Nekad Berhenti Kerja Empat Sahabat Raih Rm60 000 Tanam Cili Fertigasi



PADANG TERAP – Empat rakan karib yang mempunyai kelulusan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dan institusi kemahiran tempatan nekad untuk mengusahakan sebidang tanah terbiar dengan menanam cili secara fertigasi di Kampung Musa, Mukim Pedu di sini

Berbekalkan modal RM20,000 untuk peralatan tanaman, benih dan penyediaan medium tanah, Mohd Safri Mahmud, 25, Mohd Amiludin Afiz Wahab, 26, Mohd Irfan Azri Anas, 25, dan Mohd Shafiq Hakimi Nordin, 25, baharu sahaja memulakan projek mereka Oktober lalu, dengan menanam 4,000 pokok cili di kawasan tanah seluas kira-kira 0.3 hektar

Mohd Safri yang merupakan lulusan Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, berkata idea untuk mengusahakan projek itu tercetus selepas beliau memulakan tanaman cili secara kecil-kecilan di tepi rumahnya di sini lebih setahun lalu dengan 1,800 pokok dan mendapat permintaan tinggi

Beliau berkata selepas melihat potensi dan kejayaan mengusahakan tanaman itu di tepi rumah, tiga rakannya yang masing-masing sebelum ini mempunyai pekerjaan membuat keputusan berhenti kerja dan menyertainya untuk menanam cili

“Mohd Amiludin sebelum ini bekerja sebagai polis bantuan di Pulau Langkawi, Mohd Irfan Azri sebagai pereka grafik di sebuah pasar raya di Alor Setar dan Mohd Syafiq pula kerja kilang di Sungai Petani. 

Kesemua ambil keputusan berhenti kerja dan balik kampung tanam cili bersama saya,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak projek tanaman itu di sini, semalam


Mohd Amiludin merupakan lulusan Institut Hasani, Sungai Petani, manakala Mohd Irfan Azri Anas dan Mohd Shafiq Hakimi Nordin lulusan Kolej UNITI, Port Dickson

Mohd Safri yang mengetuai projek itu berkata, beliau dan rakan-rakannya menggunakan teknik fertigasi bagi tanaman cili mereka kerana menjimatkan masa dan mengehadkan penggunaan tanah selain menjimatkan penggunaan air antara 30 dan 50 peratus berbanding teknik tanaman tradisional dengan menanam terus di atas tanah

Beliau berkata hasil tanaman mereka juga selamat untuk dimakan kerana menggunakan baja dan vitamin yang dihasilkan sendiri secara organik tanpa penggunaan racun kimia

“Sistem kawalan air pula lebih cekap untuk memastikan pokok cili mendapat bekalan air dan nutrien secukupnya…sumber air dan nutrien yang mencukupi menjamin kualiti buah cili dihasilkan, berkilat dengan saiz besar dan panjang serta berat

“Pokok-pokok ini ada diletakkan di atas tanah yang dilapik plastik khas dan sebahagiannya digantung dalam beg tanaman dan dalam dua minggu lagi kami akan tuai hasilnya untuk dijual secara borong atau jual sendiri di kantin sekolah dan pasar pagi,” katanya

Katanya, beliau dan rakannya menyasarkan setiap pokok yang ditanam mampu menghasilkan dua kilogram cili yang mampu dijual antara RM7 dan RM10 sekilogram

Menurutnya, hasil pertama tanaman yang baharu diusahakan dua bulan itu dijangka dituai dalam masa dua minggu lagi dengan keseluruhan hasil tuaian dianggarkan berjumlah lapan metrik tan yang mampu menjana pendapatan sebanyak RM60,000


Bagi Mohd Amiludin Afiz, beliau berharap projek itu dapat membuahkan hasil lumayan dan menyasarkan untuk membuka lebih banyak kebun baharu bagi tanaman itu bagi memenuhi permintaan

“Saya harap ada bantuan dari pihak berwajib untuk kami buka empat lagi kebun baharu agar hasil pengeluaran berterusan bagi memenuhi permintaan tinggi di pasaran,” katanya

Sementara itu, Pegawai Pertanian Daerah Padang Terap, Mohamad Yuzaidi Azmi berkata projek berkenaan yang menggabungkan kawalan tanaman menggunakan kaedah kultura, biologi, dan mekanikal dipilih sebagai ladang contoh oleh Jabatan Pertanian daerah ini

“Kebaikan tanaman ini hasilnya lebih selamat untuk dimakan, hasil lebih tahan lama dan berkualiti serta pengeluaran lebih banyak dan pokok mampu bertahan dalam mengeluarkan hasil sehingga enam bulan

“Kita akan membantu memberi rumah lindungan hujan kepada pengusaha, dan keperluan lain yang sesuai,” katanya ketika dihubungi Bernama, mengenai projek tersebut. — Bernama

from Sehinggit Media https://ift.tt/30vGfUQ
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2019/07/nekad-berhenti-kerja-empat-sahabat-raih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Pria Di Siak Curi Minyak Pt Chevron Hingga 22 000 Liter

Empat Pria Di Siak Curi Minyak Pt Chevron Hingga 22 000 Liter

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 162 hits
Keempat pelaku berinisial HR warga Koto Gasib Kabupaten Siak SS warga Koto Gasib FRK warga Siantar Sumatera Utara dan Su warga Asahan Sumatera Utara Pencurian dilakukan pada Selasa sekitar pukul 17 00 Wib
Lelaki Ditahan Jual Cuti Sakit Palsu Hingga Raih Rm5 000 Sebulan

Lelaki Ditahan Jual Cuti Sakit Palsu Hingga Raih Rm5 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 1526 hits
Seorang lelaki yang memperoleh keuntungan sehingga RM5 000 sebulan dengan menjual sijil cuti sakit palsu ditahan polis bersama sama seorang ejennya dalam dua serbuan berasingan semalam lapor AWANI Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah AC...
Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic Menawarkan Hadiah Bernilai Rm200 000

Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic Menawarkan Hadiah Bernilai Rm200 000

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 442 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Tahun ini adalah musim keempat Pensonic menganjurkan rancangan memasak di TV bersama dengan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia dan selebriti t...
Monsun 10 Maut 5 000 Kem Rohingya Balukhali Musnah

Monsun 10 Maut 5 000 Kem Rohingya Balukhali Musnah

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 256 hits
BANGLADESH 12 Zulkaedah 1440H Isnin Sekurang kurangnya 10 orang maut dan ribuan rumah musnah berikutan hujan monsun di kem pelarian Rohingya yang penuh sesak di Balukhali di tenggara Bangladesh Jabatan Meteorologi Bangladesh berkata daerah ...
Protected Pakej Umrah Bernilai Rm 20 000 Untuk Dua Orang Menarik Ni

Protected Pakej Umrah Bernilai Rm 20 000 Untuk Dua Orang Menarik Ni

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 278 hits
To view this protected post enter the password below Password The post appeared first on
500 000 Tenaga Konstruksi Indonesia Ditarget Kantongi Sertifikat Hingga Akhir 2019

500 000 Tenaga Konstruksi Indonesia Ditarget Kantongi Sertifikat Hingga Akhir 2019

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 241 hits
Lembaga Pengembangan Jasa Konstruksi Nasional melaporkan jumlah tenaga kerja konstruksi bersertifikat di Indonesia saat ini baru mencapai 512 070 orang Jumlah ini masih terlalu sedikit dibanding total tenaga kerja konstruksi Indonesia yang ...
Pubg Vip Squad Muncul Juara Pmnc 2019 Dan Membawa Pulang Hadiah Wang Tunai Rm40 000

Pubg Vip Squad Muncul Juara Pmnc 2019 Dan Membawa Pulang Hadiah Wang Tunai Rm40 000

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 639 hits
Grand Final Kejohanan PUBG Mobile Malaysia telah pun melabukan tirainya semalam yang menyaksikan Victorious In Play Squad muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM40 000 Kejohanan itu juga menyaksikan 4 penyandang PMNC ta...
Subsidi Jadi Rp 1 000 Liter Jonan Izin Dpr Naikkan Harga Bbm Solar Di 2020

Subsidi Jadi Rp 1 000 Liter Jonan Izin Dpr Naikkan Harga Bbm Solar Di 2020

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 132 hits
Menteri Energi Sumber Daya Mineral Ignasius Jonan menyampaikan rencana menaikkan harga BBM solar pada 2020 Sebab pembahasan di badan anggaran disepakati subsidi solar turun menjadi Rp 1 000 per liter Padahal pada rapat kerja dengan Komisi V...
Over 3 000 New Hiv Cases Recorded Last Year Says Health Ministry

Over 3 000 New Hiv Cases Recorded Last Year Says Health Ministry

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 362 hits
A blood sample is tested for HIV in Bangkok Thailand KUALA LUMPUR A total of 3 293 new HIV cases were recorded last year the deputy health minister told the Dewan Rakyat today Of the sum 47 are individuals below the age of 18 Dr Lee Boon Ch...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas