebab 'tak balik modal'.
Memang sakit kepala dan nak keluar banyak duit untuk maintain blog-blog self hosted Wordpress especially bila nak bayar guna bandwidth lebih sebab trafik meningkat dan terus meningkat. 
Selepas tu saya ada lebih kurang 150 blog Blogspot yang masih aktif dan lebih kurang 150 blog Wordpress.com yang masih aktif juga. Hari ni jumlah tu dah bertambah.
Blog-blog tu semua saya bina secara manual dan bukan bina 100 blog serentak dalam 1 klik guna software. Kena buat manual untuk jadikannya natural juga supaya tidak di banned oleh Google.
Kalau blog-blog di Tumblr saya ada lebih kurang dalam 100 buah blog Tumblr. Actually saya tak sedar pun ada banyak blog-blog ni semua. Dulu bina dan masukkan content sebab nak create backlink saja.
So untuk apa begitu banyak? Tujuannya untuk 2 perkara ni iaitu BUM Marketing dan Google Adsense. Tapi saya buat secara berhemah ya.
Untuk buat secara berhemah ni amatlah ambik masa sebab buat secara manual tanpa menggunakan software juga tanpa menggunakan apa-apa aplikasi web secara online untuk shortcut. 
Masa 2008 saya ada tulis matlamat nak miliki beratus digital assets ataupun virtual real estate assets iaitu blog-blog. Blog-blog tu semua saya pasang iklan Google Adsense. 
Hanya Google Adsense sahaja. Tak pasang iklan dari penyedia lain sebab hanya iklan Google Adsense yang boleh blend sebaiknya dengan kandungan blog.
Ini samalah macam kau ada 100 buah rumah sewa. Setiap rumah sewa tu kau dapat hasil duit sewa tiap-tiap bulan. Kerja kau cuma bina rumah sahaja lepas tu sewakan.
Kalau kau dah ada 100 buah blog-  ha berapa agaknya kau boleh dapat duit? Tu semua untung atas angin sebab blog-blog "Blogspot" ni free sahaja. Hanya perlu masa, tenaga, idea untuk bina content.
Macam tu lah jadinya bila kau ada lebih kurang 100 buah blog. Tiap satu blog bagi hasil duit Google Adsense dalam RM500 ke RM1000 sebulan selama bertahun-tahun. 
Jangankan RM500 dalam RM300 pun dah kira ok dah tu lebih-lebih lagi dalam zaman Covid-19 sekarang ni yang mana ramai orang kehilangan kerja juga ramai mengadu susah nak cari kerja yang bagus.
Kisah Saya Dengan BUM MarketingKetika tahun 2008 sehingga 2013 saya banyak terlibat dengan BUM Marketing. Nanti boleh cari di Google apa itu BUM Marketing. Ni zaman dulu-dulu punya cerita.
Tujuannya adalah untuk gunakan long articles dalam bahasa Inggeris untuk mempromosi produk-produk affiliate ClickBank di pasaran global. 
Artikel-artikel yang dah siap di tulis dalam 700-1000 patah perkataan akan saya upload ke EzineArticles. Selepas tu tunggu untuk dapat pelepasan tapisan. 
Selepas melepasi tapisan barulah artikel tu akan dikeluarkan. Lepas dah dikeluarkan Google akan crawl kandungan artikel tu. Di bahagian bawah artikel tu ada link untuk ke page affiliate saya. 
Produk yang paling berjaya di jual dengan cara ini adalah eBook juga pakej web hosting. Mostly produk digital sepenuhnya. Namun untuk berjaya jual tu saya perlu tapi banyak artikel. 
Dalam 2 jam boleh hasilkan 2 artikel panjang 700-1000 patah perkataan. Kepala kena ada banyak idea. Masa tu saya masih bujang. Komitmen terhadap keluarga tidak banyak. 
Komitmen terhadap orang lain juga tidak banyak sebab tidak ada kekasih hati masa tu. So saya ada banyak masa untuk diri sendiri.
Fokus Kepada Micro Niche BlogSelepas terlibat dengan strategi BUM Marketing saya terjumpa dengan micro niche blog yang berpotensi jadi sumber pendapatan pasif buat pengendali blog macam saya. 
Blog-blog "micro niche" ni sentiasa dapat incoming traffic yang stabil sepanjang masa dan boleh jadi evergreen kerana kandungannya akan sentiasa relevan yang mana akan menyumbang kepada stable passive income dari Google Adsense.
Namun saya tidaklah bina untuk "made for Adsense" sahaja tapi mahu kandungan blog tu informatif, menyelesaikan masalah juga memberi value untuk si pembaca. 
Nak tulis artikel blog yang informatif, yang menyelesaikan masalah juga yang memberi value kepada pembaca mengambil masa.
Blog yang berbentuk micro niche ni cuma menumpu kepada topik-topik mengkhusus sahaja. Tak campur dengan topik lain walaupun sedikit. 
Sebagai contoh kita ambil bidang teknologi. 
Dalam bidang teknologi tu ada terdapat beberapa bidang-bidang lain juga topik-topik lain di bawahnya iaitu seperti topik aplikasi mudah alih, topik aplikasi web, topik review gajet, topik perkomputeran tradisional juga topik inovasi teknologi untuk masa hadapan. 
Topik-topik ni sentiasa di cari oleh pengguan internet sebab mereka mahu tahu apa yang baru dan ada berbelas ribu orang juga yang mencari penyelesaian terhadap masalah pengguaan aplikasi mudah alih yang mereka hadapi  - misalnya "How To Delete WeChat Account" juga "How To Delete MiChat Account". WeChat dan MiChat adalah dua aplikasi mudah alih Android yang amat kontroversi.
So apa yang saya buat? Saya bina blog-blog "Blogspot" dalam setiap topik menumpu yang saya dapati amat berpotensi. Untuk cari topik yang berpotensi perlu buat research terlebih dahulu. Nak buat research tu pun kena tahu supaya dapat hasil tanpa buang tenaga.
Mana-mana topik yang berpotensi itulah yang akan saya jadi micro niche blog. Sebagai contoh - review aplikasi mudah alih.
Kat sini saya share cerita macam mana saya bina micro niche blog dalam topik Android mobile app review yang saya dapati merupakan satu topik yang amat popular di internet. Saya start buat mobile app review dalam tahun 2012. Blog tu masih ada hingga ke hari ini.
Pertama sekali saya bina blog Blogspot khusus untuk bercerita mengenai pengalaman penggunaan aplikasi mudah alih Android sahaja. 
Dalam tu saya tulis berkaitan Android mobile app sahaja sepenuhnya dan tidak campur dengan topik lain misalnya smartphone Android. Cukup pasal review penggunaan mobile App Android sahaja.
Sekarang setiap pengguna Android akan download dan guna aplikasi mudah alih bersesuaian dengan penggunaan mereka. Pengguna Android di seluruh dunia sudah mencecah angka billion.
Dalam blog aplikasi mudah alih tu saya tulis review panjang dalam 1500 hingga 2000 patah perkataan berserta gambar. English saya bukanlah perfect sangat tapi saya tulis saja artikel-artikel panjang.
Artikel tersebut mestilah amat detail sekali. Sebelum menulis review saya akan download lalu cuba sendiri aplikasi Android yang saya nak review. Inilah yang saya lakukan.
Setelah itu saya akan masukkan artikel ke dalam blog lalu tekan butang "Publish". Lepas dah siap publish saya akan edit lalu optimasikan untuk enjin carian.
Untuk melakukan optimasi SEO dengan baik saya akan pakai Blogger template yang SEO friendly kemudian buat on-page SEO setting juga off-page SEO setting. 
Saya rajin baca pasal SEO ni sebab minat kemudian join kursus-kursus SEO untuk tambah baik kemahiran. 
Lagipun saya perlu sentiasa perbaiki kemahiran SEO kerana berkait dengan tugas hakiki sebagai Webmaster - untuk pastikan website kendalian saya sentiasa duduk top di enjin carian.
Banyak kerja nak buat. Tapi kena buat satu-persatu. Jumlah artikel kena ada dalam 50 buah artikel kesemuanya. Setiap artikel panjang dalam 1500 hingga 2000 patah perkataan. 
Saya tak pakai article spinner untuk jadikan artikel saya benar-benar original. Bila dah selesai semua tu saya akan beralih lagi ke blog dalam micro niche dalam topik lain.
Dalam beberapa hari kemudian Google akan masukkan kandungan blog kendalian saya tu ke dalam index mereka. Kesannya, blog saya dapat kedudukan 3 teratas hingga 5 teratas dalam search engine result page. 
Semuanya kerana SEO setting penuh teliti yang saya dah buat di blog tersebut.
Blog-blog micro niche yang saya dah buat tu semua saya set untuk pasaran global. Kalau masuk ke Google Search Console setting untuk pasaran global ada dalam bahagian "target country". 
Lagipun umur blog-blog tu semua dah lama sebab saya buka sekitar tahun 2007 hingga 2008 kemudian barulah saya masukkan content satu persatu langkah demi langkah yang mana akan memakan masa. Kandungannya juga semua adalah dalam bentuk long contents. 
Jadi blog-blog tersebut berjaya meraih kepercayaan enjin carian Google untuk memasukkan kandungan blog-blog tersebut ke dalam indeks mereka dengan cepat.
Setiap blog micro niche yang saya dah siap buat ambil masa dalam beberapa minggu untuk berjaya monetize sebab nak tunggu trafik ke blog jadi stabil. 
Trafik organik ke blog-blog tersebut sentiasa maintain dalam setiap hari. Tidak lebih. Tidak kurang. Tapi akan sentiasa ada. 
Saya tak promote blog-blog tu semua. Google yang akan jumpa. Kemudian barulah pengguna-pengguna internet dari seluruh dunia jumpa melalui Google.
Mereka akan share kandungan blog tu di media sosial. Trafik blog-blog tersebut berkembang secara organik tanpa saya buat apa-apa promosi.
Hal ni semua bukan mudah untuk dicapai. 
Saya korbankan banyak masa untuk setup semua satu persatu. Saya duduk depan laptop dalam 12 jam hingga 15 jam semata-mata untuk mantapkan setiap micro niche blog saya. Tiap kali bangun pagi saya dah set matlamat apa nak buat untuk hari itu.
Akhirnya ketika pertengahan tahun 2015 setelah Google mengemaskini algoritma enjin carian mereka, ranking blog-blog micro niche milik saya jatuh hingga ada yang telah dikeluarkan dari index Google simply kerana setting SEO blog-blog tersebut sudah tidak relevan. 
Semua gara-gara saya ada letak link ke website EzineArticle. Ketika itu dalam 2015-2016 mana-mana blog atau website yang link ke EzineArticle akan di 'hukum' oleh Google iaitu dengan mengeluarkan kandungannya dari index Google.
Fuhh panjang nak cerita ni semua. Teruk blog-blog saya kena tapi sebahagian masih OK cuma content perlu di tambah baik agar blog semakin berkualiti.
Akhirnya saya kena start semula dari bawah. 
Kini saya dah buka lagi beberapa blog-blog Blogspot baharu untuk bina micro niche blog setiap satu dalam topik-topik berbeza. 
Benda ni dah jadi minat saya. Dah tiba-tiba jadi passion. Saya jadi amat passionate when it comes to creating content.
Saya tidak ada keinginan untuk jadi social media influencer atau jadi top blogger sepertimana nama-nama lain di luar sana. Matlamat hidup saya adalah untuk jalani hidup secara bersederhana. Saya lebih suka tidak dikenali ramai.
Ketika pertengahan tahun 2007 saya pakai beberapa shared hosting dari berlainan penyedia iaitu SempoiHosting.com, dari NetKL juga dari Shinjuru.com. Tujuannya untuk bina beberapa blog-blog Wordpress untuk bina micro niche blog.
Mula-mulanya saya pakai shared hosting dari Exabytes tapi cancel sebab tak tahan kena bayar hosting tiap-tiap bulan. Baik ambik yang setahun terus. Lagi jimat. Ketika pertengahan tahun 2007 tu pihak Go Daddy belum masuk ke pasaran Malaysia dan pasaran Asia Tenggara.
Start Guna WordpressZaman saya mula-mula pakai Wordpress dulu adalah sekitar Julai 2007. Saya mulai pakai Blogspot sekitar tahun 2005. Masih ingat lagi time tu kalau nak pakai Wordpress kena beli ruang hosting dulu.
Zaman tu hosting di akaun shared hosting yang cukup-cukup bajet untuk newbie dalam 150MB pun dah cukup besar. Pastu beli domain name sekali. Masa tu saya masih ingat nama domain dotkom amat murah. Cuma RM35-RM38 sahaja setahun. Sekarang dah RM48 setahun.
Sekarang dalam bulan Februari 2022 ruang hosting seluas 150GB dah jadi kebiasaan. Kalau dulu sekitar zaman saya bermula dengan aktiviti blogging ni ruang seluas 150MB-200MB pun dah cukup besar untuk menampung blog Wordpress. 
Masa tu sistem pengurusan kandungan Wordpress masih lagi dalam versi awal antara 1.0 hingga ke 3.0 sahaja. Masih agak ringan berbanding saiz Wordpress sekarang yang mencecah saiz berGB apabila nak install.
Sekitar tahun 2007 tu kalau nak install Wordpress ke dalam hosting ke download dulu secara manual fail Wordpress dalam bentuk zipped format dari website rasminya iaitu Wordpress.org. 
Lepas tu kena extract ke satu folder lain dalam komputer. Lepas dah siap extract, kena upload pula ke dalam ruang hosting secara manual menggunakan software File Transfer Protocol (FTP). 
Ketika itu mana ada tablet Android, tiada iPad dan tiada mobile internet. Kena buat di komputer desktop pc sendiri atau pergi ke cyber cafe.
Kalau nak tukar theme blog Wordpress pun payah. Masa tu kena download dulu theme tu dari website Wordpress.org, kemudian extract dari zip file, kemudian upload ke ruang hosting. Masa nak upload tu pun kenalah hati-hati. 
Nanti ter-upload ke ruang folder yang salah pulak dalam hosting. Confirm tidak akan menjadi. So bila tunggu theme tu nak habis upload ambik masa lebih kurang dalam 5 minit ke 10 minit jugaklah macam tu. Sangat teknikal nak pakai Wordpress ketika tu.
Masa tu platform Wordpress.com baru gaining momentum nak lawan Blogspot yang jadi blogging platform paling popular digunakan di dunia pada masa tu.
Sekarang dalam tahun 2022 boleh dikatakan Wordpress.com dah mendahului Blogspot dari segi jumlah pengguna juga dari segi kualiti penggunaan platform tu sendiri. 
Dari pengalaman saya menggunakan blog peruma Wordpress.com, menggunakan self hosted Wordpress dan menggunakan Blogspot, saya berani cakap Blogspot sekarang ni lambat di crawl oleh Google. Sedangkan Blogspot tu sendiri Google yang punya.
Kenapa macam tu ya? Sebab algoritma Google sekarang ni mementingkan kualiti kandungan.
Kalau Blogspot baru yang dibina kurang dari 3 bulan kemudian content pendek (500 hingga 700 patah perkataan sahaja) biasanya dekat 10-12 bulan kemudian barulah content blog tu akan di crawl oleh Google lalu dimasukkan dalam index enjin carian Google.
Tapi ni bukan berlaku pada Blogspot sahaja. 
Dari pengalaman saya sendiri apabila mendirikan blog Wordpress kurang dari 3 bulan pastu content pun pendek, blog tidak di update serta kandungan tidak berkualiti biasanya dalam 6-8 bulan juga barulah kandungan blog tu ada dalam Google.
So bagi yang baru nak berblogging dengan lebih serius saranan saya hanya 1 - create banyak long contents. Pastikan artikel kau dalam blog tu ada 1500 ke 2000 patah perkataan. Tiap kali nak taip content pasang target nak tulis 1500-2000 patah perkataan.
Sebabnya kenapa? Sebab Google amat sukakan content artikel yang panjang lebar. Google versi sekarang pentingkan kualiti. Tak macam dulu asal setting SEO dah ok biasanya Google akan cepat crawl.
Walaupun kau dah berbelanja RM1500 untuk bina blog mantap siap pakai theme berbayar dan plugin premium itu tidak menjamin akan dapat kedudukan baik di Google. Semua bergantung kepada kualiti kandungan.
Dari pengalaman sendiri saya berani cakap walau pakai Blogspot saja tapi ada 30 long content yang informatif ia akan dapat kedudukan baik di Google kemudian akan kekal begitu.
Google lihat long content ni jenis content yang berkualiti sebab ada banyak maklumat di dalamnya. Jadi oleh kerana itu Google akan crawl cepat-cepat supaya dapat di masukkan ke dalam index Google - supaya pengguna enjin carian Google dapat hasil carian berkualiti.
Makin banyak keluarkan long content makin cinta jadinya Google dengan blog tu.
Kenapa Blog Lama Saya Ni Masih Kekal Di BlogspotSemuanya tidak perlu upgrade. Tidak perlu upgrade blog ini ke Wordpress sebab ini bukan blog utama. 
Macam bina rumah. Saya tidak perlu upgrade rumah lama. Sebaliknya saya hanya perlu bina rumah baharu di tapak baharu. Jadi saya dah ada 2 buah rumah. Satu rumah lama. Satu lagi rumah baru. Pastu rumah baru tu saya sewakan. Bila dah dapat hasil sewa saya bina lagi rumah-rumah baru kemudian sewakan. Begitulah seterusnya.
Rumah lama tadi tu masih lagi ada dan masih lagi camtu. Cuma rupa luarannya saya di ubah suai. Gitulah juga dengan blog ni.
Lagipun saya dah bina blog Wordpress lain dalam niche lain. Blog ini saya tidak khususkan untuk jadi blog professional macam blog-blog Wordpress saya yang lain.
Ya saya ada banyak blog Wordpress jenis self hosted.
Saya start guna akaun Blogger di bawah nama sendiri pada Mac 2006. Setahun selepas tu barulah saya decide buka blog ni dengan tajuk "ShueQry Berkata". Aduhh malu nak cerita.
Ketika itu saya masih muda anda so naive. So young, so energetic, so ego. Ahaks! Tu saya akui sendiri. Bila umur dah naik dan semakin menginjak dewasa lama-kelamaan sikap saya berubah jadi lebih matang seiring perjalanan usia.
Dalam pada itu saya sering mencari-cari what kind of business yang sesuai dengan diri saya.
Ketika tahun-tahu lalu saya dah buat beberapa bisnes sebagai agen juga reseller. Saya dah keluarkan duit beratus untuk bayar produk, untuk beli kelengkapan dan untuk beli bahan-bahan untuk jadi agen.
Saya berjaya jual produk tu tapi gagal untuk ke tahap seterusnya juga gagal untuk pertingkatkan lagi sales sebab saya amatlah tidak selesa buat Live video di Facebook sepertimana di lakukan agen-agen lain yang sales ngetop mantap meletup tiap bulan.
Ada orang amat ok sekali apabila buat Live di Facebook. Ada orang rasa ok saja keluarkan gambar dia di social media. Tak takut pun gambar dia akan di screen shot dan akan di save.
Saya amat tidak selesa sebab saya tidak mahu keluarkan muka sendiri di Facebook juga di mana-mana laman sosial lain. Personally saya lebih selesa tidak tayang muka kerana amat pentingkan privasi.
Akibatnya apa sahaja bisnes yang "menjual produk sebagai agen" yang saya buat jadi gagal sebab tidak buat Live. Saya tidak mahu dikenali ramai. 
Tapi saya amat gembira apabila artikel saya dibaca ramai orang.
Jadi Di Belakang TabirOrang sekarang kalau nak beli apa-apa diorang akan kena percaya dulu dengan seller tu. Cara nak bagi cepat buyer percaya adalah dengan kerap buat Live Video di Facebook. Tapi saya gagal sebab tak nak tayang muka secara public. Nal selfie pun pastu upload kat Facebok saya tak nak.
So saya ended up being as a content creator. 
Selepas muhasabah diri saya dapati lagi ngam bina perniagaan berasaskan kandungan digital kerana saya ada kemahiran, ilmu dan pengalaman di situ.
Lagipun kerjaya hakiki saya adalah sebagai Webmaster yang banyak bertindak di belakang tabir sepenuhnya. 
Jadi biarlah perniagaan saya berbentuk "di belakang tabir" tanpa saya sendiri perlu tayang muka untuk lariskan perniagaan.
Saya lebih suka menulis blog.
Sebabnya saya amat suka membaca. Saya suka graphic design. Sebab suka melukis dari zaman sekolah rendah. 
Akhirnya saya fahami bakat diri saya sebagai writer juga content creator dan bukannya sebagai seller di social media.
Kepakaran saya adalah dalam penghasilan atikel dan penghasilan imej grafik.
Lagi satu hal saya lebih suka down to earth. 
Gaya hidup saya minimalis.
Kalau kat rumah saya tak suka ada banyak barang. Dalam kehidupan sebenar saya hanya akan beli barang yang betul-betul perlu. 
Saya tak suka dekorasi. Sebab too much distraction. Barang-barang yang saya tak suka simpan saya akan sedekah saja pada orang lain.
Gaya hidup saya serba ringkas. Minimalis saja supaya senang di urus.
Gitulah gaya hidup sejak dari zaman muda lagi. 
Kenapa minimalis? Sebab saya mahu ada banyak masa untuk membaca dan menaip artikel. Dua perkara ni lah yang saya suka buat. Dah jadi hobi. 
Tiap orang ada hobi masing-masing. Ada suka memasak. Ada suka memancing. Ada suka kereta. Ada suka gajet. Ada suka solek-menyolek. 
Ada suka motorsikal. Ada suka berkebun. Ada suka tanam bunga dan belai bunga. Ada yang suka travel. Ada suka scuba diving. Ada juga yang suka makanan. Hobinya memburu makanan dan try makanan pastu tulis review di blog makanan dia.
Saya pula bukan foodie. 
Hobi masing-masing lah kan. Tu semua hak masing-masing dan passion masing-masing. Saya hormati dan tak komplen.
Passion utama saya adalah dalam pembacaan dan penulisan. 
So I ended up being an avid reader, graphic designer, Webmaster and content writer. 
Dalam tahun 2020 hingga 2021 saya jadi paid content writer untuk nak menyambung hidup. Kerja full time sebagai Webmaster di hentikan sementara. 
So kenalah ikhtiar usaha lain untuk cari duit untuk menyara keluarga kecil saya. Hasil dari Google Adsense tetap ada namun perlu usaha lebih juga untuk persiapan di masa akan datang.
Elak terlalu selesa. Cabar diri ke tahap lebih tinggi.
Jadi content writer, professional blogging juga micro niche blogging jauh lebih menguntungkan bagi saya berbanding jual produk secara online yang kena buat live selalu dan kena tayang muka publicly sepanjang masa.
Blog "Blogspot" ini saya biarkan saja di domain Blogspot sebab ia bukan fokus utama saya. Blog ini bukan tempat saya 'cari makan'. Sebab itu tidak ada iklan walaupun trafik tinggi.
Saya dah miliki banyak blog-blog self hosted Wordpress. Kerjaya sepenuh masa saya dan tugas hakiki saya adalah sebagai Webmaster iaitu pentadbir laman web juga pengendali blog.
Kerjanya mencabar sebab anda perlu perah idea untuk create banyak content bukan setakat goyang kaki jaga website saja semata-mata macam Pak Guard jaga bangunan.
Kena jadi prolifik. Kena rajin taip artikel baru. Dah jadi macam kerja wartawan tu yang setiap masa taip artikel dan taip berita.
Content creation ni dah jadi minat dan passion saya sejak bertahu-tahun buat dari zaman bujang lagi.
Saya hormati orang lain di luar sana kerana tiap orang ada kecenderungan masing-masing, ada prioriti masing-masing dan ada passion masing-masing. Tiap orang jalani hidup masing-masing dengan cara masing-masing.
Tak usahlah membanding-banding sebab memang yang nampak hanya perbezaan. Apabila ada perbezaan pasti ada menang dan ada kalah.
Set target untuk diri sendiri dan usahalah mencapainya.
Itu lebih bagus untuk life kita sendiri di masa akan datang dari kita asyik sibuk nak jatuhkan pesaing. Akhirnya satu apapun kita tidak akan dapat.
Be strong dan tenang-tenang sajalah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://shueqry.blogspot.com/2022/02/wordpress-upgrade.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wordpress Com Favorites The Travel Architect

Wordpress Com Favorites The Travel Architect

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 159 hits
Welcome to our brand new series WordPress com Favorites In these interviews we ll be highlighting bloggers about their passion project Caution contents guaranteed to be inspiring First up A teacher from the Twin Cities area of Minnesota The...
Hiburan Dah 2022 Hospital Masih Pakai Kipas Sedih Netizen Geram Kerajaan Tak Upgrade Hospital

Hiburan Dah 2022 Hospital Masih Pakai Kipas Sedih Netizen Geram Kerajaan Tak Upgrade Hospital

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 197 hits
Seperti diketahui ramai hospital merupakan salah satu tempat yang penting jadinya sudah semesti orang ramai mahukan keselesaan ketika menginap disana ataupun memikirkan keselesaan ahli keluarga Bagaimanapun semalam tular di platform Twitter...
Upgrade Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Cream Toner Pek Besar Terus

Upgrade Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Cream Toner Pek Besar Terus

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 196 hits
Sebelum ni saja cuba cuba pakai produk Ehh macam best dan sesuai lah pulak Tahu tahu dah habis Maknanya pek kecil haritu cuma bertahan sebulan je lah dengan cara 2 kali pakai sehari Dah tahu best terus upgrade beli yang besar Yang bestnya b...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet