New Chickenchop Recipes Jom Ketahui Asal Usul Sejarah Chiken Chop
Aktiviti ngeteh bersama keluarga adalah salah satu acara yang patut kita lakukan.
Bukan untuk mengajar mereka untuk suka melepak dekat kedai makan, tetapi satu aktiviti makan bersama keluarga.
Ia lah kena ada sedikit reward untuk keluarga setelah habis seminggu. Dalam seminggu masing – masing telah menjalankan tugasan mereka.
Anak – anak kesekolah, pergi mengaji, mengulang kaji. Isteri ada yang berkerja untuk membantu suami dan ada juga yang sibuk menguruskan rumah tangga.
Set chiken Chop
Tahu tak anak – anak yang baru meningkat pasti suka akan chiken chop.
Kepingan ayam yang disaluti tepung dan digoreng garing diluar berjus didalam.
Set chikenn chop ini biasa nya akan dihidang bersama kentang goreng, salad dan sos barbekue. (betulkan saya jika saya silap)
Biasnya kalau pergi kedai makanan barat. set chiken chop ini lah yang saya rasa paling murah berbanding set yang lain.
Namun bergitu kekadang kita pergi dekat kedai makanan barat ini. Kita lihat menu nya banyak. Tapi yang ada hanyalah chiken chop dan kemunkinan besarnya pasta. (spagheti carbonara bersama hirisan sosej).
Tidak kisal lah nama macam mana sekalipun apa yang penting. Chiken chop anda tidaklah rasa seperti kapas.
Set chiken chop crispy. Siapa yang buat dari ayam proses kena jaga – jaga kualiti dia . Silap hari bulan bukan rasa kapas munkin oleh jadi kapas masam.
Chiken Chop Rasa Kapas.
Mengikut kefahaman saya . chiken chop ini rasanya seperti nugget ayam yang sudah berberapa kali anda sejuk beku dan nyah beku.
Memang sangat fail dan tak bestlah kalau nak hidangkan customer anda dengan kualiti makanan yang tidak setimpal dengan harga.
Sebanarnya kesilapan ini boleh diperbaiki.
Tak perlu susah – susah. Google sahaja resepi terbaik pasti akan muncul.
Resepi Ringkas Chiken Chop
Bahan – bahan
Seketul ayam (bahagian paha dan atasnya)
Serbuk Roti
Sebiji telur
Tepung gandum
Sedikit garam
Minyak
Sos lada hitam
Ayam dibersihkan.Buang kulit dan tulang. Nak senang beli sahaja ayam tanpa tulang di pasar agro.
Torehkan ayam sehingga menjadi nipis dan lebar
Ayam disapu sedikit garam dan ditampal dengan tepung.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau. Celupkan ayam tadi dengan telur
Ayam tadi kemudiannya dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi serbuk roti.
Letak serbuk roti diatas ayam dan tekan supaya padat.
Goreng dalam minyak yang banyak.
Mudah bukan?
Baca juga:—> Taktik Bisnes Makanan Dari Rumah, Wow Dapat Extra RM1000
Asal Usul Sejarah Chiken Chop
Chicken Chop bukan western food.
Saya ada menemui satu artikel di halaman facebook.
Sebenarnya chicken chop BUKAN hidangan western food.
Chicken Chop adalah masakan ciptaan TEMPATAN tanah melayu(semenanjung,Singapore).
Sejarah Chicken Chop bermula ketika zaman jajahan kolonial di semenanjung.
Penjajah membawa masuk pekerja-pekerja dari selatan China.
Dipercayai bangsa Hainan membawa sejenis hidangan daging khinzir yang digoreng bersama salutan tepung,akan tetapi daging khinzir agak sukar didapati di semenanjung ketika itu,maka ayam digunakan sebagai pengganti.
Hidangan ini sebenarnya berkuah pekat masam manis.
Hidangan ini seterusnya dijual di gerai² makan milik bangsa hainan dan sudah tentu pelanggan mereka ketika itu juga diantaranya terdiri dr pegawai² bangsa inggeris.
Maka nama chicken chop wujud dari situ.
Hidangan ini seterusnya diasalimisasikan dgn cara hidangan bangsa inggeris iaitu didalam satu pinggan harus mengandungi protin sebagai makanan utama dan di sertakan sayuran dan sumber kanji(nasi digunakan ketika itu)dihidang bersama sos sweet sour berasingan.
Ya chicken chop bukan western food tetapi lebih kepada hidangan fusion dari 3 negara dan dicipta di Tanah Melayu.
Semoga perkongsian New Chicken Chop Recipes Jom Ketahui Asal Usul Sejarah Chiken Chop ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
The post New ChickenChop recipes jom ketahui asal usul sejarah chiken chop appeared first on Onlajer.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://onlajer.com/blog/asal-usul-sejarah-chiken-chop/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=asal-usul-sejarah-chiken-chop