Nescafe Classic Kopi Kedah Edisi 2023


Istimewa buat penggemar Kopi, Nestlé Malaysia kembali lagi dengan melancarkan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah edisi 2023 yang berwajah baharu! Ianya Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020. Edisi kali ini merupakan edisi ketiga produk kopi tempatan keluaran sulung Syarikat. NESCAFÉ Classic Kopi Kedah diperbuat daripada 100% biji kopi Malaysia yang dibeli menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih.




Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih, Mencerminkan komitmen Nestlé Malaysia untuk menggiatkan semula perladangan kopi di Malaysia serta meningkatkan lagi punca pendapatan komuniti peladang tempatan. Program istimewa ini telah bermula sejak tahun 2019 dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah (KSDA) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Kedah (KEDA). Ianya juga bertujuan untuk memberi bimbingan kepada peladang tempatan menerusi latihan dan bantuan teknikal dalam penyemaian benih, penanaman dan penyenggaraan ladang, serta operasi selepas memetik hasil. Dengan menyediakan asas bagi mewujudkan ekosistem
penanaman kopi lebih hijau, program ini juga membantu peladang beralih kepada amalan pertanian lebih mesra alam seperti pertanian regeneratif.





Menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih, peladang-peladang tempatan boleh menyemai anak benih kopi dengan penuh keprihatinan dan secara bertanggungjawab untuk menghasilkan biji kopi bermutu tinggi yang memenuhi cita rasa dan aroma unik Malaysia. Setakat ini, NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih telah berjaya melatih sekitar 270 peladang dan memberikan sokongan untuk menanam kira-kira 270,000 anak benih kopi di seluas 150 ekar tanah.

En. Juan Aranols, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata,

 “Sejak tahun 2019, kami telah berusaha gigih bersama para penanam kopi tempatan kita untuk memulihkan penanaman kopi di Kedah, Perak dan baru-baru ini di Kelantan. Mencerminkan komitmen kami untuk melaksanakan amalan terbaik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), usaha ini adalah sebahagian daripada agenda kelestarian kami untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan melindungi rantaian bekalan makanan. Kami berharap program ini dapat membantu meningkatkan punca pendapatan peladang kopi tempatan kita yang mendapat manfaat daripada hasil tanaman yang lebih tinggi dan
pendapatan yang terpelbagai sambil kami menyokong mereka dalam usaha mengguna pakai amalan pertanian regeneratif seperti tanaman selingan.”


“Kembalinya NESCAFÉ Classic Kopi Kedah memperlihatkan kemajuan program NESCAFÉ
Disemai Dengan Kasih dan kami sukacita untuk sekali lagi berkongsi cita rasa Malaysia ini
dengan para pengguna,”  tambah Aranols.



 
 
En. Raef Labaki, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Kopi, Nestlé (Malaysia)
Berhad pula berkata, 

“Setiap cawan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah mencerminkan keprihatinan dan rasa hormat yang dicurahkan oleh para peladang NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih sepanjang proses penanaman kopi. Dalam tempoh beberapa tahun sejak program dimulakan, kami telah melihat kemajuan yang menggalakkan. Kami akan terus menyokong sektor kopi tempatan untuk mencipta detik-detik kopi istimewa untuk rakyat Malaysia di seluruh negara.”





Pada tahun ini, NESCAFÉ Classic Kopi Kedah kembali dengan wajah baharu yang memaparkan seni anyaman tradisional untuk meraikan warisan tempatan Malaysia. Pembungkusan pada tin juga menunjukkan mercu jaya penting yang dicapai menerusi NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih dan mengetengahkan salah seorang daripada peladang kopi tempatan program ini yang bertanggungjawab menghasilkan biji kopi bermutu tinggi NESCAFÉ Classic Kopi Kedah dengan cita rasa tersendiri, yang disemai dengan kasih untuk dinikmati sepenuh hati.

Untuk Pembelian secara online : NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023 
 
 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2023/05/nescafe-classic-kopi-kedah-edisi-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nestl Malaysia Bawa Kembali Nescaf Classic Kopi Kedah

Nestl Malaysia Bawa Kembali Nescaf Classic Kopi Kedah

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 248 hits
Hi Korang Demi terus menggembirakan penggemar kopi Malaysia Nestl Malaysia kembali lagi dengan melancarkan NESCAF Classic Kopi Kedah edisi 2023 berwajah baharu Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020 edisi kali ini merupakan edisi ketiga...
Enam Teknisi Honda Siap Rebut Juara Asia Oceania 2023

Enam Teknisi Honda Siap Rebut Juara Asia Oceania 2023

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 267 hits
Ajang bergengsi ini diselenggarakan di Training Center Honda Thailand pada 22 24 Mei 2023 Kontes ini diikuti 36 teknisi Honda terbaik dari 10 negara di Asia
Senarai Lagu Melayu Mei 2023

Senarai Lagu Melayu Mei 2023

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 380 hits
Senarai Lagu Melayu Mei 2023Senarai Lagu Melayu Mei 2023 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Seperti biasa MOMI akan kemaskini senarai lagu lagu baru pada bulan Mei 2023 Untuk bulan Mei ini pelbagai lagu melayu baru yang dikeluarkan dari r...
Catatan 11 Mei 2023

Catatan 11 Mei 2023

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 346 hits
Catatan hari Khamis 11 Mei 2023 iaitu hari terakhir kami di Gua Musang Kelantan Kami memulakan perjalanan meninggalkan Gua Musang menuju ke rumah di Negeri Sembilan kira kira pukul 2 petang Cuaca panas terik di Gua Musang dengan suhu 35 dar...
Gangguan Perkhidmatan Di Plaza Tol Harus Ditangani Segera Ppim Kenyataan Media Ppim 19 05 2023

Gangguan Perkhidmatan Di Plaza Tol Harus Ditangani Segera Ppim Kenyataan Media Ppim 19 05 2023

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR 19 Mei Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pihak kerajaan memandang serius kegagalan sistem bayaran tol lebuhraya utama negara ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi berkata gangguan perkhidmatan seperti yang berlaku Rabu...
Infinix Note 30 Series Akan Mulai Ada Di Malaysia Pada 24 Mei 2023

Infinix Note 30 Series Akan Mulai Ada Di Malaysia Pada 24 Mei 2023

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 337 hits
Infinix Malaysia akan memperkenalkan siri NOTE 30 terbaharu yang akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei 2023 Siri baharu ini dijangka memberikan pengalaman permainan yang hebat mengukuhkan lagi kedudukan Infinix dalam industri permainan S...
Happy Meal Toys Update May June 2023

Happy Meal Toys Update May June 2023

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 410 hits
HAPPY MEAL TOYS UPDATE MAY JUNE 2023 HAPPY MEAL TOYS UPDATE Jika anda memesan Makanan Selamat McDonald s kemungkinan besar anda sangat teruja untuk mendapatkan Happy Meal Toys Disini kami akan kongsikan kepada anda mainan McDonald s terkini...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi