New Branding Akubudakseni
Hellow semua, Ucapan Assalamualaikum kepada muslim dan hai hai kepada kawan saya yang lain bangsa. Wow lama sungguh tak post entry, rasanya visitor pun kompom lah tak ramai dah, tapi rasanya entry2 yang ada kat dalam ni sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan pengunjung terutama yang menghadapi masalah untuk memahami bahasa English.
Kami di sini sekadar pelajar yang ingin membantu rakan2 yang hadir semata2 berminat untuk menambahkan pengetahuan seni.Sejak Tahun 2009 yang lalu kami menggunakan Logo ciptaan saya (spikey) dan Aku Napie (akusempoi) sebagai identiti komuniti ini, walau bagaimanapun, sudah pasti akan berlaku beberapa perubahan selepas beberapa tahun menimba pengalaman dalam industri seni.
Saya dan Rakan AkuBudakSeni semuanya bersetuju untuk rebranding semula logo kami dan setelah mencapai kata sepakat, kami keluarkan idea maka, lahirlah identiti baru A.B.S
IDEA ASAL KALI INI adalah lebih comel dan ringkas, namun lebih professional. Kami memberi penekatan pada perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada SENI 1.LOVE
2.PASSION
3.LIFE
Love atau cinta, psikologi warnanya adalah merah..mewujudkan rasa ghairah untuk mendekati sesuatu.Kalau kita tak suka seni, mustahil kita jadi seorang budak seni. kan?
Passion atau kesukaan atau kegemaran menjadikan kita tekun serta sabar dalam melakukan aktiviti seni kita yang bermain dengan masa dan tenaga. Kita lakukan tanpa paksaan dengan kerelaan. Part ni Ramai yang lebam2 mata masuk Art and Design ni.
Life atau Kehidupan, seni menjadikan kehidupan itu indah. Penuh perasaan dan menjadi sumber untuk AkuBudakSeni terus bernyawa. Dengan bantuan anda selama ini, Kami masih teguh Berdiri. Terima Kasih Sahabat handai. :D
Logo itu mewakili keseluruhan perkara yang membuatkan kita dekat dengan seni. Dan Segi Empat pula membawa makna fikiran yang menjana kretiviti dari cinta, suka dan kehidupan.kotak-kotak itu tidak di isi dengan sebarang makna supaya membawa maksud think outside the box atau lebih tepat, jadilah kretif dan lain dari yang lain.. Insyaallah.
Selepas ni, kenelah buat semua produk corporate.. ni semuanya modal ni...so nak korek2 tabung dan ugut kawan2 budak seni ni supaya kuarkan duit hahahahaha gurau je....
Kali Ini Kami amat komited dengan apa yang kami buat...dan Kawan-kawan menjadi inspirasi untuk kami terus melangkah jauh...
Walaupun kami selalu gaduh2, tapi kami ibarat adik beradik yang tak dapat dipisahkan, semoga semuanya akan baik2 belake....
Kepada kawan2 yang nakkan bantuan kami, anda boleh saje ke group facebook kami https://www.facebook.com/groups/186129716348/
insyaallah kami bantu apa yang patuiiittt.... Tata -SpikeyFidz- Loading...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://akubudakseni.blogspot.com/2011/12/new-branding-akubudakseni.html