Nescaf Iced Barista Sedia Untuk Diminum Direka Khas Untuk Mengekalkan Rasa Enak Dengan Tiga Perisa Klasik
Hi Korang,
Dengan persekitaran yang bergerak pantas, kita sudah terbiasa dengan menggalas pelbagai tanggungjawab. Kami faham dengan waktu kerja yang panjang, mesyuarat demi mesyuarat, dan juga idea yang tidak kunjung tiba. Buat penggemar kopi, adakah anda ingin meluangkan masa dengan pergi ke kafe untuk menikmati secawan kopi yang dibru oleh barista, tetapi tidak dapat lakukannya kerana jadual yang terlampau padat? Kami faham situasi anda
Kami ingin berkongsi satu petua hidup!
Kadang kala, apa yang diperlukan untuk menghilangkan rasa penat ialah sesuatu minuman yang sedap dinikmati. Dengan NESCAFÉ ICED Barista-Style Coffee, rasa kopi yang meyegarkan seperti baru dibru pasti akan membuat anda berinspirasi dan kembali kepada diri yang terbaik
Dengan rupa baharu dan botol yang diperbuat 100% daripada bahan kitar semula, minuman Sedia-Untuk-Diminum NESCAFÉ ICED Barista-Style Blend Coffee diperbuat daripada campuran biji kopi Arabica dan Robusta yang dikisar dan dibru mengikut stail barista, dan boleh dinikmati tanpa mengira masa dan tempat. Ia mempunya tiga variasi yang enak: Cappuccino, Chococino dan Caffè Latte yang merupakan tambahan baharu kepada siri ini
ICED CAPPUCCINO
Kopi dikisar dan dibru stail barista, kemudian ditambah dengan tekaran susu yang sesuai, menjadikan ia caffè ais yang sempurna, untuk rasa kopi yang menyegarkan
ICED CHOCOCINO
Kopi dikisar dan dibru stail barista, dengan keseimbangan kopi dan koko yang sempurna untuk mencipta rasa kopi yang lazat dan bercoklat
ICED CAFFÈ LATTE
Kopi dikisar dan dibru stail barista, dengan rasa susu yang lembut untuk pengalaman kopi dari kafe klasik
Setiap botol PET diperbuat daripada resin plastik yang dikitar semula (rPET) untuk mengurangkan penggunaan plastik dara serta CO2. Inisiatif ini sejajar dengan ikrar Nestlé untuk mengurangkan sekurang-kurangnya satu pertiga penggunaan plastik dara dan memastikan 100% pembungkusannya diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula dan diguna semula menjelang 2025 di peringkat global dan di Malaysia
“NESCAFÉ ICED Barista-Style Blend Coffee ialah minuman yang mudah didapati dan boleh diminum di mana sahaja. Bagi yang tiada masa untuk ke kafe, dapatkan NESCAFÉ ICED Cappuccino, Chococino atau Caffè Latte dari kedai berdekatan anda untuk diminum dalam perjalanan. Sebagai sebahagian komitmen kami dalam membentuk masa hadapan yang lebih baik, kami memastikan setiap botol PET kami boleh dikitar semula sepenuhhnya. Mari lakukan bahagian kita!” Ujar April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad
Dapatkan pilihan NESCAFÉ ICED Barista-Style Coffee anda dari stesen petrol, pasaraya dan kedai e-dagang. Anda boleh menikmati kopi stail barista bila-bila masa, tidak kira di mana jua anda berada! Untuk maklumat lanjut, layari www.nescafe.com/my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2022/08/nescafe-iced-barista-sedia-untuk.html