Nga Enggan Layan Akmal Singa Takkan Gaduh Dengan Lalat


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 22, 2025 12:36 PM
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan bahawa dia tidak berminat untuk melayan mahupun bergaduh dengan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh

Menurut naib pengerusi DAP itu, dia tidak akan merendahkan martabatnya dengan melayan kerenah Akmal.
Nga Kor Ming"Dari kedudukan saya, komen saya: singa tidak berdebat dengan lalat.

"Dia tidak setaraf, jadi kami tidak akan bergaduh," kata Nga yang dipetik dalam wawancara eksklusif denganChina Press, semalam ketika melawat ibu pejabat akhbar itu di Petaling Jaya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina.

Sebelum ini, Akmal menyekolahkan Nga berhubung isu sandwic "ham" yang dijual di KK Mart di kampus Universiti Malaya (UM) dengan menggunakan logo halal yang tidak sah.

Nga sebelum itu berkata, ‘ham’ hanya merujuk kepada daging yang telah diawet dan terdapat ham ayam belanda dan ham ayam, yang sesuai untuk dimakan.

Menurut pemimpin DAP itu, menjadikan perkara tersebut sebagai isu hanya menunjukkan siapa sebenarnya yang bodoh.
Akmal kemudian tampil menjawab bahawa ‘ham’ adalah merujuk kepada daging babi, bukannya proses pembuatan makanan.

Dia seterusnya membidas Nga dan mencadangkan menteri itu supaya merujuk definisi "ham" dalam Oxford Learner's Dictionary, yang menyatakan ia merujuk kepada daging babi.

Dalam laporan China Press, Nga berkata bahawa walaupun dia tidak akan melayan Akmal, namun DAP tidak akan berdiam diri.

Sebaliknya, apabila berdepan kritikan daripada Pemuda Umno, DAPSY, kata Nga akan membalasnya.

"Untuk setiap kenyataan yang dibuat oleh Akmal, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan memberikan respons sepuluh kali ganda.

“Bukan sahaja ketua baru sayap pemuda akan bertindak balas, malah setiausaha publisiti turut akan mengeluarkan kenyataan secara konsisten.

"Jadi, kita tidak berdiam diri. Kita hanya bertindak berdasarkan kedudukan masing-masing, " kata Nga.
Ahmad Zahid HamidiDia juga melahirkan penghargaan kepada Presiden Umno dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, yang katanya, tidak pernah membuat kenyataan "liar" selepas kerajaan perpaduan dibentuk.

Akhbar Cina itu memetik Nga sebagai memuji kenyataan Zahid semasa Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, yang menyentuh tentang keperluan untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap politik sederhana.

"Sudah tentu, dalam sebuah parti dengan sejuta ahli, pasti ada yang tidak bijak.

“Ini perkara biasa, seperti pepatah, pokok besar pasti ada dahan yang kering. Dalam kumpulan besar, akan ada yang baik dan buruk,” katanya.
Dr Muhamad Akmal SalehNga juga menambah bahawa DAP dan Umno kini adalah sekutu dan akan terus bekerjasama demi rakyat.

"Tetapi, ada batasnya jika berdepan dengan orang seperti Akmal. yang tingkah lakunya tidak baik, kami akan menjauhkan diri.

Jika Akmal melakukan sesuatu yang baik, kami akan memujinya. Pendekatan ini adalah asas kepada politik rasional dan profesionalisme," katanya lagi.

Sementara itu, Akmal dalam satu hantaran di Facebook terus menyelar Nga.

“Wauu takutnya anggap diri singa. Tapi makna ham pun dia tak faham malah anggap ham itu proses buat makanan.

“Owh lupa, orang bebal memang begitu. Dasar ham,” tulisnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/nga-enggan-layan-akmal-singa-takkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Still Not Too Late For Nga Kor Ming To Pull Out From His Fight With Akmal

Still Not Too Late For Nga Kor Ming To Pull Out From His Fight With Akmal

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 489 hits
NGA Kor Ming should have never responded to Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh following the those who have nothing to gain should not fight with those who have nothing to lose rule Nga is a seasoned politician and government minister while Akmal...
Dulu Digeruni Kini Umno Dianggap Lalat Oleh Dap Singa

Dulu Digeruni Kini Umno Dianggap Lalat Oleh Dap Singa

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 252 hits
harakah dailyJanuary 23 2025KUALA LUMPUR Pemuda Umno suatu ketika dahulu dihormati dan digeruni sehingga menjadi ikutan tetapi kini nasibnya berubah apabila menjadi bahan hinaan oleh sekutu politik yang mereka pilih sendiri Bekas Setiausaha...
Akmal Sees Red Over Kk Mart S Ham Sandwich Recalls Old Wound

Akmal Sees Red Over Kk Mart S Ham Sandwich Recalls Old Wound

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 416 hits
Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh is seeing red over the ham sandwich being sold at a KK Mart outlet in Universiti Malaya Reminding the supermarket chain that the old wound over the socks controversy has yet to heal he questioned the ...
Puad Hero Akmal Attended Najib S Court Case Not Solidarity Rally

Puad Hero Akmal Attended Najib S Court Case Not Solidarity Rally

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 324 hits
Umno supreme council member Mohd Puad Zarkashi has claimed that the party s youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh was not present at Monday s solidarity gathering for Najib Abdul Razak at the Palace of Justice in Putrajaya Instead he asserted ...
Understand Healthcare Workers Struggles Akmal Tells 8 To 5 Policymakers

Understand Healthcare Workers Struggles Akmal Tells 8 To 5 Policymakers

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 229 hits
The real issue behind healthcare workers working overtime is the shortage of staff not working hours said Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh He said the solution is to increase the number of healthcare workers not reduce working hours ...
Akmal Gesa Siasat Individu Di Sebalik Surat Rasmi Berkait Wbb

Akmal Gesa Siasat Individu Di Sebalik Surat Rasmi Berkait Wbb

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 323 hits
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata surat berkaitan WBB sudah keluar dan mohon KKM siasat PETALING JAYA Pemuda Umno menggesa Kementerian Kesihatan siasat dan bertindak terhadap individu di sebalik surat rasmi mengatakan sistem Waktu Be...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram