Netizen Tawar Bantuan Kepada Mahasiswa Terkandas


Ainaa AimanRamai netizen menawarkan bantuan kepada mahasiswa yang terkandas di kampus universiti susulan pengumuman tiba-tiba penangguhan pendaftaran secara bersemuka.PETALING JAYA: Netizen menyuarakan kemarahan mereka di Twitter susulan pengumuman penangguhan pendaftaran secara bersemuka di institusi pengajian tinggi (IPT) secara tiba-tiba oleh kementerian pengajian tinggi yang menyebabkan ramai mahasiswa terkandas.
Di bawah tanda pagar seperti #TolongBantu dan #MenteriKPTSilaLetakJawatan, ramai anggota masyarakat yang prihatin menawarkan tempat penginapan, makanan dan pengangkutan secara percuma kepada mahasiswa.
Amir Abd Hadi, 29, menawarkan tempat penginapan di rumahnya kepada mahasiswa yang terkandas di Lembah Klang.
“Buat masa ini, mana-mana mahasiswa yang terkandas di Lembah Klang yang memerlukan tempat penginapan buat sementara boleh menghubungi saya,” kata beliau dalam satu ciapan.
“Rumah saya kecil, tetapi tidak menjadi masalah buat masa ini sebelum kita menemui penyelesaian lebih baik.”
Bercakap dengan FMT, Amir berkata, beliau tidak boleh berdiam diri sewaktu mahasiswa bersusah payah bertolak ke universiti dan akhirnya terkandas apabila menyedari pendaftaran ditangguhkan.
“Saya pernah menjadi mahasiswa daripada keluarga B40 sebelum ini. Jadi saya memahami betapa susahnya untuk hidup,” kata beliau.
“Buat masa ini, kami hanya dapat menyediakan duit poket untuk membeli makanan dan tiket bas kepada 500 mahasiswa. Terdapat ribuan mesej dan ia (mesej) tidak berhenti.”
Beliau mencadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi memberi pampasan kepada mahasiswa tersebut bagi kos yang ditanggung kembali ke kampus, selain mengurangkan yuran pengajaran universiti awam.
Amir tidak keseorangan kerana ramai menawarkan bantuan melalui media sosial kepada mereka yang terkandas di kampus, jauh dari rumah mereka.
Pengguna lain dengan nama “PU Rahmat Ikhsan” di Twitter, menawarkan sebuah rumah kosong di Gombak sebagai tempat penginapan mahasiswa yang memerlukan.
“Saya ada rumah di Gombak. Jika anda merupakan pelajar yang memerlukan bantuan penginapan kerana terkandas, hubungi Twitter saya. Kita cuba bantu. Kementerian Pengajian Tinggi, ‘shame on you’!” tambah beliau
Kementerian Pengajian Tinggi meminta institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan semua pendaftaran pelajar secara fizikal dan bersemuka atas faktor peningkatan kes Covid-19.
Dalam kenyataan, kementerian itu berkata keputusan itu dibuat berikutan kebimbangan yang disuarakan oleh mahasiswa, ibu bapa dan masyarakat awam susulan peningkatan mendadak kes Covid-19, hanya beberapa hari sebelum kemasukan mahasiswa baru.
Semalam, menterinya, Noraini Ahmad, memohon maaf atas kesulitan dihadapi mahasiswa berhubung notis penangguhan pendaftaran yang dibuat pada saat akhir.
Beliau berkata, mahasiswa yang telah tiba di kampus masing-masing boleh tinggal di situ sementara menunggu arahan lebih lanjut daripada pihak universiti.
Beberapa NGO juga tampil untuk menghantar mahasiswa yang terkandas pulang ke rumah.
Bernama hari ini melaporkan terdapat NGO bernama Kindness Malaysia menawarkan bantuan kepada mereka yang terkandas di universiti atau rumah sewa untuk pulang ke rumah mereka di Semenanjung.
Pengerusinya, Mohd Azrul Mohd Razak berkata, mahasiswa di kampus IPT di negeri utara Semenanjung boleh menghubungi Kindness Malaysia di talian 016-7074798 untuk bantuan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/netizen-tawar-bantuan-kepada-mahasiswa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Terkandas Untuk Sambung Belajar Ramai Rakyat Hulurkan Bantuan

Pelajar Terkandas Untuk Sambung Belajar Ramai Rakyat Hulurkan Bantuan

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 518 hits
Salam to all readers Selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu This week memang aku duduk rumah sahajalah memandangkan kes Covic 19 naik mendadak Dengan orang sibuk pilihan raya lagi waktu Covic 19 ini Tengok siaran langsung DG Hisham...
Kindness Malaysia Tawar Bantuan Hantar Pelajar Ipt Terkandas Pulang Ke Rumah

Kindness Malaysia Tawar Bantuan Hantar Pelajar Ipt Terkandas Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 347 hits
Sebuah badan bukan kerajaan nbsp Kindness Malaysia mengambil inisiatif membantu menghantar pulang pelajar institusi pengajian tinggi yang terkandas selepas sesi pendaftaran pengajian bagi pelajar lama dan baharu ditunda berikutan penularan ...
Kerajaan Selangor Salur Bantuan Kepada Mahasiswa Terjejas

Kerajaan Selangor Salur Bantuan Kepada Mahasiswa Terjejas

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 343 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kerajaan negeri kini mengumpul maklumat mengenai mahasiswa yang terjejas SHAH ALAM Kerajaan negeri Selangor akan menyalurkan Program Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan kepada pelajar yang te...
Bantuan Penempatan Sementara Mahasiswa

Bantuan Penempatan Sementara Mahasiswa

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 254 hits
BANTUAN PENEMPATAN SEMENTARA MAHASISWA BANTUAN PENEMPATAN SEMENTARA MAHASISWA RequiredNAMA PENUH Your answerNO IC Your answerNO TELEFON Your answerEMAIL Your answerINSTITUSI PENGAJIAN TERKINI Your answerKURSUS PENGAJIAN Your answerNO PELAJA...
Bantuan Untuk Mahasiswa

Bantuan Untuk Mahasiswa

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 300 hits
Pemuda UMNO Malaysia melalui Sekretariat Mahasiswa dan Pendidikan akan menggerakkan Jawatankuasa Khas Perundingan melibatkan kepimpinan UMNO Siswa di setiap IPT untuk membantu semua mahasiswa yang memerlukan bantuan khas nasihat dan runding...
Sumbangan Dana Bagi Membantu Mahasiswa Terkandas

Sumbangan Dana Bagi Membantu Mahasiswa Terkandas

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 272 hits
KPT FLIP FLOP BATALKAN DI SAAT TERAKHIR PENDAFTARAN DI KAMPUS Ramai yang mengeluh kecewa dan hampa apabila pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi yang membatalkan pendaftaran di kampus di saat saat terakhir sehinggakan MenteriKPTsilaletak...
Skim Bantuan Yuran Pendaftaran Ipt Maij Cara Permohonan Bantuan Untuk Mahasiswa Belajar Dalam Negara 2020

Skim Bantuan Yuran Pendaftaran Ipt Maij Cara Permohonan Bantuan Untuk Mahasiswa Belajar Dalam Negara 2020

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 528 hits
SKIM BANTUAN YURAN PENDAFTARAN IPT MAIJ CARA PERMOHONAN BANTUAN UNTUK MAHASISWA BELAJAR DALAM NEGARA 2020 Majlis Agama Islam Johor mempelawa mahasiswa yang akan menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Dalam Negara untuk memohon Sk...
Covid 19 Beri Bantuan Kewangan Pelajar Terkandas

Covid 19 Beri Bantuan Kewangan Pelajar Terkandas

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 298 hits
Mahasiswa terkandas akibat keputusan tergesa gesa Kementerian Pendidikan Tinggi menukar sesi kuliah fizikal kepada secara atas talian terus mendapat kecaman rakyat Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad situasi kucar kacir yang ...
Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan Cara Permohonan Senarai Bantuan

Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan Cara Permohonan Senarai Bantuan

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 450 hits
BANTUAN PRIHATIN MAHASISWA DARUL EHSAN CARA PERMOHONAN SENARAI BANTUAN Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Kaukus ADUN Muda Selangor mengumumkan untuk menyalurkan bantuan kepada mahasiswa yang terkesan akibat penularan pandemik wabak ...
Bella Astillah Sah Sertai Era Kini Penyampai Radio 3 Pagi Era

Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

Semua Warganegara Malaysia Dengan Lesen Memandu Sah Layak Untuk Subsidi Ron95 Anwar

Subsidi Petrol Ron95 Budi Madani

Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Competing With Big Brands

8 Tahun Lepas

Iklan Digantung Jun Jihyun Diboikot Dek Isu Ini Dalam Tempest

Saya Minta Maaf Saya Cakap Tipu Mama Amp Abuya Space Dollah Bongkar Satu Rahsia

Bismillah Trip Penerbangan Dari Kuching Ke Kuala Lumpur Ke Pulau Langkawi

Pbt Kl Tak Berfungsi Mereka Monopoli Sampai Orang Tempatan Berniaga Dapat Rm5 Sahaja