New Zealand Buka Permohonan Visa Kerja Sambil Melancong Pada 23 Januari 2020


Untuk pengetahuan pembaca, New Zealand bakal membuka permohonan untuk working holiday visa kepada rakyat Malaysia bermula pada 23 Januari 2020 pada jam 10 pagi waktu New Zealand dan 5 pagi waktu Malaysia.


Dengan adanya visa ini, anda dibenarkan untuk bekerja atau belajar sepanjang anda travel di New Zealand.

Difahamkan bahawa pemohon yang ingin memohon visa travel sambil bekerja tersebut perlulah bekerja selama 6 bulan atau ke atas di sana.

Walau bagaimanapun, pemohon haruslah mempunyai simpanan awal sekurang-kurangnya NZ$2,250 (RM6,100) sebagai persediaan untuk membayar tempat tinggal dan lain-lain.

Akan tetapi, terdapat beberapa kriteria yang perlu anda ikuti untuk memenuhi syarat permohonan visa tersebut.

Antaranya adalah, anda perlu berumur di antara 18 hingga 30 tahun dan tidak dibenarkan mencari pekerjaan tetap di sana.

Bagi yang sudah berkeluarga, anda tidak boleh bawa anak dan pasangan. Jika mahu membawa pasangan, mereka perlu buat visa berasingan.

Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan bayaran NZ$208 (~RM860) menggunakan kad kredit atau kad debit.

Adalah diingatkan bahawa hanya 1,150 visa ini akan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia.

Jika anda berminat untuk memohon visa ini dan ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Semoga berjaya!

PENGALAMAN BEKERJA DI NEW ZEALAND

Berikut sedikit perkongsian daripada Muhammad Anwar bin Ibrahim yang pernah bekerja selama 9 bulan di New Zealand di bawah program working holiday visa (WHV).

“Working Holiday Visa New Zealand untuk warga Malaysia hanyalah selama 6 bulan. Dan boleh sambung lagi 3 bulan dengan beberapa syarat.

"Selepas cukup 9 bulan, tiada lagi tempoh extend untuk WHV melainkan visa pelancong yang hanya sah untuk tujuan melancong saja, bukan untuk bekerja." – Anwar.

Menurut pelajar lulusan UTP ini, dia terus ke New Zealand sebaik saja selepas habis peperiksaan akhir.

Apatah lagi tiket penerbangan ke New Zealand telah dibeli setahun lebih awal, iaitu sewaktu AirAsia mengumumkan route penerbangan ke Auckland.

"Perancangan asal saya hanyalah travel saja, sebab NZ memang dah masuk dalam ‘wishlist’ saya. Tapi dalam 1 ke 2 bulan sebelum ke NZ saya dapat info dari kawan berkenaan WHV NZ dan dari sini saya ambil keputusan untuk cuba memohon."

Pekerjaan yang dilakukan sepanjang di New Zealand

Sepanjang 9 bulan di negawa Kiwi ini, Anwar berpeluang bekerja di kedua-dua pulau utama iaitu di North Island dan South Island.

Sepanjang di North Island, Anwar bekerja di ladang memetik epal, blueberries, dan juga di kilang memproses epal di Hastings.

Apabila dia ke South Island pula, Anwar berpeluang bekerja sebagai pembantu ladang lembu susu di sebuah ladang menternak lembu di Ashburton, South Island.

Skop kerja di ladang ini termasuk memerah susu, menghalau lembu, bawa traktor dll kerja berkaitan.

Bagaimana dengan penginapan?

Bagi tempat tinggal, menurut Anwar ia bergantung kepada jenis kerja, lokasi ladang dan juga musim.

Ada majikan yang menyediakan tempat tinggal di ladang dan mengenakan sewa yang lebih murah. Ini sekali gus membantu dari segi menjimatkan kos pengangkutan.

Tapi jika tinggal di bandar, harga sewaan adalah antara 60-150 NZD seminggu bergantung kepada tempat dan musim.

Bagi Anwar sendiri, sepanjang di New Zealand dia banyak tinggal di rumah sewa di bandar, kecuali sepanjang bekerja di ladang menternak lembu di mana rumah sewa disediakan oleh majikan.

Tinggal seorang diri di ladang

Bagi Anwar, ada 2 pengalaman menarik yang dirasakan banyak memberi pengajaran sepanjang bekerja di New Zealand.

Menjadi dairy farm assistant memerlukan Anwar tinggal di sebuah rumah ladang seorang diri.

Lokasi rumah pula jauh dari bandar, iaitu 45 minit memandu kereta.

Keadaan ini menyebabkan Anwar bukan hanya perlu pandai menguruskan masa, tapi juga perlu belajar dan beradaptasi dengan keadaan semasa.

"Sepanjang di sini saya kena uruskan semuanya sendiri. Uruskan masa, jam berapa kena bangun, bila nak masak, bila perlu keluar ke bandar, bila masa boleh travel.

"Contonya, jam 4 ke 5 pagi dah bangun. Saya mula kerja seawal jam 4.30 pagi bergantung kepada shift. Tengah hari saya balik rumah utuk rehat dan makan. Kemudian sambung balik kerja sehingga jam 5-7 petang.

"Petang, balik masak dan sediakan apa yang perlu untuk hari kerja esok. Ini contoh rutin hari bekerja. Dan bila waktu cuti, inilah waktu yang paling di tunggu.

"Saya akan hargai betul-betul waktu ini, gunakan sepenuhnya untuk travel walapun kadang-kadang off day 1 hari saja. Tak lupa juga off day adalah hari untuk saya beli barang untuk memasak." – Anwar

Kerja di kilang epal

Semasa bekerja di kilang memproses epal, lain pula pengalaman Anwar.

Bekerja di tempat yang juga menawarkan pekerjaan yag sama kepada backpackers lain memberi peluang kepada dia untuk berkenalan dengan pengembara dari serata dunia.

"Walaupun kerja bosan (pusing-pusing nampak epal sahaja selama 10 jam), tetapi saya dapat berborak dengan traveller dari merata dunia di waktu smoko (smoko adalah terma untuk waktu rehat yang singkat selama 15 minit).

"Di waktu ini kami berkongsi pengalaman dan cerita. Ada yang datang dari Amerika Selatan, Eropah dan dari negara kepulauan."

Malah, Anwar juga pernah berkenalan dengan traveller dari negara yang dia sendiri tak pernah dengar sebelum ini.

Di hari cuti pula, berbagai aktiviti dirancang bersama. Antaranya meneroka kawasan sekitar, BBQ party, hiking, main golf dan ada masa hanya sekadar lepak bersama dan belajar memasak.

Tips memohon working holiday visa New Zealand

Anwar turut berkongsi 5 tips berikut untuk anda yang nak mohon WHV NZ;

1. Buat kajian lengkap ke mana patut pergi dan bila patut pergi.

Sebab tak semua kerja ada di setiap waktu. Ada kerja bergantung kepada musim tertentu.

Yang perlu anda tahu, di mana kerja itu dan di waktu bila. Cara ini membantu untuk lebih mudah anda rancang di waktu mana yang sesuai untuk pergi.

Jadi, bila sampai di sana boleh walk-in sahaja. InsyaAllah banyak kerja di sana untuk pemegang WHV.

2.Guna duit simpanan sebagai modal

Di NZ, paling penting adalah kenderaan, contohnya kereta. Bila ada kereta mudah untuk bergerak ke tempat kerja, dan juga untuk cari kerja.

Selain itu, kereta juga boleh digunakan sebagai rumah sementara. Ini adalah perkara biasa bagi pengembara di sana tidur di dalam kereta.

Cuma anda kena pastikan ia di tempat yang dibenarkan untuk parking dan bermalam.

3. Cari partner. Jika boleh sebelum sampai di New Zealand

Anda boleh jimat banyak dari segi kos perkongsian beli kereta, tempat tinggal, kos beli barang dapur dan sebagainya. Lag-lagi lagi kalau nak travel, amat jimat.

4. Siap kan 2 ke3 laptop atau 2 ke 3 browser untuk memohon WHV NZ

Pastikan passport sedia atau diperbaharui. Jangan gelabah waktu isi borang. Pastikan isi betul-betul.

Minta tolongjuga pada kawan-kawan untuk cuba mohon bagi pihak kita kalau mereka free.

5. Pastikan kad debit ada duit untuk buat pembayaran

Perlu diingat, anda hanya boleh mohon sekali saja seumur hidup, sebelum umur 30.

"NEVER THINK TWICE, JUST GO FOR IT. AND YOU WILL APPRECIATE IT LATER."

Perubahan positif kepada diri

Bagi Anwar sepanjang di New Zealand banyak perkara baru yang telah dipelajari. Paling utama dia dapat belajar memasak dan buat roti serta kek.

"Sebelum ni tak pernah nak memasak. Bila di sini rajin tu datang sendiri dan semua benda nak dicuba. Belajar sendiri is the best way walaupun kadang-kadang tak sedap pun."

Tambah Anwar lagi, hidup merantau di tempat orang juga mengajar dia untuk belajar berdikari, uruskan masa dengan lebih baik, bagaimana untuk survive dan hiburkan diri bila harus tinggal seorang diri di ladang.

Anwar juga semakin menghargai erti persahabatan.

"Sebab bila travel solo, apatah lagi bila kena tinggal sorang diri di ladang, saya jadi suka bila dapat jumpa orang baru, walaupun tak kenal.

"Lagi-lagi bila jumpa orang dari Malaysia, dari tak kenal terus jadi rapat hinggakan perbezaan umur bukan satu masalah."

Bekerja dan menetap selama 9 bulan di New Zealand turut membuat Anwar melihat satu-satu perkara dari sudut berbeza.

"Jika sebelum ni saya hanya travel touch & go kerana masa yang terhad, kali ni saya ada peluang untuk terokai satu-satu tempat dengan lebih lama.

"Sekali gus bagi peluang kepada saya untuk belajar tentang budaya dan ambil tahu kenapa ada perkara di lakukan berbeza oleh penduduk setempat.

"Banyal persoalan turut terjawab bila saya ada masa untuk explore."

Perancangan masa depan

Nampaknya Anwar seperti sudah suka dengan New Zealand, malah pemuda ini merancang untuk kembali ke New Zealand dan meneroka peluang di sana.

"Saya merancang nak buat special tour di NZ, khas untuk mereka yang ingin merasa hiking dan explore tempat yang kurang popular tetapi memilik pemandangan yang sangat cantik.

"Saya ingin jadikan travel sebagai kerjaya dengan berkongsi berpengalaman dan tips-tips travel.

"Sebab tak semua orang berpeluang untuk travel dan tak semua orang ada masa atau duit untuk travel."

Harapnya, dengan perkongsian pengalaman ini, ia dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada pembaca dan there’s a lot of way to travel.

Ada soalan tentang Working Holiday Visa NZ? Anda boleh DM di Instagram M Anwar Ibrahim.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
10 Pekerjaan Terbaik Jika Anda Pemegang Visa Melancong Sambil Bekerja Di Australia Dan New Zealand11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di New Zealand
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/01/visa-kerja-sambil-melancong-new-zealand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wah Tak Sangka Kerajaan New Zealand Buka Permohonan Untuk Rakyat Malaysia Bekerja Di Sana

Wah Tak Sangka Kerajaan New Zealand Buka Permohonan Untuk Rakyat Malaysia Bekerja Di Sana

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 322 hits
Korang pernah terfikir tak untuk bekerja di luar negara Ohmedia sebenarnya nak bagitahu mungkin ni peluang terbaik untuk korang tau Bukan apa kerajaan New Zealand nak buka permohonan visa untuk rakyat Malaysia bekerja secara sah dari segi u...
Permohonan Geran Penubuhan Taska Di Tempat Kerja Bagi Tahun 2020

Permohonan Geran Penubuhan Taska Di Tempat Kerja Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 749 hits
Permohonan Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja Bagi Tahun 2020 Menteri Kewangan dalam Ucapan Bajet 2019 telah mengumumkan peruntukan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 buah TASKA baharu di bangunan Kerajaan Lanjutan dari itu Kerajaan ...
5641 Saya Sampai Tak Boleh Nak Makan Nak Tidur Nak Kerja Disebabkan Ahlong Mangsa Ahlong Tv Ppim 09 01 2020

5641 Saya Sampai Tak Boleh Nak Makan Nak Tidur Nak Kerja Disebabkan Ahlong Mangsa Ahlong Tv Ppim 09 01 2020

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 418 hits
Saya Sampai Tak Boleh Nak Makan Nak Tidur Nak Kerja disebabkan Ahlong Mangsa Ahlong Terjerat Ahlong Jangan Tangguh Dapatkan Bantuan SATRIA INTELLIGENCE AGENCY Alhamdullilah SATRIA Telah Berjaya Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaa...
Analisis Gelombang Elliott Bagi Pasangan Eur Jpy Untuk 03 Januari 2020

Analisis Gelombang Elliott Bagi Pasangan Eur Jpy Untuk 03 Januari 2020

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 298 hits
Pasangan mata wang EUR JPY telah menembusi di bawah sokongan pada tahap 121 55 yang menunjukkan bahawa kiraan jangka pendek kami adalah laluan pergerakan dan kami telah mengkaji kiraan kami dari bulan September yang rendah pada tahap 115 83...
1 Januari 2020

1 Januari 2020

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 393 hits
Assalamualaikum Rabu 01 Januari 2020 Hari pertama di tahun 2020 Alhamdulillah Apa khabar semuanya Moga dikurniakan kesihatan yang baik Ada yang berkerja ada yang bercuti Hari pertama persekolahan anak anak Cik Rose sendiri ada 5 orang anak ...
Bayi Lahir 1 Januari 2020 Bakal Dapat Vaksin Pneumokokal Percuma Bermula Jun Tahun Ini

Bayi Lahir 1 Januari 2020 Bakal Dapat Vaksin Pneumokokal Percuma Bermula Jun Tahun Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 453 hits
Berita yang ditunggu tunggu oleh ibu bapa yang mempunyai bayi dan anak kecil kini telah dikemaskini Seperti umum sedia maklum dalam Pembentangan Bajet 2020 pada Oktober tahun lalu mengumumkan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk program vaks...
Bmkg Peringatan Dini 4 Januari 2020 Waspada Cuaca Ekstrem Di Sejumlah Wilayah

Bmkg Peringatan Dini 4 Januari 2020 Waspada Cuaca Ekstrem Di Sejumlah Wilayah

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 214 hits
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika menyampaikan peringatan dini di sejumlah provinsi di Indonesia besok Sabtu Peringatan dini tersebut disampaikan pada situs resmi BMKG bmkg go id Sabtu 21 provinsi mendapatkan peringatan dini 13 pr...
Page 1 Of 365 1 Januari 2020

Page 1 Of 365 1 Januari 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 428 hits
Assalamualaikum Selamat pagi tahun 2020Alhamdulillah Page 1of 365 hope it s good story Tahun 2020 Rania 6 tahun Tahun ke tiga di sini Ummi tak minta banyak Cuma ummi doakan Rania dikurniakan kesihatan yang baik bangun awal tak banyak kerena...
Sarapan Percuma Buat Murid Sekolah Rendah Bermula 20 Januari 2020

Sarapan Percuma Buat Murid Sekolah Rendah Bermula 20 Januari 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 558 hits
Sarapan Percuma Buat Murid Sekolah Rendah Bermula 20 Januari 2020 Program Sarapan Percuma ini membabitkan 100 buah sekolah Rendah Alhamdulillah Umi tumpang gembira bila Kerajaan membuat Program Sarapan Percuma bagi anak anak The post appear...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik