Ngopi Kangar


Kafe Ngopi yang terletak di bandar Kangar ini merupakan tempat mengopi yang agak selalu saya kunjungi sejak berhijrah ke Perlis. Lokasinya di Jalan Kapitol berhampiran bangunan bekas pawagam Kapitol yang kini bertukar menjadi pasaraya Borong Din AS

Ngopi terletak di deretan bangunan lama

Konsep kafe ini layan diri - buat pesanan di kaunter dan ambil sendiri hidangan. Ngopi hanya menawarkan hidangan ringan iaitu pelbagai jenis sandwich dan pastri. Sesuailah dengan konsep mengopi

Sejak mengopi di Ngopi barulah saya kenal pelbagai jenis nama roti - ciabatta, foccacia, croissant, french baquette dan panini. Mula-mula dulu keliru juga nak pilih jenis roti mana satu untuk memesan sandwich sebab tak ditunjukkan rupa roti, saya cuma kenal croissant. Sekarang mereka dah susun di rak kaca begini, mudahlah kita nak mengenal pasti jenis roti yang dipilih

Sumber foto dari Google Maps.Menu pilihan sandwich dan pastri. 
Kafe dengan sentuhan gaya rustic menjadikan suasana lebih santai dan selesa

Kami ke sini pada waktu tengah hari Ahad lalu, ketika ini tak ramai pelanggan. Sebenarnya hampir setiap kali kami datang (pada hari hujung minggu), kafe ini di penuhi dengan pelanggan. Meriah dengan suara orang berborak

Tetapi pada hari hujung minggu tertentu, saya dapati kebanyakan kafe atau restoran terkenal di Perlis agak lengang atau kurang sesak berbanding biasa. Masa tersebut biasanya pada hujung minggu - sebelum masuk gaji, sebelum dan juga selepas cuti hujung minggu panjang (cuti hujung minggu bersambung cuti umum).
Kami duduk di meja bahagian belakang kafe, dari kedudukan saya ni boleh nampak barista menyediakan minuman. Dah siap makanan dan minuman yang dipesan, mereka akan panggil nama kita untuk ambil hidangan

Hidangan kami berdua - dua jenis minuman, dua jenis sandwich dan sejenis pastri. Harga minuman - Americano / RM8 dan Mocha / RM11 dan harga Chocolate Roll / RM6

Mocha - minuman coklat panas dengan rasa kopi. Sedap sesuai dengan cita rasa saya

Ciabatta Smoky Beef / RM13. Dah makan sebahagian, barulah teringat nak ambil foto

Foccacia Smoked Chicken Breast / RM13

Saya lebih suka jenis roti foccacia berbanding ciabatta - permukaan luar rangup, lembut di dalam dan tak begitu kering. Rasa Foccacia Smoked Chicken Breast ini juga lebih menepati selera saya

Kalau kalian ke Kangar, bolehlah cuba mengopi di sini. Tempatnya santai, harga berpatutan dan servis mesra pelanggan. Tapi kalau waktu ramai pelanggan, mungkin agak lama juga nak menunggu minuman siap

Carian Google Maps - Ngopi@Kangar

***************************
NGOPINo. 24, Jalan Kapitol,Pusat Bandar Kangar, Kangar,Perlis

Waktu operasi :Sabtu hingga Khamis | 9 pagi - 11 malamJumaat | 3 petang - 11 malam








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/10/ngopi-kangar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1227 hits
Ajer benor tok Udoh bertahun tok dah ngaborkan dema buat dono jer Sudahnya Ancok wok ler Sabor yit awok baru nk duduk nie jangan ler sampai Kang tak selera nk makan pulak oda pun belum lagi nie TEMPAT KEJADIAN Warung Ngopi Parlimen kampung ...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Cara Lembutkan Ikan Beku Dengan Garam Dan Cuka Petua Cepat Berkesan

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Pagi Yang Tak Disangka

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ngopi Kangar

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang