Nelayan Barat Daya Raih Rezeki Tambahan Di Musim Tengkujuh




Musim tengkujuh mungkin menjadi kegusaran kepada kebanyakan nelayan berikutan kekurangan hasil tangkapan, namun situasi berbeza bagi nelayan di Sungai Batu dekat daerah Barat Daya kerana pendapatan mereka tidak terjejas.


Nelayan pantai (Kelas A), Mohd Ismail Ahmad, 60, berkata disebabkan kedudukan kawasan perairan Sungai Batu itu terlindung daripada peralihan angin monsun, banyak hasil laut dapat diperoleh biarpun kehadiran musim tengkujuh.


"Kawasan ini terletak agak terlindung dari gelombang besar (disebabkan kedudukan geografi pulau yang terlindung dari angin monsun), hasil tangkapan utama seperti udang, ikan dan sebagainya tidak terjejas seperti yang berlaku di sesetengah kawasan Pantai Timur.


"Alhamdulillah, kami sifatkan di sini tiada musim tengkujuh seperti kebanyakan kawasan kerana kami boleh turun ke laut tanpa ada kerisauan tentang keadaan cuaca dan menangkap hasil laut seperti hari biasa," katanya ketika ditemui Bernama di Pasar Nelayan Unit Sungai Batu di sini.
Katanya, dalam sehari hasil tangkapan laut termasuk udang, ketam dan juga ikan-ikan campur boleh dianggarkan bernilai RM2,000 untuk satu perahu bergantung kepada rezeki.
Seorang lagi nelayan pantai (Kelas A) Mohd Yusoff Saidon, 64, berkata walaupun menganggap musim tengkujuh sebagai 'rahmat' namun dia tetap mengambil pendekatan berhati-hati jika berlakunya ribut.
"Di sini tiada istilah musim tengkujuh sebab kami boleh turun ke laut pada bila-bila masa kecuali jika hari ribut tidak turun (ke laut) dalam sehari dua...tidak seperti (nelayan) Pantai Timur yang tidak ke laut sebulan dua apabila musim tengkujuh.
"Malah, hasil tangkapan pada masa sekarang kebanyakannya ada udang, ketam, ikan bawal dan juga ikan campur...boleh dikatakan ada hasilnya," katanya yang menjadi kebiasaan mendaratkan hasil tangkapan ikan kembong sebanyak 60 hingga 100 kilogram (kg) sehari.
Tinjauan Bernama dalam keadaan hujan renyai di Pasar Nelayan Unit Sungai Batu semalam, mendapati kebanyakan hasil tangkapan nelayan di situ adalah udang rawa, udang belang dan udang besar.
Sementara itu, nelayan pantai (Kelas A) persendirian Rosli Sahak, 60 berkata walaupun meraih rezeki ketika musim tengkujuh namun terdapat juga kekangan yang perlu dihadapi apabila ada segelintir nelayan menggunakan pukat harimau.
Katanya, penggunaan pukat harimau memberi kesan buruk ke atas ekosistem seperti pencemaran.
"Hal ini terjadi apabila nelayan menggunakan pukat harimau, ia telah menyebabkan lumpur yang mendap di dasar laut telah naik menyebabkan air laut tercemar, hasil tangkapan kurang, menjejaskan benih-benih ikan selain merosakkan pukat hanyut yang digunakan oleh nelayan di sini," katanya.


-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/nelayan-barat-daya-raih-rezeki-tambahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Rezeki Hari Lahir Ustaz Ebit Lew Raih Anugerah Khas Wira Meletop

Hiburan Rezeki Hari Lahir Ustaz Ebit Lew Raih Anugerah Khas Wira Meletop

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 328 hits
Terima Anugerah khas Wira Meletop di malam kemuncak Anugerah Meletop Era 2020 nama pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew kini meraih perhatian netizen Bahkan penghargaan itu sudah pasti membuatkan ramai kini seakan berpuas hati dengan anugerah yan...
Kesungguhan Lelaki Ini Untuk Mencari Rezeki Dengan Menjual Belon Di Kaki Jalan Raih Perhatian Ramai Warganet

Kesungguhan Lelaki Ini Untuk Mencari Rezeki Dengan Menjual Belon Di Kaki Jalan Raih Perhatian Ramai Warganet

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 344 hits
Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan sejak pandemik mula menular di seluruh dunia tidak dapat dinafikan semakin ramai individu yang terpaksa melakukan perlbagai cara untuk menyara kehidupan masing masing Dan ada antaranya juga...
Arkeolog Teliti Bentuk Dan Sebaran Gambar Cadas Manusia Di Maluku Barat Daya

Arkeolog Teliti Bentuk Dan Sebaran Gambar Cadas Manusia Di Maluku Barat Daya

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 250 hits
Tim peneliti Balai Arkeologi Maluku meneliti bentuk dan sebaran gambar cadas Rock Art manusia di Pulau Kisar Kabupaten Maluku Barat Daya dan pulau Keimear Kecamatan Pulau Pulau Kur Kota Tual
Pertamina Siapkan Layanan Bbm Tambahan Di Tol Trans Jawa Selama Natal Dan Tahun Baru

Pertamina Siapkan Layanan Bbm Tambahan Di Tol Trans Jawa Selama Natal Dan Tahun Baru

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 288 hits
Sebagai upaya antisipasi peningkatan konsumsi selama hari raya natal dan tahun baru 2021 di tol Trans Jawa Pertamina wilayah Jawa Bagian Tengah menyiapkan tambahan pelayanan mengingat jarak SPBU di beberapa ruas tol trans Jawa masih berjauh...
Tencent Membeli Tambahan 10 Pegangan Pada Universal Music Group

Tencent Membeli Tambahan 10 Pegangan Pada Universal Music Group

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 219 hits
Tencent kini dilaporkan membeli tambahan 10 pegangan pada Universal Music Group salah satu syarikat penerbit muzik terkemuka dunia Pembelian ini adalah tambahan kepada pegangan Tencent yang sedia pada syarikat penerbit muzik berkenaan Tence...
Tazkirah Formula Doa Rezeki Melimpah Ruah Anak Ramai Dan Hidup Berkat Ustaz Shamsuri Ahmad

Tazkirah Formula Doa Rezeki Melimpah Ruah Anak Ramai Dan Hidup Berkat Ustaz Shamsuri Ahmad

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 469 hits
LINK KULIAH PENUH https www youtube com watch v KccqNL3js k DAPATKAN APPLIKASI ANDROID RASMI ZONKULIAH di PLAY STORE HARI INI PERCUMA TANPA IKLAN www zonkuliah my apps Bantu Projek Zonkuliah Akaun Maybank Islamic 557250054584
Gara Gara Berdepan Hutang Yang Banyak Selepas Rezeki Terputus Lelaki Ini Lelong Buah Pinggangnya

Gara Gara Berdepan Hutang Yang Banyak Selepas Rezeki Terputus Lelaki Ini Lelong Buah Pinggangnya

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 281 hits
loading Srinagar Demi melangsaikan hutang selepas perniagaannya gulung tikar akibat Covid 19 seorang penjual kereta di selatan Kashmir nekad menjual buah pinggangnya walaupun sedar ia salah di sisi undang undang India
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine