Netizen Speechless Mat Saleh Cipta Lagu Khas Untuk Malaysia
Netizen “Speechless”, Mat Saleh Cipta Lagu Khas Untuk Malaysia
Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Ada yang datang untuk belajar dan bekerja, ada pula yang sekadar ingin bercuti seketika daripada kesibukan hidup.
Namun akhirnya, ramai yang meninggalkan Malaysia dengan memori yang terlalu manis untuk dilupakan. Seolah-olah Malaysia sudah menjadi rumah kedua di hati mereka.
Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang Mat Saleh yang dikenali ramai sebagai “Mr. T”, mencipta lagu khas tentang Malaysia ketika mahu meninggalkan negara ini.
Lagu itu bukan sekadar hiburan, tetapi penuh dengan rasa cinta, penghargaan dan kenangan yang terlalu bernilai buatnya.
Setiap bait lirik seolah-olah menceritakan perjalanan hatinya bersama Malaysia, seperti ucapan terima kasih kepada sebuah negara yang pernah menjadi rumah baginya.
@random.4.you
@Mr. T Leaving Malaysia… but Malaysia won’t leave me.

Teh tarik + mamak nights forever. What’s your favorite Malaysia memory? #Malaysia #KualaLumpur #TehTarik #Mamak #MalaysiaMemories
♬ leaving Malaysia by Mister T – Mr. T
Tidak hairanlah, lagu ini pantas menjadi perhatian dan dikongsi ramai. Bukan rakyat Malaysia sahaja yang tersentuh, malah ramai yang mengaku rasa sebak mendengar luahan jujurnya.
Ruangan komen ‘banjir’ dengan orang kita
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa bangga, terharu dan dalam masa sama sebak melihat bagaimana ‘orang luar’ begitu menghargai negara kita.
“Satu-satunya perkara yang kami ‘curi’ hanyalah hati anda.”
“Lagu yang sangat indah, sampai buat saya sebak. Awak buat saya sedar betapa cantiknya negara saya. Terima kasih banyak, bro.”
“Lagu ini betul-betul melekat dalam kepala saya. Terima kasih. Kasih sayang awak terhadap Malaysia memang sangat dihargai. Datanglah semula bila-bila masa pun, kami sentiasa menyambut awak dengan tangan terbuka.”
“Lagu ini betul-betul menyentuh hati saya. Betulkah awak akan pergi? Awak akan kembali semula kan? Baru teringat teh tarik pun, mesti awak akan balik juga… Jumpa lagi nanti.”
Dalam video berasingan, Mr. T mengakui dia sangat tersentuh dengan sambutan luar biasa rakyat Malaysia terhadap lagunya. Tambahnya, walaupun kini berada jauh, Malaysia tetap punya tempat istimewa dalam hatinya.
“Saya sudah meninggalkan Malaysia dan apabila sampai di sini, saya benar-benar terkejut dengan betapa banyaknya kasih sayang yang rakyat Malaysia tunjukkan terhadap video muzik terakhir saya tentang meninggalkan Malaysia. Anda semua memang terbaik. Saya rindu dan saya sayang anda semua, Malaysia,” katanya.
BACA: Bila “First Timer” Buat Karipap Terus Nak Open Order, Terhibur Baca Komen Netizen
Sumber: TikTok @random.4.you
The post Netizen “Speechless”, Mat Saleh Cipta Lagu Khas Untuk Malaysia appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/25/netizen-speechless-mat-saleh-cipta-lagu-khas-untuk-malaysia/