New York Cheese Cake Dan Choc Indulgence Cake Dari Harold S Bread
Assalamualaikum...
MINGGU lepas, Iman ada suarakan nak makan Chocolate Indulgence Cake dari Secret Recipe. Jadi, Sk cakap, tunggu Jumaat la, kita guna grabfood, order makan sekali. Jadi, Jumaat tu, dua beranak ni dok la membelek apps grabfood dari tengahari sambil tu scroll fb page grup taman kot ada jualan makanan yang luar biasa sedap, kan. 😆 Bila dah hari-hari work from home sambil work for home (masak sendiri, makan sendiri), bila dah sampai Jumaat memang dah tak daya nak berfikir nak masak apo 😭 campur malasnya ya ampun...
Lalu la pulak promo dari Harold's Bread Mutiara Rini dengan khidmat penghantaran terus ke pintu rumah. Tengok ada jugak jualan kek slice dan kek sebuah? Sebijik? Saiz 7" dan 9". Terus cakap dengan Iman, kita order kek HB aje la, ada saiz kecik sikit, kalau SR kek beso sangat, nak ambil slice rasa tak berbaloi 😂
Sudahnya tak jadi pun nak order makan guna grabfood tapi petang tu, pergi tapau nasi kerabu dalam taman ni jugak, sambil tu hantar whatsapp nak confirm order HB tu, dia kata untuk penghantaran esok (sabtu). Esok pun esoklah janji dapat makan kek 😆
Alang-alang order terus dua biji padahal tadi kata SR besar sangat. Sebab bila nampak ada cheese cake nak jugak. Biasa kalau pergi HB memang akan beli kek keju dia cuma biasanya beli yang saiz kecik macam swiss roll tu
Happy makan-makan katanya, petang Sabtu buat makan-makan anak beranak makan New York Cheese Cake. Kek sedap cuma bagi Sk terlalu manis dan agak peroi
Ni haaaa.. dah hari isnin, baru sempat nak potong Choc Indulgence. Tak mengecewakan tekstur dan rasa CIC dari HB ni. Boleh beli lagi la lain kali..
🤭🤭🤭
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/06/new-york-cheese-cake-dan-choc.html