comel je warna tema dia, kuning dan hitam. suka sangat design dalam nene chicken :D
comel je outlet dia, kedai comel diluar aka tepi mall yang agak besar :D
interior dia pun cantikkkk je! comel ada tempat duduk warna warni. lol. kaunter pun kecik je. muat la dua barisan.
makanan2 yang di-order. Dosirak Swicy (Sweet Spicy) for meMix Part 2 Bulgogi (Soy Sauce)Mix Part 2 Swicy (Sweet Spicy)Nene Fingers with Mustard Sauce (Chicken Tenders)
Dosirak Swicy! Nasi purple yang lembut dan berkualiti. serius nasi tu sedap. cewahhh. ayam tu lebih kepada chicken tenders, aka isi ayam. sedap la jugak, rangup2 dan manis. sos tu lebih kepada manis. spicy-nya entah kemanaaaa. tapi memang sesuai la makan dengan nasi. bagi yang suka manis2 tu suka la ngan ayam tu. aku lebih prefer kalau dia lebihkan spicy. 3:1 spicy to sweet level.
sorry gais, tak ambil gambar ayam bulgogi tu sangat sebab bukan aku punya lol, yang menu Mix Part 2 Bulgogi/Swicy tu dapat 2 ketul ayam antara dapat dada/paha atau wing. tapi aku ada la rasa sikit, sedap yang perisa Bulgogi tu sebab Soy Sauce kan, rasa dia masin2 manis jugak. rasa dia lebih umphhh 'savoury' daripada yang Swicy. recommend yang Bulgogi
kalau order dosirak tu memang dapat kimchi dan coleslow. kimchi tu rasa pelik sikit, masam gila. masam macam rasa masam cuka. ke memang rasa kimchi masam2 gila? aku tak boleh handle rasa dia. sorry korean! hahahahha
nie haaaa antara menu. harga Mixed Part tu RM14.90 untuk dua ketul, depend dengan nasib la, dapat ketulan ayam kecik atau besar. lol. tak termasuk minuman ye gais. combo drink dengan fries RM5.90 atau tanpa fries RM4.20, tapi refillable la
officially at nene chicken. acah je lebih. sekali benda nie berbunyi macam tepon ring ring gitu. ingatkan setakat vibrate gitu je. maka bergegas la ke kaunter ambik makanan.
the total untuk 3 orang makan. tu pun aku sorang je makan nasi. boleh tahan jugak la harga dia. overall okay la, minuman refillable, cuma yang leceh pasal nak refill, takda open counter untuk mesin refill self-service, maksudnya kau kena pergi kaunter order refill ngan staff situ. tu je la yang tak best, yang lain semua best sebab makanan kannnn|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |