Netizen Berlagak Seakan Tuhan Hukum Nabila Kata Sudah Ditarik Nikmat Allah Sebab Gagal Menyusu Badan


'Netizen berlagak seakan Tuhan hukum Nabila kata sudah ditarik nikmat Allah sebab gagal menyusu badan'


Minggu lalu, isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila memuat naik gambar susu formula dengan niat bertanya kepada netizen di mana lokasi untuk mendapatkannya berikutan bekalan susu anaknya sudah habis. 


Namun, netizen pula membawang tak ingat dunia dengan mempertikaikan harga susu tersebut, sehingga ada yang biadab mentertawakan dan memandang rendah pada Noor Nabila yang tidak mampu memberikan susu badan. 
Lebih biadab lagi apabila ada netizen yang kata semua susu formula di pasaran adalah sampah. 




Isu ini juga mendapat perhatian dari Dr Rusyainie Ramli yang kesal dengan sikap netizen berlagak seperti Tuhan menghukum Nabila dengan sewenang-wenangnya

TUHAN TARIK NIKMAT MENYUSU BADAN?
KASIHAN Nabila dan Shaarnaz. Sejujurnya, saya rasa mereka hanya bertanya tanpa niat nak menunjuk ke apa. Bekalan susu anak mereka habis, itu saja. Tetapi kata-kata netizen semua sungguh kejam. Siap berlagak seakan Tuhan dengan menghukum Nabila yang katanya sudah ditarik nikmat Allah sebab gagal menyusu badan

Saya sendiri pun tidak berjaya menyusukan Zulaikha dulu. Saya tak ada ilmu masa tu. Ditambah pula saya sangat stres sebab Zulaikha terlalu banyak ragamnya dari dalam pantang. Memang ketika itu, saya tidaklah muda sangat, tetapi baru bekerja nak menyesuaikan diri dengan hidup sebagai isteri dan mama. Semua itu sukar bagi saya

Apabila saya melahirkan Thorique 3 tahun selepas Zulaikha, keadaan sangat berbeza dan ternyata saya berjaya memberikan susu badan sehingga Thorique berusia hampir 2 tahun

Bila saya baca setiap butir perkataan netizen yang mengecam Nabila, saya beristighfar panjang. Kebanyakan ibu-ibu yang saya temui sepanjang saya bekerja memang nak menyusu badan. Mereka hampa dan kecewa bila tak berjaya. 
Atas apa sebab pun, mereka yang mengharungi hidup mereka. Kita sebagai orang luar, tahu ke tak setiap ujian dan dugaan yang mereka hadapi? Siapa kita nak mengadili mereka sebagai ibu yang tak sempurna sebab tak mampu bagi susu sendiri kat anak

Lantang sangat bila jari menekan papan kekunci itu! Seakan-akan netizen-netizen itu semua bagus sangat! Nabila dan ramai ibu-ibu lain itu yang tak dapat menyusu badan itu ada sebab kenapa. Kita tak perlu tahu pun dan dia beli susu formula pun bukannya meminta duit dari netizen, kan? Huh

Benar, susu badan itu punya banyak kelebihan. Sains telah pun membuktikannya dan tak dinafikan pun. Tapi Pertubuhan Kesihatan Dunia telah memberi garis panduan yang susu formula boleh sebagai pengganti susu badan sampai bayi berusia 1 tahun

Boleh menyusu badan bukan kriteria yang menentukan seorang wanita tu jadi ibu yang baik. Bukan gerenti yang ibu itu punya skil nak memanusiakan anak dia. Bukan lesen untuk merendahkan ibu-ibu lain dengan mendabik dada, dia boleh katanya, kenapa Nabila tak? Dia tahu tak yang mamalia kecuali platipus juga punya intuisi untuk menyusu anak mereka

Ini sama kes dengan melahirkan anak melalui Caesarean. Hina sangat ke kalau begitu? Agaknya di benak netizen, biarlah nyawa di hujung tanduk asal dapat beranak secara normal. Pemikiran songsang apakah ini? Tak penting ke untuk selamatkan kandungan dan ibunya? Netizen tahu tak berapa ramai remaja luar nikah yang beranak secara normal? Adakah itu tanda aras yang buatkan wanita tu sempurna secara zahirnya

Kalau tak ada benda elok nak disebut, maka berdiamlah dan tidak perlu komen. Apalah salahnya memberi sokongan dan dorongan kepada wanita lain yang baru bertatih dalam perjalanannya menjadi seorang ibu. Cara bersalin atau boleh menyusu anak itu hanya secuit benda yang ibu perlu lalui dalam proses membesarkan anak. Dok sibuk bab tu, kemahiran nak membentuk anak jadi manusia berjaya dunia akhirat tu, sebenarnya jauh lebih penting

Hentikan perangai jadi hakim tak bertauliah, boleh tak

Sumber: Dr Rusyainie Ramli, Roti Kaya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/12/netizen-berlagak-seakan-tuhan-hukum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Ahli Politik Orang Yang Diamanahkan Dan Sesiapa Sahaja Telah Mensia Siakan 3 Nikmat Yang Allah Persiapkan 8769

Bila Ahli Politik Orang Yang Diamanahkan Dan Sesiapa Sahaja Telah Mensia Siakan 3 Nikmat Yang Allah Persiapkan 8769

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 405 hits
15420757 397264433939067 7510358745721063762 n jpgMenurut Ibnul Qoyyim Inilah 3 Nikmat yang Sering Dilupakan Last updated 30 November 2018MANUSIA tidak akan pernah bisa menghitung nikmat yang telah Allah Subhanallahu Wata ala berikan semenj...
Marah Dipanggil Rasis Tetapi Yb Salah Faham Bila Kritik Isu Perkahwinan Kanak Kanak Kata Netizen

Marah Dipanggil Rasis Tetapi Yb Salah Faham Bila Kritik Isu Perkahwinan Kanak Kanak Kata Netizen

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 640 hits
Nampaknya isu kritikan pedas Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto kepada kerajaan Kelantan berhubung isu perkahwinan kanak kanak mendapat perhatian umum khususnya netizens muslim Seorang individu dikenali sebagai Mohamad Jamalee tampil m...
Netizen Tidak Puas Hati Lagu Bagus Gagal Ke Ajl 33 Ini Penjelasan Juri

Netizen Tidak Puas Hati Lagu Bagus Gagal Ke Ajl 33 Ini Penjelasan Juri

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 266 hits
Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 33 telah pun diumumkan pada hari Jumaat minggu lalu Namun kali ini ramai yang tidak puas hati dengan pemilihan yang dibuat oleh juri kerana tiada sebuah band yang berjaya mara ke pentas sepa...
Bob Lokman Hilang Nikmat Kerana Sombong Isteri Pula Cabut Lari Namun Syukur Allah Masih Sayang

Bob Lokman Hilang Nikmat Kerana Sombong Isteri Pula Cabut Lari Namun Syukur Allah Masih Sayang

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 888 hits
Bob Lokman Hilang Nikmat Kerana Sombong Isteri Pula Cabut Lari Namun Syukur Allah Masih SayangBob Lokman Hilang Nikmat Kerana Sombong Isteri Pula Cabut Lari Namun Syukur Allah Masih Sayang
Insya Allah Sarawak Akan Tukar Kerajaan Kata Dr M

Insya Allah Sarawak Akan Tukar Kerajaan Kata Dr M

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 316 hits
Kata Pengerusi Bersatu ketika pelancaran parti itu di bumi kenyalang malam ini
Allah Hukum Pas Pula Selamatkan Umno

Allah Hukum Pas Pula Selamatkan Umno

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 359 hits
Posted By on December 07 2018LUAHAN RASA Sebelum ini saya adalah penyokong tegar PAS Setiap kali PRU saya akan pastikan memangkah PAS Tetapi semenjak PAS bersama UMNO saya dah tak berminat menyokong PAS Saya tak salahkan UMNO sebab saya tau...
In Syaa Allah Tun M Bukan Yang Dulu Bila Berdepan Tunjuk Rasa Aamiin 8858

In Syaa Allah Tun M Bukan Yang Dulu Bila Berdepan Tunjuk Rasa Aamiin 8858

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 331 hits
Alhamdulillah BERITA NasionalSabtu 8 Disember 2018 3 08pmPERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini Foto Syarafiq Abd SamadDr Mahathi...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today